28 November 2016

Biobax Cool Theraphy Penawar Lenguh Badan Segera

Cara Mudah Melegakan dan Menghilangkan Lenguh dengan Segera

Badan anda kerap mengalami lenguh badan, sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut atau pelbagai lagi sakit sendi? Apa kata kalau anda gunakan Biobax Cool Theraphy untuk melegakan masalah tersebut dengan segera. Saya terangkan sedikit tentang Biobax Cool Theraphy ni.


Apa Itu Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy adalah semburan yang memberi kelegaan lenguh badan dengan segera. Hanya sembur pada kawasan yang mengalami lenguh, terus lega! Yang penting, tak melekit dan terus meresap ke dalam kulit.

Biobax Cool Theraphy

Kandungan Biobax Cool Theraphy

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah seperti:

- Minyak Eucalyptus
- Minyak Habbatussauda
- Minyak Zaitun
- Za'faran
- Serai
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Peppermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan organik yang terkandung dalam Biobax Cool Theraphy membuatkan ia sesuai digunakan oleh ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy, digunakan untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Lenguh-lenguh badan
- Sakit Belakang
- Sakit lutut
- Ketegangan
- Terseliuh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy juga boleh melegakan selsema. Hanya semburkan sedikit Biobax pada tapak tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy

- Melegakan lenguh-lenguh di badan dan sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Terbukti berkesan untuk melegakan sakit belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema dan resdung

Jadikan Biobax Cool Theraphy teman setia anda. Bawa ke tempat kerja, balik kampung, sekolah dan ke mana sahaja yang anda suka. Yelah, sembur je dah boleh lega. Haa apa lagi? Jom dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang terutamanya ibu bapa kita. Biobax Cool Theraphy juga sesuai dijadikan hadiah.


Testimoni Pengguna Biobax Cool Theraphy

Alhamdulillah ramai yang berpuas hati dengan Biobax Cool Theraphy. Beberapa testimoni berjaya daripada pengguna:

testimoni Biobax Cool Theraphy

testimoni Biobax Cool Theraphy

testimoni Biobax Cool Theraphy

testimoni Biobax Cool Theraphy

testimoni Biobax Cool Theraphy

Harga Biobax Cool Theraphy

Harga 1 botol Biobax Cool Theraphy adalah RM80 untuk Semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah/Sarawak. Harga tersebut sudah termasuk kos penghantaran.

Sebotol boleh digunakan sehingga 500 kali semburan, tahan sehingga 3 bulan. Wah, memang jimat ni!

Anda berminat untuk mendapatkan Biobax Cool Theraphy?

Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah, Agen Sah Biobax)

agen Biobax Cool Theraphy


27 November 2016

November Giveaway By CP

November Giveaway By CP

Selamat menikmati hujung minggu semua. Cuti-cuti ni jom sertai 'November Giveaway By CP '.

http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/11/november-giveaway-by-cp.html
Klik banner ini untuk sertai

Giveaway ni akan tamat pada 30 November 2016 nanti.
Antara hadiah yang disedikan untuk pemenang seperti berikut:


Best kan? Kalau nak sertai klik banner di atas tu cepat ye.
Semoga berjaya!

25 November 2016

Doa untuk Masyarakat Islam Rohingya

Kezaliman Terhadap Masyarakat Islam Rohingya

Allah.. sedih melihat masyarakat Islam Rohingya yang telah diseksa dan dibunuh di Rakhine, Myanmar. Kaum wanitanya pula ada yang menjadi mangsa rogol. Apakah tindakan yang kita boleh lakukan sebagai saudara seislam? Adakah kita hanya melihat sebelah mata sahaja kekejaman yang sedang melanda mereka?

rohingya

Paling kurang yang kita boleh lakukan ialah menitipkan doa kepada Allah buat masyarakat Islam Rohingya agar kekejaman yang dihidapi dapat diselesaikan dengan segera dan mereka dapat pembelaan yang sewajarnya. Doa adalah senjata orang beriman. Bersama-sama kita doakan mereka.

Qunut Nazilah juga dibacakan pada hari ini di setiap masjid dan surau di seluruh negeri. Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak dan sebagainya.

Bersama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat masyarakat Islam Rohingya agar bebas dari belenggu kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia.


Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah 3x

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka 3x

Dan kemenangan untuk kami



24 November 2016

Ruam Bayi Powder Penawar Segala Jenis Penyakit Kulit

Penawar Penyakit Kulit

“Bila agaknya kudis ni akan hilang..” Begitulah antara keluhan penghidap penyakit kulit. Ada yang dah berubat menggunakan ubat moden tapi masih belum menunjukkan kesan positif. Apa kata kalau beralih kepada cara alternatif merawat penyakit kulit ini dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan menggunakan Ruam Bayi Powder.
Ruam Bayi Powder

Apa itu Ruam Bayi Powder?

Ruam Bayi Powder adalah bedak sejuk yang diperbuat daripada 100% dari tanah liat putih yang telah dicampurkan dengan air galian asli. Ia terbukti sangat berkesan, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, kurap, panau, kayap, ruam susu (bayi), ruam panas, kudis, kudis buta, cacar air, jerawat, luka dan pelbagai masalah kulit.

Ruam Bayi Powder dibuat secara homemade, warisan semulajadi turun temurun serta pembuatan bedak sejuk dari tanah liat yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana ia selamat, halal, bersih dan suci digunakan dari bayi hingga dewasa.

Kaedah rawatan tradisional ini adalah daripada kaedah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu merawat penyakit dengan menggunakan tanah dan air.

Bahan yang digunakan dalam Ruam Bayi Powder

Ruam Bayi Powder diperbuat daripada tanah liat yang bermutu tinggi. Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia. Permintaannya tanah liat putih ini mendapat sambutan hingga ke negara Jepun. Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia. Permintaannya telah mendapat sambutan hingga ke negara Jepun dan China. Ia dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut.

Kelebihan Ruam Bayi Powder

Apa kelebihan dan manfaat yang ada pada Ruam Bayi Powder ini?

  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
  • Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  • Satu bekas tahan agak lama. Tahan sehingga beberapa bulan.
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit semakin berkurangan.
  • Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Selamat digunakan pada anak-anak terutama yang masih bayi kerana kandungannya adalah daripada 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!

Cara menggunakan Ruam Bayi Powder

Sapukan Ruam Bayi Powder pada bahagian kulit yang bermasalah.
Tambah sedikit air yang ditapis atau air zam-zam jika bedak di dalam bekas kekurangan air.

Testimoni Ruam Bayi Powder

Antara pengalaman berjaya daripada pelanggan setelah menggunakan Ruam Bayi Powder:

Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder

Ruam Bayi Powder

Ruam Bayi Powder

Ruam Bayi Powder


Beli Ruam Bayi Powder Original

Dari hari ke hari, Ruam Bayi Powder semakin dikenali ramai kerana keberkesanannya merawat pelbagai penyakit kulit. Disebalik kejayaan tersebut, terdapat pihak yang membuat produk tiruan seakan-akan sama seperti Ruam Bayi Powder.

Untuk memastikan Ruam Bayi Powder yang original, beli hanya yang memaparkan stiker seperti di bawah ini. Ini adalah packaging Ruam Bayi Powder yang terkini. Jika anda dapati terdapat perkataan atau ayat yang tidak sama seperti stiker di bawah, ia adalah tiruan.

Ruam Bayi Powder

Apa yang anda perlu buat ialah perhatikan stiker dengan teliti sebelum membuat sebarang pembayaran. Jika tidak anda akan mengalami kerugian kerana tidak merasai keberkesanan Ruam Bayi Powder yang asli.

Harga Ruam Bayi Powder

Produk yang berkesan merawat pelbagai penyakit ini cuma berharga RM38.90 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Ruam Bayi Powder dengan segera.

Cara dapatkan Ruam Bayi Powder

Untuk mendapatkan Ruam Bayi Powder, anda boleh menghubungi:

Telefon : En. Hafis 013-480 6787 (Bahagian pemasaran) atau Pn. Nurul 017-623 9935 (Produk owner)
Laman web : https://ruambayi.wordpress.com/ & http://www.bedakruambayiori.com/
Facebook : Penawar Psoriasis Dengan Ruam Bayi Powder 



Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda

Cara Mudah untuk Kurus

Memiliki berat badan yang ideal serta bentuk tubuh yang menarik menjadi idaman setiap wanita dan juga lelaki. Jadi, kalau nak berat badan dan bentuk tubuh seperti yang diidamkan, pengambilan makanan seimbang dan gaya hidup sihat mesti diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Siapa yang nak gemuk kan. Bila cakap tentang gemuk, mesti terbayang dalam fikiran ia bukanlah sesuatu yang sihat. Tapi yang gemuk boleh berubah menjadi kepada bentuk badan idaman. Semua ini tak mustahil kalau berusaha secara serius untuk kurus. Yelah, ramai yang cakap nak kurus tapi hanya di mulut saja. Ada yang sudah mula berusaha untuk menurunkan berat badan tapi tak mampu nak buat secara berterusan. Apa kata bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan ideal mengikuti Program Mudah Kurus bersama Dr Malinda.

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Untuk Program Mudah Kurus ini, Dr Malinda telah memperkenalkan Modified HCG Diet Plan iaitu revolusi baru dalam rawatan obesiti.

DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!


ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :

BMI melebihi 23

Ukuran lilitan pinggang melebihi

> 102 cm (40 inch) bagi lelaki

> 80 cm (35 inch) bagi wanita


Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :

Wanita : Peratusan lemak badan >32%

Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :

- Diabetes (Kencing manis)
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Kolestrol Tinggi
- Penyakit jantung koronari
- Stroke (Angin Ahmar)
- Batu hempedu
- Kanser Payudara
- Kanser Prostat
- Kanser kolon (usus besar)
- Masalah pernafasan (respiratori)
- Masalah muskuloskeletal
- Vena varikos
- Masalah kulit
- Osteoarthritis
- Penyakit Alzheimer’s
- Gout
- Sleep Apnea
- Infertility (Ketidaksuburan)
- Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
- Depressi

Kenali Jenis-Jenis Lemak

LEMAK OH LEMAK !! 

jenis-jenis lemak

Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, anda give up dan kembali kepada cara hidup yang lama.

Kenapa jadi macam tu?

Sebenarnya, Tak semua jenis lemak itu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur ( Structural Fat )
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )

'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !
Jadi, anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.

Macam mana nak menggerakkan lemak Jenis 3 yang degil itu?

HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak jenis 3 ini.

APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.


BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?


Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau.

Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!

Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.

Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.

ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.

BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.

Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).

ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?

Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!

Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?

Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.

APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!

BAGAIMANA MENGAMBIL HCG INJECTION?

▶HCG injection 125IU diambil setiap pagi.

▶Injection – selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
▶Injection – sebelum sarapan pagi

Program Mudah Kurus Dr Malinda

INJECTION BUAT SENDIRI?

Senang je. Tidak perlu cari urat untuk inject.

Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?

Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!

Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walau bagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.

BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi.

Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.

Testimoni Berjaya Dr Malinda Modified HCG Diet Plan

Ramai yang telah berjaya dalam mengikuti Program Kurus Dr Malinda, Modified HCG Diet Plan.

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Program Mudah Kurus Dr Malinda

Untuk TESTIMONI lain yang telah berjaya, boleh lihat di link : 



BERAPA HARGA PAKEJ HCG NI?

Kami mempunyai PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan juga FREE GIFT sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.

Jika ingin maklumat lanjut tentang PROMOSI dan FREE GIFT, Hubungi kami di WhatApps ke 017 508 4430 atau email: drmalinda@gmail.com

Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

BAGAIMANA NAK BERMULA?

Mudah Sahaja! Hubungi kami dengan kadar segera melalui

WhatApps: 017-508 4430
Facebook: Dr Malinda
Laman web: Dr Malinda

Ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat!


21 November 2016

Beli-belah Produk Kecantikan Secara Online dengan Diskaun Hebat

Cara dapatkan diskaun ketika beli produk kecantikan secara online 

Produk kecantikan amat sinonim dengan kaum wanita. Kini terdapat pelbagai jenama barangan kecantikan yang ada di pasaran dan harga mengikut kemampuan pembeli. Bagi saya, jika membeli barangan kecantikan seperti produk kosmetik, produk penjagaan kulit, krim mandian, syampu dan sebagainya biarlah beli yang berkualiti dan original, sepadan dengan harga. Kalau dapat yang berkualti pada harga rendah, itu lagi bagus.
produk kecantikan
Kredit imej: www.popupmag.it
Agak-agak ada tak barangan kecantikan yang berkualiti dan original dengan harga yang rendah? Nak cantik mestilah kena berkorban sikit duit tu kan :) Tak perlu pening-pening, nak mudah anda cari saja secara online di laman web yang menyediakan pelbagai jenama produk kecantikan. Memang mudah sebab anda hanya perlu pilih produk, bayar dan tunggu barang sampai di rumah.

Salah satu laman web yang menyediakan pelbagai jenama produk kecantikan ialah Sephora. Kalau anda dah masuk laman web ini, rambang mata dibuatnya.

Sephora

Banyak produk yang boleh anda pilih. Dah jumpa produk yang berkenan di hati? Ok, anda boleh buat bayaran terus. Opps, tunggu dulu. Sebenarnya tidak semestinya akan membuat bayaran dengan harga penuh bagi sesuatu barangan. Bayar kurang apabila anda membeli-belah barangan kecantikan. Boleh ke macam tu? Memang boleh dengan menggunakan kod promo Sephora yang menawarkan diskaun dan pelbagai tawaran menarik yang takkan anda lepaskan. Jadi, dalam masa yang anda boleh berjimat dari segi wang dan masa.

Selain Sephora, laman web seperti Althea yang menyediakan berbagai-bagai jenis produk kecantikan , juga anda boleh lawati untuk membeli barangan kecantikan seperti yang anda inginkan. Dan pastinya ada diskaun dan tawaran menarik menanti anda.

Althea

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana untuk nak dapatkan diskaun hebat dan juga tawaran menarik untuk membeli-belah barangan kecantikan secara online.

Selalu Nampak kotak ‘Promo Code’ semasa checkout? Rugi kalau biarkan kosong begitu saja.

promo code

Kotak inilah yang kita perlu masukkan kod promo untuk menikmati potongan harga. Bagaimana untuk dapatkan kod promo ini? Saya cadangkan anda pergi ke laman web Paylesser untuk anda dapatkan pelbagai kod diskaun dan tawaran menarik.

Apa itu Paylesser?

Paylesser adalah sebuah laman web yang membantu untuk menjimatkan wang semasa membeli-belah untuk produk yang berbeza. Mereka menawarkan koleksi baucar yang anda boleh tebus dan mendapat diskaun tambahan apabila membeli-belah di laman web yang berbeza.

Paylesser

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar dengan Paylesser dan Paylesser akan membawa tawaran terkini dan terbaik dari kedai eksklusif untuk anda. Kalau nak berjimat, jangan lupa gunakan kupon atau pelbagai diskaun yang disediakan di Paylesser.

Bagaimana cara nak gunakan kod promo di Paylesser?

Mudah saja, pergi ke laman web Paylesser dan pilih tawaran yang disediakan mengikut apa yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli barangnan di Lazada, klik saja butang ‘Get Coupon’ untuk mendapatkan kod promo.
kupon di Paylesser
Akan muncul kod seperti gambar di bawah ni. Copy kod seperti yang tertera.

kupon di Paylesser

Kemudian paste kod promo tadi di sini 
cara masukkan kod promo

Anda boleh teruskan membuat pembayaran selepas masukkan kod promo tersebut dengan harga yang pasti membuatkan anda tersenyum lebar :)


Bagaimana pula dengan butang yang tertera perkataan ‘Get Offer’?

kupon di Paylesser

Klik saja butang itu dan akan terus ke laman web tersebut. Membeli-belah seperti biasa dan mereka akan uruskan yang selebihnya sehingga pembayaran dibuat.

kupon di Paylesser

Wow, mudahnya guna kod promo dan tawaran dari Paylesser! Anda yang rajin membeli-belah secara online amat digalakkan untuk menggunakan kod promo yang ditawarkan di Paylesser. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Paylesser untuk menikmati diskaun hebat dan tawaran menarik yang berbaloi-baloi.


20 November 2016

Box of Joy | Lazada Online Revolution Brand For All

Lazada Online Revolution Brand For All

Siapa yang sempat shopping di Lazada 11 November 2016 hari tu? Untung la siapa yang dapat. Bermulanya Online Revolution Sale di Lazada pada 11.11.2016 . Kempen Lazada kali ini bertemakan Brands For All.

Pelbagai jenis barangan berjenama ditawarkan dengan potongan diskaun yang hebat. Memang rambang mata nak buat pilihan tau. Kalau anda dah terlepas tarikh tu atau belum sampai tarikh gaji, jangan risau sebab diskaun besar-besaran ni berlangsung sehingga 14.12.2016.

Beberapa hari lalu, saya telah menerima 1 bungkusan yang agak besar. Rupa-rupanya bungkusan tu adalah Box of Joy. Wahhh...


Seronoknya! Mana tak seronoknya.. macam-macam jenis barangan berjenama ada dalam 1 kotak tu. 

Antara barangan yang ada dalam Box of Joy yang saya dapat seperti...

Logitech Wireless Speaker
Logitech X100 Bluetooth Mobile Wireless Speaker
OTG
SanDisk Ultra Dual Drive 64GB m3.0 OTG USB Flash Drive for Android Smartphones
L'Oreal Mythic Oil
L'Oreal Mythic Oil Color Glow
NESCAFE pandan
NESCAFE White Coffee Pandan
nestle just milk
NESTLE JUST MILK Full Cream Milk
mamypoko
MamyPoko Gentle Baby Wipes
maggi royale
MAGGI ROYALE Thai White Seafood Tom Yam
tefal
Tefal Manual Chopper
nestle nutripuffs
Nestle Cerelac NutriPuffs Pisang & Strawberi
lactokid
Beg ola bola, beg dan pen Lactokid
Wow... tak sabar nak guna produk-produk ni. Kesemua produk ini anda boleh dapatkan di laman web Lazada. Sementara Online Revolution 2016 Jualan Akhir Tahun Online Terbesar Lazada sedang berlangsung kini, rajinkan jari anda untuk klik laman web Lazada untuk penjimatan berganda. Jimat masa dan petrol dengan membeli-belah di Lazada.

Anda mesti simpan tarikh-tarikh ini kalau tak nak terlepas peluang keemasan untuk membeli-belah di Lazada dengan potongan harga berganda-ganda.


Lazada Online Revolution 2016

Cepat klik banner di bawah ini untuk menikmati penjimatan besar dari Lazada.
Awas, jangan lambat nanti tak sempat!

Lazada Online Revolution 2016
KLIK BANNER -> LAZADA ONLINE REVOLUTION 2016

Berita baik untuk anda! Anda boleh gunakan kod kupon untuk menikmati potongan 20% di bawah ini untuk membeli-belah di Lazada ye. Jangan lepaskan peluang menarik ini.


If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!


Selamat membeli-belah sambil berjimat cermat!