29 Disember 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com 
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com 
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sakitnya Digigit Cengkenit!

Sakitnya Digigit Cengkenit!

Cengkenit... badan je kecil tapi sakit kerana gigitannya memang terasa. Kalau dah cabut daripada kulit, sampai seminggu terasa sakitnya. Parut kesan gigitan pula menjadi warna lebih gelap daripada warna kulit. Kecil tapi berbisa.

cengkenit, pirah, kutu babi
Sumber: Google (tak tahu siapa pemilik sebenar gambo ni)

Saya panggil binatang kecil ni cengkenit. Macam-macam lagi paggilan yang ada untuk cengkenit ni. Ada yang panggil sengkenit, pirah dan kutu babi. Dalam Bahasa Inggerisnya, Tick. Cengkenit adalah dalam kelas Araknid. Menurut sumber dari laman Wikipedia, Araknid ialah haiwan invertebrata daripada kelas (Arachnida) yang mempunyai empat pasang kaki (lapan kaki) dan mata ringkas dalam subfilum Chelicerata. Cengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan makan darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.

Hari tu cengkenit gigit di bawah lengan, kawasan yang hampir dengan ketiak. Saya mula perasan ada cengkenit sebab rasa gatal-gatal dan sakit di kawasan tu. Belek kat cermin, sah memang ada cengkenit. Mujur la tak berapa besar saiz cengkenit tu. Nak cabut cengkenit ni..adoiii sakitnya terasa sangat sebab cengkaman cengkenit ni agak kuat. Kalau cengkenit tu dah 'bertapak' lama pada kulit, memang besar la saiznya sebab dah hisap banyak darah dan seksa nak cabut. Geli lagi tu.. Euuuwww

Mungkin saya dapat cengkenit tu daripada cengkenit yang melekat pada bulu kucing di rumah. Kalau selalu keluar masuk semak atau hutan juga mudah dapat cengkenit.

Cengkenit ni suka hisap darah di kawasan yang berkulit nipis. Patutlah cengkenit ni suka menempek di kawasan telinga kucing. Saya selalu cabut cengkenit yang ada pada telinga kucing saya. Banyak pulak tu. Macam la agaknya kucing ni rasa kan. Manusia kena pun dah sakit. Ini seekor cengkenit besar yang saya dapat daripada kucing...

cengkenit, pirah, kutu babi

Tengok cengkenit ni jalan. Laju kan?


Selalunya saya cabut guna tangan je. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menanggalkan cengkenit...

Cara untuk menanggalkan cengkenit

Berikut adalah cara-cara untuk menanggalkan cengkenit daripada kulit:

1. Alkohol - sapu alkohol pada cengkenit. Nanti dia pedih dan mudah dicabut.

2. Air Tembakau - kemudahan untuk rumah yang ada penghisap rokok daun. Titis pada cengkenit nanti dia pening dan tanggal

3. Cabut dengan tangan atau penyepit - kalau dia masih kecil dan belum grip sangat, boleh cabut guna tangan.

4. Kapur sireh - sapukan kapur sireh pada cengkenit. Cengkenit tak suka panas, jadi ia akan menanggalkan dirinya.

Bahaya Gigitan Cengkenit

Gigitan cengkenit ni bahaya juga. Kalau kanak-kanak yang kena, boleh sampai dapat demam. Cengkenit juga membawa penyakit berbahaya seperti Lyme Disease. Kalau ada cengkenit melekat pada kulit tu jangan segan-segan nak cabut ye. Bahaya oiii. Cepat-cepat basuh atau sapu antiseptik selepas cabut cengkenit.

Begitulah serba sedikit cerita tentang cengkenit yang halus tapi berbisa ni. Semoga kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam apa jua keadaan.

Sumber cara menanggalkan cengkenit: Petua Kulit


26 Disember 2016

Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Salam semua. Ramai yang sudah mengetahui tentang berita sedih yang menimpa Aleppo, Syria. Atau masih ada yang belum tahu tentang apa yang telah terjadi kepada sauadara Islam kita di sana? Ayuh, kita ambil tahu dan bertindak untuk membantu mereka. Jom sertai Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider dengan mengutarakan perasaan atau pendapat anda tentang kekejaman yang berlaku di sana. 

Klik banner di bawah ini untuk sertai.

pray4aleppo
Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Semakin hari, semakin ramai umat Islam yang menjadi sasaran peluru tidak bermata yang dilepaskan oleh tangan-tangan orang yang membenci Islam. Rejim Bashar al-Assad dan sekutunya telah menyerang Aleppo tanpa rasa belas kasihan. Disebabkan serangan tersebut, mereka kehilangan tempat tinggal, makan minum tidak terurus sehingga mereka terpaksa makan apa sahaja yang boleh dimakan untuk meneruskan hidup.

Allah. Sedih, sayu, geram...semua perasaan ini ada. Kita yang berada di sini jangan hanya memandang sebelah mata. Doa dan salurkan derma atau apa sahaja bentuk bantuan untuk membantu mereka semampu dan seikhlas kita. InsyaAllah, semoga perlindungan daripada Allah sentiasa bersama mereka.


Segmen ini akan berlangsung pada 17 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.
Klik banner di atas untuk sertai segmen ini.


Jom Sertai Peraduan #GooseySelfie anjuran MyTOWN Shopping Centre

Peraduan #GooseySelfie anjuran MyTOWN Shopping Centre

Jom sertai peraduan #GooseySelfie yang dianjurkan oleh MyTOWN Shopping Centre. Peraduan yang anda mesti sertai hujung tahun ni. Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi menanti anda. Rugi kalau tidak turut serta dalam peraduan #GooseySelfie ni.

Peraduan #GooseySelfie

Apakah MYTown?

Mesti anda tertanya-tanya tentang MyTOWN bukan? MyTOWN adalah pusat keluarga dan gaya hidup membeli-belah baru terlatak di tengah-tengah Kuala Lumpur, diterajui oleh IKEA yang terbesar di Malaysia.

MyTOWN Shopping Centre

Kira-kira 460 lot dipenuhi dengan impian membeli-belah yang indah, pada 5 aras yang luas. Terletak di lokasi yang strategik, hanya mengambil masa 5 minit memandu dari bandar tanpa sempadan ke lebuh raya utama dan link terowong terus dari Stesen Cochrane MRT bawah tanah supaya pengunjung dapat ke sana dengan lebih mudah.

Persekitaran MyTOWN Shopping Centre yang menarik, hijau dan suasana yang santai yang menenangkan, ditambah pula dengan kafe diletakkan di kawasan terbuka disertai pelbagai hidangan masakan pasti membuatkan pengunjung tertarik dan terus setia dengan MyTOWN Shopping Centre.

Untuk pengetahuan anda, MyTOWN Shopping Centre akan dibuka pada awal tahun 2017. Jangan lupa singgah di sana untuk menikmati pengalaman membeli-belah di MyTOWN Shopping Centre ;)

Peraduan #GooseySelfie

Berbalik semula kepada peraduan #GooseySelfie, hadiah bernilai lebih RM10 000 ditawarkan kepada para pemenang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai peraduan ini. Mudah sangat cara untuk sertai peraduan ini.

Pertama sekali anda perlu ke laman peraduan GooseySelfie.
Kemudian klik butang 'JOIN NOW' untuk sertai. Ikuti langkah seterusnya seperti berikut:

Langkah 1: Login dengan Facebook
Langkah 2: Jawab soalan
Langkah 3: Muatnaik selfie anda
Langkah 4: Goosify (edit dengan memasukkan clip art yang disediakan) selfie anda di situ
Langkah 5: Kongsikan di mana-mana media sosial

Mudah sangat kan? Saya pun dah sertai peraduan ini tau.

Peraduan #GooseySelfie
Selfie yang siap diedit. Goosedonna ... heee

Tunggu apa lagi? Klik sini, GooseySelfie untuk sertai peraduan ini.
Cepat sebelum terlambat. Jangan sampai tak sempat pula ;)

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, sila lawati laman di bawah ini:
Laman web peraduan: GooseySelfie
Laman web pusat beli-belah: MyTOWN Shopping Centre


22 Disember 2016

Design Blog MakWani.com

Design Blog Tema Bisnes dan Kesihatan

Servis design blog murah | Alhamdulillah, siap juga blog MakWani.com yang bertemakan warna royal blue dan merah jambu ini. Template blognya simple sahaja yang bersesuaian dengan tema bisnes tentang kesihatan dan kecantikan.

header blog cantik

Pemilik blog ini juga merupakan seorang pengedar sah Shaklee. Jadi blognya banyak berkisarkan tentang info kesihatan dan kecantikan. Info selain daripada kesihatan dan kecantikan juga diselitkan bersama. 

Beginilah template penuh blog MakWani.com. Kemas dan simple menjadi pilihan pemilik blog ini.
Blog pakej 4: Blog MakWani.com
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
Template blog
banner murah
Banner blog
design watermark
Watermark
Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)



21 Disember 2016

CONTEST #LASTGIFT BY SOFIEADIE

CONTEST #LASTGIFT BY SOFIEADIE

Salam semua. Apa khabar? Semoga baik-baik aje ye :)
Jom korang sertai Contest #Lastgift by Sofieadie. Klik banner di bawah untuk sertai ok.

Semoga berjaya!


19 Disember 2016

Design Header Doodle Muslimah Comel

Design Header Doodle Comel

Salam semua. Kali ini dapat tempahan daripada klien yang inginkan header blog miliknya diletak doodle muslimah yang comel dan sopan sambil memeluk seekor kucing. Header tersebut bertemakan warna pastel seperti yang diinginkan oleh klien.

Maka jadilah header blog seperti artwork di bawah...

header comel

Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan artwork ini. Kemas, comel dan tak serabut :) Di bawah ini pula ialah doodle yang diletakkan pada header tu. 

doodle muslimah comel
Comel ke tidak? hehehe
Doodle ni banyak kegunaannya. Selain boleh diletakkan pada header blog, boleh juga diletakkan pada Facebook cover photo, profile picture, nak print pada kad jemputan atau apa sahaja pun boleh.

Anda berminat untuk membuat tempahan doodle mengikut cita rasa anda 
dengan harga yang berpatutan? 

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email : maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

16 Disember 2016

Jom Bantu dan Selamatkan Aleppo!

Bantu dan Selamatkan Aleppo

Allah.. sedih sangat melihat saudara Islam kita di Aleppo akibat serangan dilancarkan rejim Bashar al-Assad dan sekutunya terhadap bandar Aleppo. Rumah mereka hancur, mereka hilang tempat tinggal dalam musim sejuk dengan suhu negatif di Aleppo kini. Makan dan minum pula tidak terurus akibat serangan tersebut. Tiada makanan yang boleh dimakan hingga ada yang terpaksa merebus kucing berempah kayu-kayan. Rakyat Syria terus diperangi saat ini.

Aleppo, Syria

Apa peranan kita sebagai saudara seIslam? Sudah pastinya mereka kini amat memerlukan pertolongan kita. Bukan hanya bertempur di medan peperangan kita boleh membantu mereka. Doa, sedekah dan apa sahaja bantuan walaupun ia kecil, ini amat membantu mereka. Jadi, jangan berlengah lagi.

Saya telah terima 1 mesej di Whatsapp. Mesej forward dari rakan tentang bantuan kepada Aleppo dari Aman Palestin. Dah tiba masanya untuk kita membantu mereka semampu kita.
Mesej dari Aman Palestin:

RM10 daripada kita pada waktu ini, amat besar nilainya buat mereka di sana.

Dengan penuh rendah diri, Aman Palestin Berhad merayu tuan/ puan membuat sumbangan minimum RM10 ke mana-mana akaun Aman Palestin di bawah

Kami yakin, jika mesej ini sampai kepada 1,000,000 kita mampu untuk mengumpul RM10,000,000 dalam masa 24 jam dari sekarang.

Untuk sampai kepada 1,000,000 orang di alam maya, mohon setiap orang yang membaca mesej ini untuk FORWARD perkara ini. Moga Allah rahmati kita semua

Tidakkah kalian terpanggil untuk merealisasikannya?

Sertai kami dalam kempen Aid For Syria melalui pakej berikut:

Pakej Bantuan Musim Sejuk: RM150

Pakej Ten 4 Syria: RM10


Dana ini akan digunakan bagi membantu Syria yang sedang bergolak saat ini.

1. Masukkan wang ke salah satu akaun berikut:

Aman Palestin Berhad

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

CIMB: 8600460353

Muamalat: 12070005133717

RHB Bank: 21245760004907

Bank Rakyat: 220806195922

Jika perlu resit:

2. Sms/whatsapp/emel slip transaksi ke:

013 3513040 (Ustaz Farhan)
e-mail: farhan@amanpalestin.net

3. Sertakan

Nama :
Alamat :
No. kad pengenalan :
No. telefon :
Emel :
Pakej :

Maklumat di atas amat diperlukan agar pihak kami mengetahui tujuan sumbangan dan untuk pengeluaran resit rasmi Aman Palestin yang layak mendapat pelepasan cukai

🌟 Keikhlasan Anda, Ketulusan Kami🌟

#10TahunAmanPalestin
#AidForSyria
#BMS
#Ten4Syria
#AmanPalestin

Tolong sebar-sebarkan. Bukan untuk saya tetapi untuk saudara kitadi Palestin dan Syria yang memerlukan kita. Syukran.😔

Adakah anda mengaku anda seorang muslim yg mencintai muslim?

Anda boleh buat 3 perkara ini!

1) Doakan mereka.

2) Derma.

3) Sebar maklumat ini.

Anda boleh beli makanan mahal2 tapi tak terniat langsung untuk lakukan 3 perkara di atas? Fikirkan...

Semoga Allah bukakan hati anda. Semoga Allah beri rezeki berganda pada yang sudi bantu 3 perkara di atas.

Aleppo, Syria


14 Disember 2016

Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2016

Tarikh Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2016

Sama seperti tahun sebelumnya, penangguhan urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan dilakukan pada minggu akhir bulan Disember sehingga minggu pertama bulan Januari. 

Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2016

Untuk tahun 2016, penangguhan urus niaga ASB dan ASN bermula dari tarikh 22 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017. Segala urus niaga akan dibuka semula pada tarikh 3 Januari 2017. Jadi kalau nak simpan atau keluarkan duit, urusan tersebut perlu dilakukan sebelum atau selepas tarikh seperti yang dinyatakan. Kalau pergi dalam tempoh tu juga, tak dilayan ye :)


Penangguhan urus niaga ini bertujuan untuk proses pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. 

Rajin-rajin menabung ye. Jom menabung, anda pasti untung ;)



13 Disember 2016

Kronologi Konflik Rohingya

Kronologi Konflik Rohingya

Saban hari, masyarakat Islam Rohingya terus dipinggirkan dari Myanmar dan hak mereka di negara tersebut turut dinafikan sehingga ramai yang menjadi pelarian dari negara sendiri. Mengapa jadi begini? Jom ambil tahu tentang kronologi konflik Rohingya.

Konflik Rohingya

  • Rohingya merupakan kelompok minoriti Muslim bermazhab Sunni, menetap di Arakan atau lebih dikenali sebagai nama Rakhine sekarang.
  • Ketika zaman pemerintahan British, mereka diklasifikan sebagai Indo-Burman dan ketika Myanmar mencapai kemerdekaan mereka telah dianggap sebagai bukan warganegara, sedangkan Rohingya telah mendiami Rakhine sejak ratusan tahun dahulu.
  • Kehilangan identiti masyarakat Islam Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik dan apabila mereka kembali semula ke Myanmar, mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat di negara itu.
  • Nasib malang terus menimpa mereka apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship of Burma) yang diperkenalkan pada tahun 1982 diluluskan oleh Ne Win bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar.
  • Penduduk Muslim di Arakan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar.
  • Antara operasi yang paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).
  • Operasi pembasmian dilakukan pada 6 Februari 1978. Orang Rohingya bertindak menentang balas setelah menyedari bahawa mereka menjadi sasaran. Penentangan Balas ini dijadikan alasan pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam. Beratus-ratus Muslim lelaki ditangkap kemudian dipenjara, ada yang dibunuh malah kaum wanita turut dirogol.
  • Umat Islam Rohingya berhadapan dengan penindasan dari sudut agama. Masjid, madrasah dan sekolah agama diarahkan supaya dimusnahkan, mereka juga turut dihalang daripada membaik pulih masjid yang sedia ada. 
  • Kanak-kanak Rohingya didiskriminasi dari sudut pendidikan dan penjagaan kesihatan. Mereka juga menghadapi masalah kebuluran, hampir 60% kanak-kanak Rohingya mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Allah.. hina sangatkah umat Islam sehingga mereka sanggup melakukan pelbagai kezaliman kepada masyarakat Islam Rohingya? Apakah masyarakat Islam Rohingya akan memberi kesan buruk terhadap negara tersebut? 

Apa sekalipun yang terjadi, teruskan berdoa buat masyarakat Islam Rohingya, dan negara Islam terjejas yang lain. Semoga doa kita menjadi senjata yang dapat menghapuskan kezaliman ke atas umat Islam. Jom berdoa!

Sumber: QuranicGen
Kredit foto: fortune.com


12 Disember 2016

Salam Maulidur Rasul 1438H

Maulidur Rasul 1438H/2016H

12 Rabiulawal merupakan salah satu tarikh penting dalam sejarah Islam. Ia adalah tarikh Maulidur Rasul, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. Hari ini, 12 Rabiulawal 1438H kita menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 2016.

maulidur rasul 1438H

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016H

Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016H bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'. Seperti yang dinyatakan di Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ukhuwah Islamiah merupakan satu ikatan akidah yang dapat menyatukan hati semua umat Islam, walaupun tanah air mereka berjauhan, bahasa dan bangsa mereka berbeza. Setiap individu dalam kalangan umat Islam sentiasa terikat antara satu sama lain, umpama sebuah bangunan yang kuat dan kukuh.

Penyatuan Ummah pula membawa maksud masyarakat Islam mestilah bersatu hati dalam menyelesaikan pelbagai masalah, bekerjasama di antara satu sama lain dan juga berusaha untuk menjadi umat yang kuat serta mengekalkan keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.


Maulidur Rasul Bukan Sekadar Perarakan

Sambutan Maulidur Rasul bukan hanya pada perarakan sahaja. Mengingati perjuangan, pengorbanan dan mengikuti sunnah Rasulullah itu lebih utama. Bukan juga hanya diingati pada tarikh tersebut sahaja, tetapi setiap hari, setiap masa dan tidak kira di mana kita berada.

Jangan kedekut untuk berselawat ke atas Rasulullah Nabi Muhammad ﷺ kerana Baginda adalah pemberi syafaat kita di akhirat kelak. Ikutilah al-Quran dan sunnah Baginda Rasulullah yang sepatutnya menjadi panduan hidup kita.

Semoga kita sentiasa mengamalkan dan menghidupkan akhlak Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ. InsyaAllah.


Baca juga > Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah ﷺ



09 Disember 2016

5 Wanita Inspirasi yang Patut Dicontohi

Wanita Inspirasi Sejarah Islam

Wanita yang memiliki hati dan jiwa yang besar serta pengorbanan yang tidak berbelah bagi terhadap agama Islam. Wanita inilah yang patut dicontohi keperibadiannya. Jom kenal 5 Wanita Inspirasi dalam lipatan sejarah. 

Wanita Inspirasi Sejarah Islam

1. Rumaysa' a.k.a Umm Sulaim

  • Ibu kepada Anas Bin Malik, antara periwayat hadis yang paling banyak.
  • Merupakan seorang Ansar. Memilih untuk memeluk Islam sementara suaminya, Malik tidak menerima Islam.
  • Selepas suami meninggal dunia, Rumaysa' telah dilamar oleh Abu Thalhah, seorang hartawan. Tetapi menolak mahar emas dan perak dan hanya menerima lamaran sekiranya Abu Thalhah memeluk Islam.

2. Umm Umarah a.k.a Nusaybah Binti Ka'ab

  • Salah seorang serikandi Islam dan pejuang Muslimah Islam yang pertama.
  • Menyertai Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait Al-Aqabah.
  • Nusaybah membantu mengurus logistik, merawat orang-orang yang terluka. Juga terjun ke medan perang dan mengangkat senjata untuk melindungi Rasulullah ﷺ.

3. Umm Rumaan

  • Isteri kepada Saidina Abu Bakar r.a dan ibu kepada Asma' serta ibu mertua kepada Rasulullah ﷺ. 
  • Anak lelakinya, Abdurrahman ialah penunggang kuda yang hebat dan ketua strategi dalam perang.
  • Mendidik anak-anak mengenal erti keberanian dan keteguhan jiwa dalam menghadapi peperangan musuh Islam.
  • Terkenal dengan sabar, bertolak ansur, sentiasa cuba untuk berfikir dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan kata-kata masyarakat tentang sesuatu perkara.


4. Khawlah Az-Azwar

  • Sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda.
  • Menyertai peperangan berhadapan tentera Rom, menunggang kuda dan bertarung dengan hebat sehingga Panglima Khalid Al-Walid kagum dengan ketangkasannya dan keberaniannya.
  • Turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebut-sebut. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam.


5. Hafsah Binti Umar

  • Hafsah ialah anak kepada Saidina Umar Al-Khattab, dibesarkan dalam keluarga pejuang dan mengamalkan kehidupan beragama. Melazimi solat dan berpuasa. Juga seorang penulis dan penyampai yang hebat.
  • Berkahwin dengan Khanis bin Huthafah As-Sahmi dan kemudian suaminya meninggal selepas Perang Badar.
  • Ayahnya bertanya kepada Abu Bakar r.a dan Uthman r.a sekiranya ingin mengambil Hafsah sebagai isteri tetapi mereka menolak.
  • Rasulullah  sendiri telah meminang Hafsah selepas itu dan berkahwin dengannya.

Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu menggoncang dunia. Jom audit diri kita supaya dapat menjadi yang terbaik di pandangan Allah. InsyaAllah.


Sumber: Geng Usrah 


08 Disember 2016

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Menariknya hadiah yang ditawarkan! Jom sertai Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina. Klik je banner di bawah untuk sertai


giveaway beauty products

*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

06 Disember 2016

Logitech Mobile Wireless Speaker X100 Terbaik!

Speaker mudah alih dari Logitech

Anda sedang mencari speaker mudah alih yang bersaiz kecil dan memiliki sistem bunyi yang bagus? Apa kata kalau anda cuba Logitech Mobile Wireless Speaker X100. Memang gempak bunyi daripada speaker yang hanya bersaiz tapak tangan ni.


Speaker ini adalah salah satu barangan yang saya paling suka, dalam Box of Joy Lazada.Selalu juga saya gunakan Logitech Mobile Wireless Speaker X100 ni. Masa buat kerja, masa lapang dan rehat.. Kalau nak bawa ketika berkelah pun boleh tau kerana saiznya yang kecil serta ringan dan penggunaannya amat mudah dengan sambungan Bluetooth sahaja dan tidak memerlukan wayar sambungan yang memeningkan kepala.


Untuk menggunakan Logitech Mobile Wireless Speaker X100, mula-mula tekan butang 'on' sehingga keluar bunyi. Kemudian tekan pada simbol Bluetooth yang ada di tepi speaker kira-kira 3 saat sehingga kedengaran bunyi yang menandakan Bluetooth telah 'on' .



Langkah seterusnya, 'on' aplikasi Bluetooth pada peranti yang ingin disambungkan ke speaker tersebut, scan available divices dan akan muncul 'Logitech X100'. Klik dan pair kan. Anda dah boleh mula dengar muzik dari Logitech Mobile Wireless Speaker X100 ini.

Menariknya, Logitech Mobile Wireless Speaker X100 ini tahan sehingga 5 jam penggunaan berterusan tanpa caj. Agak-agak bunyi macam dengar tak dengar je dari speaker ni, jangan panik pula. Anda perlu caj menggunakan micro-USB cable yang disediakan bersama speaker ini. Sambungkan ke laptop pun boleh. Anda juga boleh buat atau jawab sebarang panggilan yang masuk ke telefon ketika lagu sedang dimainkan. Jadi, tak kacau lagu tu kan? hehe

Di mana boleh dapatkan Logitech Mobile Wireless Speaker X100? Senang je, pergi ke laman web Lazada. Klik Logitech Mobile Wireless Speaker X100. Harganya amat berpatutan.


System Requirements

For audio playback Smartphones, tablets and other devices that support Bluetooth®-wireless audio profile [Advanced Audio Distribution Profile (A2DP)] or 3.5 mm audio output. For phone calls Phones that support Bluetooth-Hands-Free Profile (HFP1.6)

Warranty Information

1-Year Limited Hardware Warranty

Package Contents

Logitech X100 Mobile Wireless Speaker
Micro USB charging cable
User documentation

Technical Specifications

30 ft wireless range
5-hour battery

Tunggu apa lagi? Dapatkan segera Logitech Mobile Wireless Speaker X100 hari ini juga. Berita baik untuk anda! Anda boleh gunakan kod kupon untuk menikmati potongan 20% di bawah ini untuk membeli-belah di Lazada ye. Jangan lepaskan peluang menarik ini.


If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!


03 Disember 2016

Tarikh Mula Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017. Kedua-duanya akan dibuka bermula pada tarikh 5 DISEMBER 2017 di pejabat LHDN di daerah masing-masing.

BR1M 2017

Kepada anda yang layak dan cukup syarat untuk menerima BR1M 2017, anda boleh membuat permohonan baru di sini:

1. Permohonan dan kemaskini secara atas talian

Perlu dibuat melalui Portal Rasmi e-BR1M. Permohonan atas talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BRIM tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih.

PERMOHON BARU BR1M 2017 (SILA KLIK)

Untuk mengemas kini permohonan seperti nombor akaun bank, sila ke laman:

KEMAS KINI PERMOHONAN (SILA KLIK)

2. Permohonan Melalui Borang

Borang BRIM 2017 boleh diperoleh secara percuma di lokasi tersebut:
  • Portal Rasmi BR1M LHDNM
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM 2
  • Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) / Pejabat Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) / Pejabat Residen 

Borang BR1M 2017 yang telah siap diisi boleh dihantar ke kaunter-kaunter berikut:

i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Kadar bayaran BR1M 2017

Seperti yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dalam Bajet 2017, kadar BR1M dinaikkan. Kadar BR1M yang baru adalah seperti berikut:

BR1M 2017


Sumber: Portal e-BR1M


01 Disember 2016

Mengapa Tidak Boleh Minum Sambil Berdiri?

Larangan minum sambil berdiri

1500 TAHUN yang lalu Nabi Muhammad SAW memperingatkan keluarga dan para sahabatnya untuk jangan pernah minum sambil berdiri.

larangan minum berdiri

Selain hanya kerana perintah Allah SWT, tiada alasan lain yang lebih khusus. Apa reaksi para sahabat? Mereka mendengar dan taat.

Namun kemudian, beberapa abad setelah perintah Rasul itu, para ilmuwan zaman sekarang menemukan kenyataan lain tentang sebab tidak boleh minum sambil berdiri.

Dari Anas dan Qatadah radhiallaahu ‘anhuma, dari Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam : “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri.” Qatadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” Beliau menjawab: “Itu lebih buruk lagi,” (HR. Muslim dan Turmidzi). Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!” (HR. Muslim).

Pendapat para ilmuwan Muslim

Dr. Abdurrazzaq Al-Kailani berkata: “Minum dan makan sambil duduk adalah lebih sihat, lebih selamat, dan lebih sopan, kerana apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut. Jika seseorang itu minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan cairan jatuh dengan deras ke dasar usus, lalu melanggar diding usus dengan kuat, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan pernah sekali minum sambil disfungsi pencernaan. Begitu pula makan sambil berjalan, sama sekali tidak sihat, tidak sopan, tidak beretika dan tidak pernah dikenali dalam Islam dan kaum muslimin.”


manfaat minum air kosong

Sumber: Islampos