26 Januari 2017

Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai keunikan dan tarikan tersendiri. Salah satunya adalah laksa. Laksa Kuala Kangsar sering menjadi perhatian pengunjung. Memang terdapat banyak kedai yang menjual laksa kalau anda singgah di Kuala Kangsar.

laksa kuala kangsar

Sedapnya laksa! Makan pula dengan cendol atau ais batu campur... perghhh memang layan. Dapat pula yang pekat kuahnya penuh dengan isi ikan. Sedapnya....

Kali ini saya kongsikan beberapa buah kedai laksa yang popular di daerah Kuala Kangsar. Kalau datang ke Kuala Kangsar jangan lupa ke kedai laksa ini ya :)

Tempat makan laksa sedap di Kuala Kangsar


1. Laksa Zaitun - Kampung Padang Asam, Padang Rengas
Laksa Zaitun ni saya sendiri dah pernah rasa. Memang sedap! Kuah likat. Kedai laksa ni selalu dipenuhi pelanggan. Terdapat pelbagai menu lain lagi selain daripada laksa. Ais batu campur (ABC) pun ada.

2. Laksa Pak Ngah - Belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Talang
Kedai laksa Pak Ngah memang terkenal di Kuala Kangsar. Ia adalah warisan turun temurun dan dah lama bertapak di situ. Kedai pun cantik.

3. Laksa Idris - Kota Lama Kanan

4. Laksa Lubuk - Kampung Paya, Lubuk Merbau
Kedai Laksa Lubuk ni terletak di kampung yang saya tinggal sekarang ni. Pelanggan memang selalu ramai je. Kuah laksa dan tepung laksa dimasak secara tradisional.

5. Laksa telur goreng Lempor - Kampung Lempor Tengah, Manong

6. Laksa Pokok Limau - Kampung Bendang Susur
Laksa Pokok Limau terkenal dengan telur bersarangnya. 

7. Laksa Hentian Kekabu - Kampung Kledang

8. Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar - Lembah Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak
Terdapat banyak gerai dalam medan laksa dan cendol ni. Pelbagai menu seperti nasi ayam, rojak pasembor, mi goreng mamak, ABC dan lain-lain lagi disediakan selain laksa dan cendol. 

Jom layan video daripada The Vocket


Macam mana? Terliur tak? Jom ke Kuala Kangsar cuti-cuti ni sambil lawat pelbagai TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR. Orang Kuala Kangsar baik-baik, kacak, cantik dan comel semuanya. Rugi kalau tak datang sini hehehe ;)


Previous Post
Next Post

About Author

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedap! Tambah pulak kalau dapat kuah yang likat dgn isi ikan dan tepung laksanya lembut..pergghh lagi sedap 😊

      Padam
  2. biasa kak mila kalau balik kuala kangsar akan makan dekat medan laksa tepi sungai perak tu je.sebb situ banyak menu makanan lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..banyak pilihan kat medan laksa tu

      Padam
  3. eh..Manong tu kg akak..tak tau pun ada laksa sedap kat c2...

    BalasPadam
  4. Banyaknyaaa kedai laksa sedap ni. Hehe. Boleh lah lepas ni jalan jalan sana pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak..masing2 ada keistimewaannya tersendiri 😊

      Padam
  5. laksa pokok limau dengan hentian kekabu best !

    BalasPadam
  6. sedap nampak meh pineng rasa laksa di balik pulau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa penang pun sedap jugak..perghh

      Padam
  7. nyesal tengok di waktu ni...sedapnyaa...terus teringin...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)