Terlalu Banyak Dosaku

Terlalu Banyak Dosaku

Kalau nak sembang pasal dosa setiap dari kita semua, semua akan kata dan fikir dosa sendiri lagi banyak dari orang lain. Sebab hakikatnya tentang dosa itu kita sendiri yang rasa dan hadapi.

banyak buat dosa

Tapi nak kata nikmatnya hidup sebagai orang Islam ni, saat kita buat dosa kita masih diberi pilihan untuk bertaubat. Walaupun kita rasa dosa kita banyak seperti buih di lautan. Sebenarnya lebih banyak dari itu. Tapi Allah masih sayangkan kita, masih nak kita kembali pada Dia.

Selalu kita dengar orang kata "setiap orang buat dosa..". Tapi itu bukan alasan untuk kita teruskan buat dosa! Malah, walaupun kita buat dosa sebanyak mana sekalipun, tapi andai di hati kita masih ada 'rasa' nak teruskan berdakwah, masih rasa nak buat baik, nak amar makruf, Allah akan beri petunjuk pada kita.

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…” - Ibn Qayyim.

Kredit: Channel Telegram Islamic_Quotes



Terlalu Banyak Dosaku Terlalu Banyak Dosaku Reviewed by Maisarah Humaira on Januari 06, 2017 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Kita semua pendosa tanpa noktah. Tp, selagi masih bernyawa, selagi itulah ruang untuk bertaubat itu terbuka luas utk kita. :')

    BalasPadam
  2. mungkin kita tak sedar yang kita ni selalu buat dosa..sebab tu kena sentiasa memohon keampunan semoga dihapuskan segala dosa..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.