Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hadiah Menarik untuk Kekasih daripada Printcious.com

Pilihan Hadiah untuk Hari Kekasih


Memberi hadiah kepada seseorang yang disayangi adalah salah satu cara untuk mencipta kenangan yang indah. Tambah pula kalau si kekasih hati yang dapat hadiah tu, lagi bertambah sayang kepada anda :) Nak beri hadiah kepada si dia biarlah hadiah yang boleh membuatkan si dia tersenyum dan gembira apabila teringatkan anda.

Sebenarnya rumit juga proses nak cari hadiah ni. Sebab terlalu banyak pilihan hadiah yang disenaraikan atau hadiah tidak menepati citarasa. Mesti macam-macam kita fikir. Risau pula si kekasih hati tak suka hadiah yang diberi. Tapi jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. Pergi saja ke laman web Printcious.com. Pelbagai idea hadiah yang menarik terdapat di situ. Boleh design sendiri lagi tu.

hadiah hari kekasih, printcious.com

Apa yang menariknya di Printcious ni?


Memang menarik. T-shirt, mug, puzzle, sarung telefon, bantal, pad tetikus, kusyen, jubin seramik, dan t-shirt mini terdapat di laman web Printcious. Hadiah pula sesuai dengan pelbagai acara, majlis dan juga hari-hari istimewa. Harganya juga berpatutan. Kalau anda membeli hadiah bernilai RM80 ke atas, anda layak menikmati penghantaran percuma untuk ke semenanjung. Wah!

hadiah hari kekasih, printcious.com

Lagi menarik kita boleh reka sendiri hadiah tu. Kalau nak tambah kata-kata romantik atau gambar anda kepada kekasih anda juga boleh. Jadi Printcious.com adalah pilihan terbaik untuk anda mencari hadiah di situ sempena Hari Kekasih yang bakal tiba nanti. Pasti anda tak menyesal. Ini bermakna anda boleh berikan sesesuatu yang menarik dan unik selain daripada memberi sejambangan bunga atau coklat seperti kebiasaannya kepada kekasih hati anda.

Cara design sendiri hadiah di Printcious.com


Saya kongsikan bagaimana cara-cara untuk design sendiri hadiah di Printcious.com khas sempena Hari Kekasih ini. Jom...

1. Buka laman web Printcious.com

hadiah hari kekasih, printcious.com

2. Create akaun dengan klik perkataan 'Member' yang ada di bucu atas kanan laman web.

3. Kemudian, klik menu 'Gifts' dan klik 'Valentine's Day'.

hadiah hari kekasih, printcious.com

4. Anda akan lihat pelbagai jenis hadiah. Scroll hingga ke bawah dan klik page number untuk lihat produk yang lain lagi. Semuanya boleh design sendiri!.

hadiah hari kekasih, printcious.com

5. Klik satu produk, contohnya t-shirt.

6. Pilih saiz mengikut badan anda dan kuantiti yang ingin ditempah.

hadiah hari kekasih, printcious.com

7. Klik butang biru 'Customise It'. Di sini anda boleh tambah gambar atau perkataan yang anda suka. Kalau nak tambah ayat atau gambar anda sendiri, letak dalam garis putus-putus hijau seperti gambar di bawah ini.

hadiah hari kekasih, printcious.com

8. Apabila sudah siap, klik butang 'Done' dan anda boleh teruskan untuk buat pembayaran dengan klik butang merah jambu 'Add to cart'. Anda boleh pos hadiah ke alamat anda atau terus kepada kekasih anda.

Wah, mudahnya! Tak perlu pening-pening lagi berfikir tentang hadiah. Hanya ke laman web Printcious.com sahaja pasti selesai masalah anda.

Tunggu apa lagi? Raikan Hari Kekasih anda dengan mengabadikan kenangan indah bersama Printcious.com.

Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart

1 ulasan for "Hadiah Menarik untuk Kekasih daripada Printcious.com"