Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kalau Seorang Muslim itu Tidak Solat...

Menghukum Orang yang Tinggalkan Solat

Solat fardhu 5 waktu sehari adalah solat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Tetapi walaupun hanya 5 waktu sehari dengan pelaksanaannya yang mengambil masa kurang daripada 10 minit, masih ada lagi yang belum mampu untuk tunaikannya. Masih ada yang tinggalkan solat kerana lebih mementingkan hal-hal keduniaan walaupun tahuakan dapat dosa jika tinggalkannya.

hukum tinggalkan solat
FOTO AQUILA-STYLE.COM

Emm.. Kalau seseorang itu contohnya ahli keluarga dan rakan-rakan tak solat apabila telah masuk waktu solat, apa tindakan anda? Adakah anda membiarkan saja atau terus mengajaknya? Haaa... waktu ini ramai orang yang menganggap diri sendiri yang menunaikan solat itu sudah cukup baik. Lalu, cepat saja dihukumnya orang yang tidak solat tu. "Kau tak solat, masuk neraka nanti" dan macam-macam lagi. Cepat saja kutukan dikeluarkan daripada mulut. Salah cara ini.
"Syeikh, apa hukuman orang yang tidak solat?"
Syeikh: "Pegang tangannya dan ajar dan ajak dia untuk solat. Jangan jadi penghukum. Jadilah penyebar kebaikan".
Kan bagus kalau kita jadi penyebar kebaikan. Ajak secara berhikmah. Jangan mudah menghukum seseorang. Kita juga bukan sempurna. Hidup di muka bumi saling memerlukan. Jangan pentingkan diri sendiri. Syurga bukan untuk kita seorang saja.

Solat itu tiang agama. Jika tiangnya rapuh, maka robohlah rumahnya. Semoga kita sentiasa menjaga solat kita dan menjadi penyebar kabaikan. InsyaAllah

3 ulasan for "Kalau Seorang Muslim itu Tidak Solat..."

  1. betul..ajak secara baik...

    BalasPadam
  2. betul tu, kalau tanya "dah solat ke? jom solat sama" pun dah buat orang tu tertarik nak solat sama. Saya singgah dan follow blog ni ya kak. satu perkongsian yang bagus.

    BalasPadam