Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Muhasabah Diri Itu Perlu

Pentingnya Muhasabah Diri


Dalam seharian, pelbagai perkara yang kita dah lakukan. Dalam kita menjaga perbuatan kita, mungkin secara tak sengaja atau tanpa sedar, terselit juga perkara yang tidak baik kita lakukan. Tercakap perkara yang tidak baik, terlihat sesuatu yang tak sepatutnya dan lain-lain lagi. Jadi, sebab itulah penting kita muhasabah diri sebelum tidur.

muhasabah diri
FOTO ARIAN'S BLOG

Kenapa perlu muhasabah diri? Mudah saja jawapannya. Supaya kita akan jadi lebih baik daripada hari ini. Maksudnya supaya kita sentiasa memperbaiki diri kita dengan berfikir atas setiap perbuatan yang telah kita lakukan. Macam kerja juga, kerja pun ada masanya akan diaudit. Yang mana terkurang, perlu dipertingkatkan. Manusia pun macam tu juga.

Kalau ada salah dengan seseorang, segera minta maaf dan memaafkan. Kalau ada perbuatan yang tidak baik atau percakapan yang buruk dilontarkan, berazam supaya kita tidak akan ulangi kembali perkara tersebut. Yang mana perkara baik, teruskan ia.

Semoga kita semua sentiasa menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

2 ulasan for "Muhasabah Diri Itu Perlu"

  1. Ena selalu teringat salah dan kelakuan diri ketika nak tidur.. terlampau banyak sampai kalau boleh taknak ingat dan insaf

    BalasPadam
  2. betul tu.. setuju sgt ! :)

    klu tk muhasabah, kita tk akan tahu flow hidup kita..

    BalasPadam