Perkara yang Tak Patut Dibuat untuk Majlis Perkahwinan

Berjimat untuk Majlis Perkahwinan

Melangkah ke alam perkahwinan bukanlah mudah seperti yang disangka. Tapi jika niatnya benar kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan urusan. Apabila sebut soal perkahwinan, ia bukanlah semata-mata kerana cinta untuk disatukan bersama tetapi kerana takdir Allah yang mempertemukan dua jiwa untuk bercinta kerana-Nya. 

kahwin jimat
FOTO OHSEM PAPA

Untuk jadi pasangan suami isteri, ilmu agama dan rumah tangga mestilah ada supaya apabila dah kahwin nanti jika wujud masalah, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan ilmu yang ada. Selain itu perancangan kewangan yang mantap juga amat perlu dan ia bermula sebelum majlis perkahwinan itu lagi.

Saya pernah baca surat khabar tempatan yang menyatakan bahawa terdapat pasangan yang rumah tangganya tidak bertahan lama disebabkan lemahnya dalam mengurus kewangan. Ada yang buat pinjaman peribadi semata-mata untuk majlis perkahwinan supaya nampak grand. Akibat hutang tersebut, perbelanjaan untuk perkara lain terganggu dan hutang masih belum habis walaupun dah ada anak. Perkara sebegini sebenarnya boleh dielakkan jika ada kesedaran untuk menabung dan belajar berjimat untuk kebaikan masa depan. Jimat tapi jangan sampai kedekut pula :)

Jadi, saya nak kongsikan apa yang saya pernah baca di Facebook Dr. Azizul Azli Ahmad, salah seorang pakar dalam bidang kewangan dan hartanah di Malaysia tentang perkahwinan.

Perkara yang Patut Dielakkan untuk Majlis Perkahwinan


1. Jangan buat pinjaman peribadi untuk jadi Raja Sehari, yang suka meminjam itu menteri.
2. Jangan berkompang dan karaoke waktu azan Zohor pengantin sampai, keberkatan itu tak capai.
3. Jangan sediakan meja VVIP, kita samakan semua dan jadi tetamu kenduri.
4. Salam beri sampul itu bukan amalan agama, tiada duit orang malu nak datang makan nanti.
5. Jangan guna bomoh hujan, minta saja pada tuhan. Jangan sekutukan tuhan majlis persandingan kita.
6. Jangan jadi 'Raja' sangat, kita semua rakyat jelata.
7. Jangan ada agenda photoshoot di tempat lain, tetamu datang nak jumpa pengantin.
8. Jangan sayang make up sampai tak solat Asar dan Maghrib.
9. Jangan habiskan semua duit untuk majlis kahwin, lepas kahwin kena tidur tilam lipat.
10. Jangan buang duit beli goodies dari China, salam cium tangan itu lebih bermakna.

Mungkin ada yang kurang setuju dengan perkara di atas tetapi percayalah, yang sederhana itu lebih baik. Tak peningkan kepala dan hidup bahagia selepas majlis perkahwinan, insyaAllah :) 

Jom mula menabung dan menyimpan hari ini juga. Saya juga simpan emas selain wang simpanan kerana emas 'penyimpan' nilai yang bagus. Anda juga patut cuba ini.

Kurangkan air liur basi. tingkatkan prestasi.

3 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta Februari 14, 2017
sederhana yang penting bahagia dan Allah redha..
Maisarah Humaira' Maisarah Humaira' Februari 16, 2017
betul..bersederhana itu lebih baik
Manusia Berubah Manusia Berubah Februari 20, 2017
setuju sangat dengan semua fakta di atas...!
dahulukan agama, utamakan barakoh.. itu yang paling utama untuk diutamakan lagi perlu mengutamakan.. hehehehehe.. :)

...

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)