Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur

Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur 

Tidur adalah satu nikmat kurniaan daripada Allah. Manusia perlukan tidur untuk berehat setelah berusaha kuat mencari rezeki pada siang harinya. Malam adalah waktu terbaik untuk tidur mengikut fitrah manusia itu sendiri. 

Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur

Tidur pun bukan main tidur saja. Terutamanya umat Islam, terdapat beberapa adab yang juga merupakan sunnah Rasulullah, perlu diikuti sebelum tidur.
Antara sunnah Rasulullah sebelum tidur adalah:

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

doa sebelum dan bangun tidur

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

Jangan lupa untuk muhasabah diri sebelum tidur agar kita dapat memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan.

Mudah kan sunnah Rasulullah?  Dapat pahala lagi tu kalau laksanakannya. Begitulah antara beberapa sunnnah Rasulullah sebelum tidur yang patut diamalkan setiap hari. InsyaAllah pelbagai manfaat yang kita akan dapat dengan mengikutinya.


Sumber Sunnah Rasulullah: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia

1 ulasan for "Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur "