15 Mac 2017

Akhirnya Status Permohonan BR1M bertukar kepada LULUS

Status BR1M bertukar kepada LULUS

Baru-baru ini semak lagi status BR1M kot-kot bertukar kepada lulus dan akhirnya status BR1M bertukar daripada DALAM PROSES kepada LULUS. Maknanya layak untuk menerimanya.

status permohonan BR1M
Status permohonan telah diluluskan
Sebelum ini kecoh juga di Facebook dan di mana sahaja tentang sesiapa yang berdaftar dengan SSM tak layak menerima BR1M (berstatus TIDAK LULUS). Tapi, akhirnya ramai yang statusnya bertukar daripada tidak lulus kepada dalam proses dan kemudiannya lulus.

Anda boleh membuat semakan status di laman SEMAKAN STATUS 2017 atau
Install terus aplikasi mobil Semakan BR1M yang kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Klik SINI untuk tatacara menggunakan aplikasi mobil ini.

Bagi golongan individu yang statusnya telah bertukar kepada lulus untuk kali ini, mereka bakal menerima BR1M pada kelompok 3 nanti. Mungkin mereka akan menerima surat bersama baucer terus.

Haaa.. kalau dapat ucap Alhamdulillah. Kalau tak diberi peluang untuk merasa, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti dan mungkin juga ramai lagi yang benar-benar memerlukannya selain daripada diri kita sendiri.


Previous Post
Next Post

About Author

12 ulasan:

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)