13 Mac 2017

Cermin Mata Kanta Crizal Transitions Menjadi Pilihan

Cermin Mata Bertukar Warna

Dua minggu lepas cermin mata saya patah 'tangkai' sebelah kanan. Sebabnya besi tempat skru tu yang patah. Nak tak nak memang kena tempah cermin mata baru dan saya memilih cermin mata 'bertukar warna'. Cermin mata kanta photochromic nama betulnya 😁

cermin mata kanta photochromic

Cermin mata saya yang sebelum ini juga jenis kanta photochromic. Tak segelap kanta cermin mata baru ni apabila terkena cahaya matahari. Setelah diberitahu oleh optometris tentang kebaikan kanta Crizal Transitions, saya memilih untuk menggunakan kanta jenis ini. Cermin mata baru ini menggunakan kanta Crizal Transitions Signature berwarna kelabu. Original punya siap dapat kad waranti lagi.

cermin mata kanta crizal transtions
Kad waranti untuk kanta
Menariknya, kanta Crizal Transitions Signature adalah perlindungan UV yang terbaik dengan E-SPF25. Selain itu, ia juga mampu melindungi mata dengan penyesuaian silau. Kejelasan kanta ini juga dipertingkatkan lagi untuk menghindarkan pantulan, kesan calar, titisan air dan kesan jari. Alaaa..macam yang dalam iklan tv tu..main baling-baling tepung tapi cermin clear je..

Selain itu, kalau berada dalam rumah, penglihatan jadi sangat jelas dengan kanta Crizal Transitions. Kalau bawah cahaya matahari pula, memang cepat warna kanta bertukar jadi gelap. Kadar gelapnya lebih banyak berbanding kanta cermin mata lama saya.

Tak sakit mata kalau berada di bawah cahaya matahari yang terang kalau pakai kanta photochromic ni. Saya ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, saya menggunakan cermin mata berkanta biasa. Mata mudah keluar air mata ketika melihat di bawah cahaya terang. Mata juga terpaksa dikecilkan. Rasa tak selesa sangat. Jadi, saya ambil langkah bertukar kepada kanta photochromic. Selesa nak melihat. Lagi selesa dengan kanta Crizal Transitions Signature.

cermin mata kanta photochromic

Harga cermin mata ini berharga RM399. Ini adalah harga pakej yang ditawarkan oleh kedai cermin mata yang saya tempah (Harga bergantung kepada kedai cermin mata). Bagi saya tak rugi kalau anda buat cermin mata kanta Transitions walaupun harganya lebih mahal daripada kanta biasa. Kalau power rabun yang tinggi, sangat digalakkan untuk guna kanta Transitions kerana pelbagai manfaat ada padanya.

Nak tahu best ke tak pakai cermin mata berkanta Transitions ni? Kenalah cuba sendiri dulu baru tahu 😉

2 komen

Cantik la cermin mata ni.. Cermin mata sekarang memang mahal2. RM399 tu kira sangat berpatutan.

Dulu saya ada spek macam ni.. tapi hilang sebab cuai.. sebab tu saya tak selalu dah tanggalkan cermin mata.

Lawa cermin mata awak

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon