11 April 2017

Cari Allah Apabila Ada Masalah

Cara atasi masalah hidup


Selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita diuji dengan pelbagai dugaan. Allah memberi kita dugaan, ujian dan masalah kerana ada sebabnya. Supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya. Sekalipun kita dilanda musibah, jangan mudah melatah terus menjauh dari-Nya tetapi tetap terus bersyukur kepada Allah.

Allah tahu dugaan yang diberikan itu mampu kita tanggung. Allah beri kita rasa dugaan dan masalah kerana Allah ingin kita meluahkan apa yang terbuku di hati kepada-Nya. Allah rindu akan rintihan makhluk-Nya.


cara atasi masalah
Foto QuranicGen

Jadi, sebelum cari manusia untuk luahkan perasaan dan masalah, luahkanlah perasaan kita kepada Allah kerana kunci penyelesaian masalah ada pada Dia. Lagi banyak kita meluahkan perasaan kepada Allah, insyaAllah Allah permudahkan kita dengan laluan untuk keluar daripada masalah yang dihadapi.

Semoga apa yang disampaikan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan anda semua. InsyaAllah.

Previous Post
Next Post

About Author

2 ulasan:

  1. Betul...setuju...semua daripada Allah SWT..begitu juga solusinya daripada Allah SWT juga..tugas kita jangan pernah bosan untuk meminta..

    BalasPadam
  2. Allah sentiasa disisi kita tika kita susah mahupun senang , Allah tak pernah Skip untuk tengok aktiviti yang kita buat atas muka bumi ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)