Dapat Hadiah Jam Tangan Adidas Original

Jam Tangan Adidas Original Menjadi Milikku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Siapa yang tak seronok bila dapat hadiah kan? Tambah pula dapat hadiah yang mahal. Lagilah suka hehehe. Alhamdulillah, tak sangka saya dipilih untuk menjadi salah seorang pemenang dalam peraduan #GooseySelfie anjuran pusat beli belah MyTown KL. Hadiahnya berupa seutas jam tangan Adidas yang bernilai RM199.

Jam Tangan Adidas Original

Sebenarnya dah lama saya terima hadiah jam tangan ini, iaitu pada hujung bulan Mac. Emel telah dihantar pada pagi 19 Mac, dalam emel tersebut pihak MyTown meminta saya supaya menuntut hadiah pada hari yang sama di pusat beli belah tersebut. Tapi memang tak dapatlah nak ke sana dalam waktu yang singkat dan semata-mata nak ambil hadiah tu je kan. hehe.

Saya fikir semula, rugilah kalau tak tuntut hadiah tu. Bukan senang nak dapat hadiah macam ni. Nak tak nak saya mencari blogger yang juga pemenang dalam peraduan #GooseySelfie tersebut. Alhamdulillah, atas bantuan blogger Syafiera akhirnya jam tangan Adidas ini selamat sampai di rumah.

Sampai je bungkusan hadiah ini di rumah, teruja betul nak buka balutannya. Tengok isinya, yeayy dapat dapat jam tangan Adidas berwarna merah. Seronoknya! Memandangkan saya juga ada jam tangan, jadi jam tangan ini diberikan kepada adik. Seronoklah dia dapat pakai jam tangan Adidas original tu. hihi

Ramai juga yang sertai peraduan #GooseySelfie ni sebenarnya. Bersyukur sebab terpilih menjadi pemenang. Apa pun terima kasih kepada MyTown Shopping Centre atas hadiah yang menarik ini. 

Jom shopping di MyTown Shopping Centre, dekat dengan Ikea Damansara je 😊


6 comments.. read them below or add one

Shaidatul Aireen Shaidatul Aireen April 09, 2017
tahniah sis! cantik jam tu hehe makin bergaya lah lepas nie :*

http://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/sunshine-blogger-award.html
Shesyira As Shesyira As April 09, 2017
bertuahnyaa.tahniah.cantik jam tu dgn wrna merah memang lawa
Anis Amira Anis Amira April 09, 2017
Wahh. Tahniah Maisarah :D Bukan senang nak menang. Hadiah pon wow pulak tuh. hehehe. Tahniah tahniah :D
Maisarah Humaira Maisarah Humaira April 10, 2017
terima kasih sis :) hehe bergayalah kita
Maisarah Humaira Maisarah Humaira April 10, 2017
Alhamdulillah, terima kasih. cantik warna merah kan :)
Maisarah Humaira Maisarah Humaira April 10, 2017
Alhamdulillah terpilih jadi pemenang :) terima kasih.

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)