Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dapat Panggilan dari Scammer 0147270265 Ugut Minta Wang

Penipuan Scammer Melalui Panggilan Telefon


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kes penipuan berkaitan dengan wang semakin berleluasa pada masa kini. Penipuan wang yang diselitkan dalam peraduan, cabutan nombor telefon bertuah, bank minta buat bayaran dan lain-lain lagi. Sebelum ini biasanya saya dapat SMS je.  Tapi, kali ini saya dapat panggilan daripada seorang lelaki bernombor 0147270265 yang kononnya bekerja di sebuah syarikat insurans.

scam, scammer, 0147270265

Pagi semalam (12 April 2017) kira-kira jam 10 pagi, saya menerima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Saya pun jawab je lah, mungkin pelanggan nak tempah design yang telefon. Bila jawab panggilan tersebut, seorang lelaki memperkenalkan dirinya, siap sebut nama dan pekerja syarikat insurans. Tapi butir sebutannya tak berapa jelas. Saya minta ulang sekali lagi pun tetap sama bunyinya, tak jelas.

Kemudian dia beritahu tentang pembatalan kontrak insurans. Dia meminta saya untuk membatalkan kontrak insurans dan perlu membayar RM499 kepadanya. Kalau tak batalkan kotrak, nama saya akan terus ada dalam sistem dan perlu buat bayaran setiap bulan. Insurans ini untuk perlindungan visa dan kad kredit. Saya beritahu dia yang saya takda kad kredit. Lepas tu boleh pula dia cakap, perlindungan insurans tu sekali dengan kad debit. Saya cakap, sebelum ni pihak bank takda pun yang beritahu tentang insurans ini. Dia balas, pihak bank memang takkan beritahu tentang insurans ini. Aik, pelik sangat bunyinya ni.

Saya cuba minta butir-butir pembayaran dihantar melalui emel tapi dia beritahu tak boleh hantar melalui emel, hanya melalui pos sahaja. Semua urusan hanya melalui telefon atau pos saja. Saya dah tau dia ni menipu sebenarnya. Sebelum ni saya pernah batal kontrak insurans melalui emel je. Selesai. Tapi ni banyak sangat alasan tak munasabah.

Saya malas dah nak layan panggilan tu sebab rasa pelik dan suara dia pun tak berapa nak jelas. Saya pun cakap, saya sendiri akan tanya pihak bank untuk pastikan kesahihannya. Lepas tu, saya terus putuskan panggilan tu.

Nak kata panik, tak juga. Saya cuma fikir, betul ke kena bayar banyak tu. Tapi lagi pelik sebab dia pula yang suruh saya batalkan kontrak insurans. Saya pun google nombor 0147270265. Rupa-rupanya ramai yang dapat panggilan daripada nombor ini. Ada yang dapat panggilan daripada lelaki dan ada juga perempuan dengan pelbagai nama samaran. Semuanya kes yang lebih kurang sama dengan saya, ugut minta wang.

Macam-macam la sekarang ini kan. Nak cepat dapat duit, sanggup menipu orang lain. Apa pun sentiasa peka dengan nombor dan panggilan seperti ini. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan tipu helah scammers. Kalau dia cuba nak tipu kita, tanya macam-macam kat dia sampai dia tak boleh jawab. Jangan lupa cari info di internet juga. Boleh jadi bahan bukti juga nanti.

Jom jadi bijak, jangan jadi mangsa.

4 ulasan for "Dapat Panggilan dari Scammer 0147270265 Ugut Minta Wang"

  1. Bahayanya! Dah la guna nombor handphone je. Kena lebih hati-hati lepasni. Lagi-lagi kalau yang minta personal details penting-penting, woooo bahaya bahaya... Take care! 💕

    BalasPadam
  2. takutnya org mcm ni.. ugut2 pulak. btw tq mai atas prkongsian untuk smua. :)

    BalasPadam
  3. saya tak pernah jwb no tak dikenal huhuhu. skrg mcm2 jenis scammer je ada. selalu dpt no dari luar negara. kalau no panjang2 pun mmg sy akan google dulu kot2 ada papa tak kena.

    BalasPadam
  4. Mcm mcm dh trick org nk cari duit mudah. Kerja halal byk, menipu jugak yg dipilih. Btw, thanks mai sbb share. Lepas kena lebih berhati hati...

    BalasPadam