Selamat Tinggal Ubat Sporo !

Berhenti Ambil Ubat Sporo


Gara-gara terkana jangkitan Sporo atau nama panjangnya Sporotrichosis, saya terpaksa ambil ubat anti fungus Inox Itraconazole. Rupanya dah 20 minggu saya ambil ubat ini. Wuu.. lama juga tempoh masa ni. Selepas 20 minggu, doktor pakar kulit meminta saya untuk berhenti ambil ubat Sporo.

ubat anti fungs, itraconazole


Kini, sudah sebulan saya berhenti daripada ambil ubat Sporo (13 Mac 2017 berhenti). Alhamdulillah tiada tanda-tanda jangkitan Sporo kembali. Sekarang ini hanya tinggal parut luka pada tangan kiri. Cuma rasa gatal-gatal je pada parut tu sebab parutnya agak tebal doktor beritahu. Parut itu juga kini semakin hari nampak perbezaannya. Semakin mengecil saiznya. Alhamdulillah.

Teringat lagi waktu mula-mula tahu terkena jangkitan Sporo. Macam-macam saya fikir, "boleh baik ke luka saya ni?" , "berapa lama kena makan ubat Sporo ni?" , "bila boleh sembuh ni?". Seekor kucing saya yang ada jangkitan Sporo pun saya fikir juga tentang dia. Tak tergamak nak PTS (put to sleep) kucing tu sebab sayang sangat.

Nak tak nak saya pun ikut je la cakap doktor sebab nak cepat pulih daripada jangkitan Sporo walaupun tak suka makan ubat. Ubat Sporo perlu diambil mengikut dos yang telah ditetapkan. Kira-kira 3 bulan saya perlu ambil ubat Sporo 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari. Selepas 3 bulan, dos dikurangkan kepada 1 biji pagi dan 1 biji malam setiap hari. Berbeza dengan kucing, mereka perlu ambil separuh saja daripada 1 biji kapsul setiap hari kerana ubat ini memberi kesan yang agak kuat terhadap kucing. Kesan kepada manusia juga sama. Setiap 2 bulan saya perlu menjalani ujian darah bagi memastikan ubat tersebut tidak memberi kesan negatif kepada bahagian badan saya yang lain.

Spray8 bantu merawat luka jangkitan Sporo


Selain ambil ubat Sporo, luka jangkitan juga saya usaha untuk sembuhkannya. Syukur saya dipertemukan dengan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka jangkitan Sporo pada tangan kiri saya. Spray8 betul-betul berkesan mengubati luka. Inilah rupanya Spray8.

ubat luka mujarab, Spray8

Mudah sangat cara nak guna Spray8 ini. Hanya sembur pada kawasan luka dan gunakan 3 kali sehari. Bahan-bahan yang digunakan dalam Spray8 juga adalah berasaskan semula jadi. Betul ke Spray8 amat berkesan mengubati luka? Klik sini Luka Basah Cepat Kering dengan Spray8® untuk mengetahui testimoni berkesan daripada saya sendiri selepas penggunaan Spray8.

Alhamdulillah, seronok rasanya bebas daripada jangkitan Sporo. Kepada anda pencinta kucing, pastikan kucing sentiasa berada dalam keadaan sihat. Jika terdapat luka walaupun kecil, cepat-cepat bawa ke klinik haiwan kerana daripada luka tersebarnya jangkitan Sporo. Jangkitan Sporo juga tidak mustahil untuk berjangkit kepada manusia dan memakan masa berbulan-bulan untuk pulih sepenuhnya. Jadi, perlu sentiasa peka dengan keadaan kucing dan diri sendiri.

Semoga kucing dan anda sendiri yang terkena jangkitan sporo ini segera diberikan kesembuhan oleh Allah, asalkan tidak berputus asa. InsyaAllah boleh.

6 comments.. read them below or add one

Shesyira As Shesyira As April 18, 2017
xpernah dgr nma penyakit tu tp kesian kucing pn kena jugak ea
Maisarah Humaira Maisarah Humaira April 19, 2017
sakit ni popular di kalangan kucing. manusia pun boleh berjangkit daripada kucing yang ada sporo ni
Ainul Ainul April 20, 2017
Saya jarang ambil ubat , takut ngantuk

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)