23 Mei 2017

Allah Pemberi Rezeki tapi Mengapa Allah Diketepi?

Cari Harta Dunia


Ramai yang kata wang bukan segalanya tapi segalanya perlukan wang. Benar, lagi-lagi zaman kini yang semakin meningkat kos sara hidupnya. Tapi bukan bermakna kita perlu pisahkan dunia dan akhirat kerana harta semata-mata.

nikmat Allah

Ada juga yang kata, "aku tak solat tapi rezeki aku tak putus-putus". Maka, solat fardhu terus ditinggalkan tanpa rasa bersalah kerana harta. Mana tahu jika itu adalah Istidraj. Itu juga adalah satu ujian tanpa kita sedari. 

Apa guna cari harta jika solat fardhu entah ke mana.

Apa guna cari harta tapi bukan untuk agama.

Apa guna banyak harta tapi tak nampak jalan bahagia.

Apa guna ada harta tapi bakhil tidak terkira.

Apa guna segunung harta jika sombong dengan manusia.

Apa guna harta berjuta tapi Allah tiada di jiwa.

Apa guna kaya harta di dunia tapi miskin di akhirat sana.

Allah pemberi rezeki tapi mengapa Allah diketepi?

Tepuk dada tanya iman.

Malunya. Rezeki dari Allah kita mahu tapi perintah-Nya kita tak mahu laksanakan. Apa sahaja yang kita lakukan biarlah niat kerana-Nya. Jangan sesekali lupakan Allah kerana semuanya telah ditentukan-Nya. Jom kejar dunia untuk akhirat sana. Semoga tulisan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan anda semua, InsyaAllah.


Mudahnya Beli-belah di Lazada Malaysia Guna MOLPay CASH di 7-Eleven

Online Shopping di Lazada Malaysia App dengan MOLPay CASH


Zaman sekarang ini semuanya nak mudah dan cepat. Beli-belah pun di hujung jari sahaja. Hanya pilih barang yang diinginkan, buat pembayaran dan tunggu sahaja barang sampai di rumah. Macam saya juga, memilih Lazada Malaysia untuk membeli-belah pelbagai barangan di situ. Macam-macam barang ada di laman web tersebut. Saya selalu membeli barangan keperluan di Lazada Malaysia kerana mudah, selesa dan selamat.

Kini, semakin ramai yang memilih untuk membeli-belah atas talian kerana ia memudahkan, menjimatkan masa dan tenaga. Ditambah pula dengan sistem perbankan online yang semakin meluas penggunaannya. Selain itu, MOLPay CASH juga menjadi pilihan pengguna untuk membuat pembayaran ketika membeli belah atas talian. Beli-belah di Lazada Malaysia juga jadi lebih mudah dengan install aplikasi di telefon pintar. Apabila sudah install, hanya klik aplikasi tersebut, cari barang dan bayar. Mudah kan? Bagi anda yang masih belum memuat turun aplikasi Lazada Malaysia, anda boleh muat turun di App Store atau Google Play Store.



Baru-baru ini, saya mencuba MOLPay CASH untuk membuat bayaran setelah selesai membeli-belah di Lazada Malaysia. Kebetulan, duit yang ada di tangan cukup untuk buat bayaran. Saya gunakan duit tersebut untuk membuat pembayaran tunai di kaunter kedai serbaneka 7-eleven. Jadi, duit yang ada dalam akaun bank tidak diusik. Memang memudahkan pengguna.

Emm... Anda tahu atau pernah dengar tentang MOLPay CASH?

Bayar Tunai Guna MolPay CASH di 7-Eleven


MOLPay CASH ialah pengguna boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter kedai serbaneka 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang dibeli secara online di laman web yang menyediakan servis pembayaran jenis ini.

cara guna MOLPay Cash di 7-Eleven
Ia menjadi alternatif bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, jarak rumah jauh dengan bank, nak bank in melaui CDM tetapi ada sen yang tak boleh masuk dalam mesin atau masalah tidak cukup wang dalam akaun bank untuk online shopping. Contohnya, anda ingin beli barang di Lazada Malaysia tapi duit yang ada dalam akaun bank tidak mencukupi untuk membuat bayaran. Jadi, pengguna boleh buat bayaran secara tunai di mana-mana kedai 7-Eleven menggunakan MOLPay CASH.

Untuk pengetahuan anda, kaedah pembayaran MOLPay CASH adalah percuma, tiada sebarang caj tambahan dikenakan apabila anda menggunakannya, salah satu kaedah pembayaran utama di Asia Tenggara.

Saya masih ingat lagi cara membeli-belah di aplikasi Lazada Malaysia dan membuat bayaran menggunakan MOLPay CASH. Jadi, saya ringkaskan caranya langkah demi langkah untuk anda:

Cara Untuk Shopping di Lazada Malaysia App dan Buat Pembayaran Guna MOLPay CASH di 7-Eleven


Langkah 1: Klik aplikasi Lazada Malaysia di telefon pintar anda untuk membeli-belah, pilih barang , kemudian teruskan untuk checkout dan pilih MOLPay CASH sebagai cara pembayaran.

cara guna MOLPay CASH di 7-Eleven


Ambil gambar, cetak atau screenshot maklumat transaksi seperti Transaction ID, kod pengesahan dan jumlah.

(Selepas anda dah confirm buat bayaran menggunakan MOLPay CASH, bayaran mestilah dibuat dalam tempoh 2 hari dari waktu dan hari anda confirm di laman web Lazada Malaysia. Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, anda dikira telah membatalkan order.) 


Langkah 2 :
Pergi ke kedai 7-Eleven yang terdekat untuk membuat pembayaran.

Langkah 3 : Beritahu juruwang nak buat bayaran MOLPay CASH.

Langkah 4 : Tunjuk screenshot ID Transaksi dan Kod Pengesahan kepada juruwang.

Langkah 5 : Setelah jumlah bayaran telah disahkan dan dibayar, kakitangan 7-Eleven akan mengeluarkan resit sebagai bukti pembayaran.

Mudah bukan? Beli barang online tapi boleh bayar secara tunai. Lebih selamat sebab kita sendiri yang bayar dan dapat resit bukti pembayaran.

Tak perlu risau lagi lepas ini untuk beli-belah secara online. Jom membeli-belah secara selamat dan selesa di aplikasi Lazada Malaysia dengan MOLPay CASH.


22 Mei 2017

Cara Mudah Beli Domain di NetKL

Beli Domain Murah di NetKL

Entri sebelum ini saya ada berkongsi tentang sebab-sebab kenapa blog perlu guna domain sendiri. Ada beberapa kenalan blogger yang bertanya di Facebook tentang cara membeli domain kerana entri tersebut. Jadi, kali ini saya akan kongsikan cara mudah beli domain di NetKL.

cara beli domain NetKL


Sebab Perlu Beli Domain di NetKL

Kenapa NetKL menjadi pilihan untuk saya membeli domain? Pertamanya kerana rakan blogger AFB cadangkan supaya beli domain di NetKL. Yang kedua, harga renew domain tahunan adalah amat berpatutan iaitu RM45. Nak lagi murah, renew untuk banyak tahun terus. Lagi satu, kalau ada sebarang masalah tentang domain, boleh telefon NetKL terus dan mereka akan bantu dan selesaikan masalah secepat mungkin.

Cara Beli Domain

Jom ikuti cara mudah langkah demi langkah untuk membeli domain di NetKL.

1. Pergi ke laman web NetKLKemudian, lihat pada menu tab biru dan pergi ke Domain dan klik Buy Domain Only.

cara beli domain NetKL


2. Pendaftaran dan pemilihan nama domain
Terdapat dua pilihan di sini, pertamanya ialah beli domain baru di NetKL dan kedua ialah tukar domain yang sedang digunakan ke NetKL Network. Bagi anda yang baru pertama kali membeli domain, klik pada I want NetKL Network to register a new domain for me.

Di bawahnya terdapat kotak kosong. Masukkan nama domain pilihan anda dan klik butang Check Availabity. Kalau masih available, klik kotak seperti dalam gambar di bawah, kemudian klik butang Add to Cart. Kalau tak available anda perlu pilih nama domain lain.


cara beli domain NetKL


3. Konfigurasi domain
Di sini, kalau anda nak tambah servis ID Protection, klik kotak di tepinya. Caj sebanyak RM15 akan dikenakan. Kalau anda setuju dengan servis ini, jumlah untuk renew setiap tahun akan jadi RM60 (RM45 + RM15).

Kalau anda taknak guna servis ini juga boleh. Tak perlu tukar apa-apa di ruangan ini dan teruskan untuk Checkout.

cara beli domain NetKL


4. Pengesahan Order dan Sign Up
Pembayaran boleh dibuat menggunakan dua cara iaitu bank transfer atau Paypal. Tiada cas tambahan jika anda membuat bayaran menggunakan bank transfer. Bagi anda yang memilih untuk menggunakan Paypal, cas sebanyak RM3.98 akan dikenakan.

Ruangan promotional code saya tak pasti perlu letak kod apa, boleh cuba hubungi pihak NetKL untuk kod ini. Kalau tiada sebarang perubahan, klik butang Checkout untuk membuat pembayaran.

cara beli domain NetKL

Selepas klik butang Checkout, akan keluar seperti gambar di bawah. Isikan borang ini.

cara beli domain NetKL

cara beli domain NetKL

Pilih cara pembayaran. Apabila sudah selesai, klik butang Complete Order.


5. Pembayaran
Anda akan dapat invoice macam ni. Boleh teruskan untuk buat pembayaran. Bagi anda yang buat bayaran guna bank transfer, pada bahagian recipient email dan reference, letak emel dan nombor invoice untuk memudahkan NetKL trace pembayaran yang telah dibuat. Apabila dah selesai buat pembayaran, emel butir-butir pembayaran kepada team NetKL.

cara beli domain NetKL


6. Pengesahan Pembayaran
Selepas emel butir-butir pembayaran, pastikan anda dapat emel pengesahan dari NetKL. Setiap emel yang anda dapat daripada NetKL mesti dibuka dan baca dengan teliti. Yang mana perlukan anda klik link, anda mesti klik link tu. Ikut je arahan NetKL.

Bila bayaran telah disahkan, akan dapat emel invoice dengan status PAID. Kalau masih belum dapat emel pengesahan ini setelah beberapa jam, emel semula butir-butir tadi atau boleh telefon terus NetKL.

cara beli domain NetKL


7. Pembelian domain selesai
Selepas selesai pembayaran dibuat, tunggu emel Domain Registration Confirmation daripada NetKL. Bila dah dapat emel ni, ini bermakna domain anda telah berjaya didaftarkan dan anda dah boleh mula tukar kepada domain sendiri. 

Mudah je kan? 😊

InsyaAllah saya akan kongsikan cara tukar domain di blogspot dengan domain sendiri yang sudah anda beli pada entri akan datang.

17 Mei 2017

6 Sebab Perlu Ada Nama Domain Sendiri untuk Blog

Kepentingan Nama Domain Sendiri untuk Blog


Kini, semakin ramai blogger yang menukar domain yang percuma kepada nama domain sendiri. Contohnya, domain percuma www.ayam.blogspot.com kepada domain berbayar www.ayam.com. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ada nama domain sendiri untuk blog. Wajib atau tidak menukar domain blog ni?

kepentingan domain sendiri

Apa yang Sarah dapat hasil daripada perbincangan dengan rakan blogger dan melalui laman web rujukan tentang perlunya ada domain sendiri untuk blog ialah:

1. Supaya blog mudah diingati dan dikenali.
Sebelum blog Sarah bertukar domain seperti sekarang ini, blog Sarah menggunakan URL maisarahmyblog.blogspot.com. Panjang kan URL nya? Nak ingat pun susah. Jadi, Sarah ambil langkah menukar domain yang lebih pendek dan ringkas iaitu maisarahsidi.com supaya lebih mudah pembaca mengenal blog Sarah dan sekaligus dapat menghafal URL blog.

2. Branding/penjenamaan
Branding atau penjenamaan penting bagi sesebuah blog atau blogger. Domain menjadi lambang identiti diri sendiri dalam dunia blog. Bila sebut saja sesebuah domain, kita dah boleh bayangkan pengisian blog tersebut atau kita kenal bloggernya. Juga penting bagi blogger yang serius menulis blog dapat membantu untuk pergi lebih jauh dalam dunia blogging dengan domain tersebut.

3. Lebih profesional
Kebanyakan blogger terkenal yang sudah pun mencipta nama dalam dunia blogging di Malaysia misalnya menggunakan nama domain sendiri untuk blog mereka. Salah satunya ialah menjadikan blog nampak lebih profesional dan menambah keyakinan kepada pembaca. Jadi, kalau inginkan blog sebegitu, blog anda bolehlah bertukar kepada domain pilihan sendiri.

4. Lebih berdisiplin dalam penulisan blog
Apabila sudah menggunakan domain sendiri, ini bermakna anda perlu renew domain setiap tahun dengan bayaran tertentu. Rugilah kalau jarang update blog. Penulisan yang tidak bermanfaat juga dapat dielakkan supaya domain yang membawa identiti blog dan blogger tidak terpalit dengan pandangan negatif masyarakat umum. Gunakan blog dengan sebaiknya serta mantapkan lagi penulisan.

5. Meningkatkan peluang menjana pendapatan melalui blog
Blog adalah salah satu medium terbaik untuk pengiklanan. Pelbagai jenis produk dan servis boleh diiklankan di blog. Jadi, memiliki domain sendiri adalah amat digalakkan supaya para pengiklan lebih mempercayai blog kita. Sebabnya ada sesetengah pengiklan, mereka juga mengutamakan domain selain daripada faktor trafik.

6. Kepentingan domain untuk SEO
Tahukah anda enjin carian seperti Google akan mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu laman web bermula dengan halaman utama nama domain tersebut. Dengan adanya domain sendiri memudahkan enjin carian menjumpai blog anda seperti yang diperkatakan di blog ejoeSolutions.

Apa pun fikir dengan sebaiknya tujuan anda membeli domain. Pastikan nama domain yang dipilih betul-betul tidak akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari.

Nak tahu bagaimana cara mudah membeli domain? Baca di sini Cara Mudah Beli Domain Di NetKL.


16 Mei 2017

Selamat Hari Guru | Ilustrasi Guru Wanita Comel

Hari Guru 2017


Selamat menyambut Hari Guru bagi semua insan yang bergelar guru, pensyarah dan yang seumpamanya. Hari ini adalah 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru yang pastinya ia disambut setiap tahun pada tarikh tersebut. Tema sambutan Hari Guru tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa".

doodle cikgu, doodle guru, kartun guru

Tema yang sangat bertepatan dengan tugas seorang guru. Guru mencurahkan ilmu kepada palajarnya supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Guru di rumah juga jangan dilupakan iaitu ibu bapa kita sendiri. Mereka adalah orang pertama yang mengajar kita sejak bayi lagi.

Benarlah kata, tanpa guru siapalah kita hari ini. Semoga semua yang bergelar guru mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Jasamu tetap dikenang selalu. Dah pencen pun orang tetap akan panggil cikgu kan 😊

Untuk sambutan Hari Guru kali ini saya nak kongsi satu artwork iaitu ilustrasi seorang guru yang sedang mengajar. Ilustrasi ini ditempah oleh seorang klien yang juga merupakan seorang guru. Ilustrasi ini diletakkan dalam blognya.

doodle cikgu, doodle guru, kartun guru

Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan ilustrasi ini. Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan ilustrasi, doodle, vector portrait atau digital portrait dengan harga yang berpatutan, cepat2 hubungi Sarah ok.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, hubungi melalui:
Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

14 Mei 2017

Cara Mudah Letak Like Box Fanpage Facebook di Blog

Tutorial Mudah Letak Like Box Fanpage Facebook atau Facebook Page Plugin di Blog 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini nak berkongsi satu tutorial iaitu cara mudah letak Like Box Fanpage Facebook di blog kerana ada pembaca yang bertanya tentnag tutorial ini. Sebelum ini saya pernah kongsi tutorial ini dalam post Tutorial Letak Facebook Page Plugin di Blog dan banyak langkah perlu dibuat. Tapi kali ini saya nak mudahkan lagi cara letak kod ini dalam blog.

Like Box Facebook di blog

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk meletakkan Like Box Fanpage Facebook di blog.

1. Pergi ke dashboard blog > Layout > Add A Gadget > HTML/Javascript
2. Copy kod di bawah ini dan paste kod tersebut di ruangan yang disediakan di HTML/Javascript.

<center><iframe src="//www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=https://www.facebook.com/bingkisanhati/?fref=ts&amp;width=200&amp;height=290&amp;colorscheme=light&amp;show_faces=true&amp;header=true&amp;stream=false&amp;show_border=true" scrolling="no" frameborder="0" style="border:2px; overflow:hidden; width:300px; height:180px;" allowtransparency="true"></iframe></center>
</center>

URL yang berwarna merah di atas, gantikan dengan URL Facebook Page anda.
Warna oren, untuk adjust lebar widget ini.
Warna coklat, untuk adjust ketinggian widget ini.
Warna hijau, tukar kepada false kalau taknak ada gambar orang yang like page atau tukar true kalau nak ada gambar orang yang like page.
Warna ungu,tukar kepada true kalau nak stream atau status muncul pada widget. Tukar kepada false kalau taknak munculkannya.

Kalau berjaya, akan keluar macam gambar di bawah ini...

Like Box Facebook di blog

Mudah bukan cara untuk meletakkan Like Box Fanpage Facebook di blog? Jangan lupa like sekali page Facebook saya yang ada kat sidebar tu hehehe
Selamat mencuba! Kalau tak berhasil, boleh beritahu saya.

Kredit kepada blog Lyssa Faizureen atas tutorial ini.

13 Mei 2017

Syaaban Sudah Separuh, Ramadhan Bakal Ditempuh

Menuju Ramadhan yang Dinanti


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga baik selalu. Hari ini sudah pun 16 Syaaban 1438H. Ini bermakna kita sudah melalui separuh daripada bulan Syaaban dan lebih kurang 2 minggu saja lagi kita bakal melangkah ke bulan Ramadhan, bulan yang paling dinanti.

Nisfu Syaaban, Ramadhan 2017,

Nak memasuki bulan Ramadhan, perlu ada persediaan yang lengkap dan cukup. Persediaan dari segi mental dan fizikal. Taklah nanti masuk je bulan Ramadhan nanti, ada yang cakap tak boleh berpuasa kerana pelbagai alasan yang tak munasabah. Ada juga yang jenis asal bulan Ramadhan je tak boleh puasa, tak boleh berlapar. Sedangkan sebelum bulan Ramadhan, tak makan beberapa jam pun steady je. Itu semua alasan lapuk. Kerana terlalu menurut nafsu, sampai manfaat bulan Ramadhan diabaikan. Sebab tu Allah bagi 11 bulan kepada kita supaya kita boleh melatih diri secukupnya sebelum masuk ke bulan Ramadhan.

Yelah, rugi sangat kalau bulan Ramadhan ini kita buat ala kadar saja. Rugi kalau hanya dapat lapar da dahaga saja. Dapat merasai Ramadhan adalah rezeki yang besar daripada Allah. Siapa yang taknak pahala amalan digandakan bulan Ramadhan nanti kan..

Jadi, sekarang ini adalah masa terbaik untuk kita membuat persediaan secukupnya sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Semoga semua umat Islam sempat merasa keberkatan, kemuliaan dan ketenangan jiwa pada bulan Ramadhan kali ini, InsyaAllah.

HOT: AWAS Pencuri pada Bulan Ramadhan

10 Mei 2017

Widget Bloglist Muncul Semula di Blog

Widget Bloglist Muncul Semula


Akhirnya widget bloglist muncul semula di blog. Yelah, sebelum ini widget bloglist di blog saya hilang tiba-tiba. Sebulan jugalah widget bloglist ini kosong. Ada beberapa blogger turut mengalami masalah yang sama.

widget bloglist muncul semula

Memang tak tahu apa punca yang menyebabkan widget bloglist hilang begitu saja. Masa widget bloglist sedang mengalami masalah itu, saya cuba untuk memasukkan semula URL blog. Selepas beberapa jam, saya tengok blog dan widget bloglist hilang kembali. Jadi, saya biarkan kosong sementara pihak Google menyelesaikan masalah ini. 

Isnin lepas (8 Mei), saya cuba untuk mengisi semula widget bloglist. Seperti sebelumnya, saya buka blog selepas beberapa jam widget bloglist diisi dan link blog masih ada. Sehingga hari ini (10 Mei) widget bloglist masih ada isinya. Alhamdulillah, senanglah saya nak blogwalking nanti. Senang kalau ada widget bloglist ni. Klik je link blog yang ada. 

Yeahh, lebih semangat nak blogwalking ni 😁

08 Mei 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih


Hari ini join satu giveaway yang sangat menarik hadiahnya iaitu Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih. Wah.. cash RM1000 tuu. Hadiahnya adalah RM50 untuk 20 pemenang. Kalau anda nak join, klik banner di bawah ini.


Giveaway ini berlangsung selama sebulan, bermula 8 Mei 2017 sehingga 8 Jun 2017. Tunggu apa lagi, cepat-cepat join giveaway ini. Mana tahu rezeki anda terselit dalam giveaway ini sambil dapat merapatkan ukhwah sesama blogger.

Semoga berjaya kepada anda yang menyertai giveaway ini :)


Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih di sponser oleh Emas Putih , Jimat Melancong Miamorzafirah , Saya Iday Mastura , Ryyhan , Uyul Rosli , Homestay Murah Melaka , Wawa Ashihara , Izzat Nazmi , Maisarah , Iuzira , Alepz , The Ruka , Dayang Deno , Hke Source , Ainy Zain , Shahera Perfume , Jiwarosak , Alepz , DiaHoney Lima Waktu

Design dan Cetak Kad Nama Siti Zurianah Ismail

Design dan cetak kad bisnes/kad nama murah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Kali ini saya kongsikan tempahan daripada seorang pelanggan yang juga merupakan seorang yang pernah memenangi Anugerah Tokoh Siswa 2015 kategori kesukarelawanan, Siti Zurianah Ismail.

Rekaan minimalis dan elegan menjadi pilihannya. Jadi, saya menggunakan warna hitam dan emas sebagai warna tema kad nama ini. Kad nama ini adalah jenis art card dengan kemasan matte laminate. Alhamdulillah, pemiliknya amat berpuas hati dengan design dan cetakan kad nama ini.

kad bisnes murah, kad nama murah

Anda sedang mencari kad nama/kad bisnes dengan harga berpatutan? Pelbagai jenis kad ada seperti art card, art cart dengan kemasan matte laminate, art cart dengan kemasan glossy, spot uv dan frosted plastic card.

Dengan memiliki kad nama/kad bisnes, pelbagai manfaat yang akan anda dapat. Kad bisnes atau kad nama adalah sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan atau servis yang anda tawarkan.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
harga yang berpatutan dan berkualiti?

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi saya melalui:
Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)

05 Mei 2017

Teringin Pakai Kanta Sentuh Tapi Takut

Kanta Sentuh Ortho-K

Kadang-kadang rasa bosan pula sebab perlu sentiasa pakai cermin mata. Tak pakai cermin mata nanti penglihatan jadi kabur pula. Teringin juga nak pakai kanta sentuh (contact lens). Tak perlu risau kalau cermin mata patah ke, pecah ke..

kanta sentuh, kanta lekap
FOTO LEADER KONTAKTOLOGII

Tapi, sebenarnya takut nak pakai kanta sentuh. Takut sebab tak reti nak masukkan kanta sentuh pada mata dan buka semula. hahaha. Apalah.. baru sekali cuba dah taknak pakai. hehe. Takut juga sebab ada orang yang pakai kanta sentuh sampai boleh jadi buta. Tapi kalau beli yang original dan betul langkah penjagaannya, mesti dapat elakkan bahayanya kan.

Sebelum ini pernah juga cuba sekali pakai kanta sentuh. Tapi rasa tak selesa sangat masa tu. Rasa macam ada benda masuk yang menggangu mata dan kelopak. Tu yang taknak pakai dah. heee

Baru-baru ni ada baca surat khabar Metro tentang kanta sentuh yang boleh menurunkan power cermin mata iaitu Ortho-K. Terus rasa teringin pakai kanta sentuh. Yang menariknya kanta sentuh Ortho-K ini ialah hanya perlu dipakai ketika waktu tidur sahaja. Bangun pagi esoknya dapat rasa power makin turun. Wow! Ni yang buat saya lagi teruja untuk cuba pakai kanta sentuh.

Untuk pengetahuan anda, seperti yang diberitahu di laman web Optimax Eye Specialist, Ortho-K adalah satu kaedah bukan pembedahan membentuk semula kornea untuk menyediakan penglihatan yang jelas. Ia juga merupakan salah satu kaedah yang paling terbukti dan berkesan mengawal myopia (rabun jauh) atau short-sightedness yang terdapat di dunia hari ini.

Kanta Sentuh Ortho-K
Kanta Ortho-K
FOTO OPTIMAX Eye Specialist Malaysia

Pesakit memakai kanta sentuh khas semasa tidur pada waktu malam. Kanta sentuh ini direka dalam apa-apa cara yang ia akan menggunakan air mata pesakit untuk perlahan-lahan membentuk semula kornea ketika pesakit sedang tidur. Apabila pesakit bangun pada waktu pagi, kanta sentuh akan dikeluarkan dan dapat menikmati penglihatan yang jelas untuk sepanjang hari. Penglihatan yang jelas dicapai apabila bentuk kornea diubah. Untuk lebih lanjut lagi, boleh baca di Ortho-K | OPTIMAX Eye Specialist Malaysia

Ini memang betul-betul menarik hati saya untuk cuba pakai kanta sentuh. Pakai waktu tidur je, bangun pagi terus keluarkan. Mudah dan tidak lagi ada rasa tak selesa. Ate.. bolehlah risik dulu kanta sentuh Ortho-K ni. InsyaAllah ada rezeki boleh guna kanta sentuh ni 😊

Design dan Cetak Kad Nama Coway Health Planner

Design dan Cetak Kad Nama Jenis Frosted Plastic

Kad nama jenis Frosted Plastic semakin mendapat perhatian kerana kelebihannya yang tersendiri. Kali ini saya berkongsi hasil design dan cetak kad nama Coway Health Planner.

Untuk kad ini, klien nak design yang simple sahaja. Ada logo Coway dan butir-butir untuk dihubungi pada kad ini. Warna kad ini adalah gradient biru ke transparent. Jadi, ini adalah hasil kad nama tersebut.

Kad Nama Frosted Plastic, kad nama murah

Kad jenis Frosted Plastic (lutcahaya) ini boleh letak macam-macam warna ye. Bukan satu warna je. Kelebihan kad ini ialah tahan lama kerana kalis air dan diperbuat daripada plastik. Sesiapa yang menerima kad ini pasti tertarik kerana keunikannya.

Kad nama atau kad bisnes adalah salah satu cara untuk anda perkenalkan servis dan produk serta kembangkan perniagaan anda. Dengan kad bisnes, ramai yang akan cari anda nanti. Tak percaya? Cuba dulu untuk tahu kesannya.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
harga yang amat berpatutan dan berkualiti?

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi saya melalui:
Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)


02 Mei 2017

Hadiah Istimewa Mug Bergambar Sempena Hari Ibu

Hadiah untuk Hari Ibu


Hadiah untuk Hari Ibu | Bulan Mei ada hari yang istimewa untuk insan bergelar ibu. Para ibu akan diraikan sempena Hari Ibu pada 14 Mei 2017. Wah, bolehlah raikan Hari Ibu bersama ibu tersayang nanti. 

Motto Mug Comel Tema Happy Mother's Day dari BestSub Malaysia


Sudah merancang nak bagi hadiah apa kepada ibu? Terdapat pelbagai jenis barangan yang berkaitan dengan wanita boleh dijadikan hadiah kepada ibu. Tetapi kali ini saya memilih mug untuk diberikan kepada ibu tersayang.

Mug, Hadiah hari ibu, Mother's Day

Mug bukan sebarang mug. Mug istimewa untuk ibu ini diletakkan gambar emak dan saya. Walaupun hadiahnya hanya mug, tetapi ia pasti memberikan kenangan terindah buat ibu. Pasti kita sentiasa berada dalam ingatan mereka.

Inilah Motto Mug sempena Hari Ibu yang dihadiahkan kepada emak saya.

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Bahagian dalam mug

Saya suka sangat dengan Motto Mug yang comel ni. Emak saya lagilah suka. Cantik katanya sambil tersenyum 😁 Yang menarik perhatian saya ialah bahagian luar mug ini penuh bercorak yang cantik macam dalam gambar di atas dan bahagian dalam dipenuhi dengan motto Happy Mother's Day yang berwarni-warni. Tak rugi kalau membeli.

Kalau anda nak tahu, terdapat tema lain untuk Motto Mug selain daripada tema Hari Ibu iaitu Happy Birthday dan I Love You. Nak jadikan hadiah untuk kawan sempena sambutan hari lahir boleh, nak jadikan hadiah kepada kekasih pun boleh. Tak perlu pening nak fikir design apa nak letak pada mug. Beritahu je nak design macam mana dan tema, mereka akan designkan.

Hadiah hari ibu, Mother's Day

Harga bagi sebiji mug pula amat berpatutan. RM30 sahaja untuk 1 Sublimation Motto Mug yang comel dan penuh bercorak ini.  Boleh sangat kalau nak hadiahkan mug comel ini untuk ibu tersayang. Asyik hadiahkan barangan yang sama je, apa kata untuk Hari Ibu kali ini anda hadiahkan mug kepada ibu.

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan Sublimation Motto Mug untuk pelbagai tema, anda boleh menghubungi BestSub Malaysia melalui:

BestSub Malaysia , Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)

Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang , Selangor.
No. telefon: 019-9858151 (Ms Elaine) atau 019-3231515 (Mr Steven)
Email: order@libertyprinting.com.my
Laman web: http://www.bestsub.my
Facebook: http://www.facebook.com/bestsubMalaysia/

Waktu bekerja: Isnin-Sabtu (9 pagi - 6 petang)


01 Mei 2017

Selamat Hari Pekerja 2017

Hari Pekerja 2017 Bertemakan Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi


Selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia! Hari ini bersamaan 1 Mei 2017, yang mana ia merupakan Hari Pekerja di Malaysia. Jadi hari ini juga adalah hari cuti umum untuk rakyat Malaysia.

Tema Hari Pekerja 2017 ialah 'Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi'. Pendekkan cerita, para pekerja mestilah kreatif dari segi pemikiran dan juga cara kerja seiring dengan zaman yang semakin maju yang boleh memberi pembaharuan atau perubahan positif kepada sesebuah syarikat atau badan tertentu.

Pekerja pun dirai pada hari istimewanya iaitu 1 Mei setiap tahun. Maknanya pekerja ini amat penting bagi mencapai misi dan visi sesebuah syarikat. Pekerja juga mesti disayangi dan dijaga. Setiap pekerja ada tugasnya. Tak kira pangkat besar atau kecil, masing-masing sudah punya tanggungjawab. Tak perlu ada rasa iri hati dengan yang lain. Jalankan tugas dan tanggungjawab dengan seikhlas hati kerana Allah, bukan untuk kepentingan sendiri.

Sempena hari pekerja ini, saya mendapat tempahan web banner ucapan hari pekerja daripada seorang pelanggan. Di bawah ini adalah hasil design banner ucapan hari pekerja ...

banner hari pekerja Malaysia

banner hari pekerja Malaysia

Alhamdulillah, pelanggan amat berpuas hati dengan rekaan kedua-dua web banner ucapan hari pekerja ini. 

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design/edit banner
harga yang berpatutan, untuk pelbagai tema. InsyaAllah saya akan designkan mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, hubungi saya melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

> Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design