Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kalaulah Emak Tak Tarik Tangan Aku Masa Tu...

Ibuku Superheroku


Petang semalam kira-kira jam 5:30 petang Mai dan emak ada di bandar Kuala Kangsar untuk membeli beberapa barang keperluan. Waktu tu jalan raya memang banyak kenderaan yang lalu. Waktu puncak kan.. orang balik kerja, ada yang ke bazar ramadhan juga.

Selesai membeli barangan yang diperlukan, Mai dengan emak berjalan menuju ke kereta yang ada di seberang jalan. Nak ke seberang jalan, kena melintas jalan raya. Alhamdulillah, dalam kesibukan banyak kenderaan lalu lalang di jalan raya, ada kereta yang sanggup berhenti memberi laluan kepada kami untuk melintas.

Dah sampai betul-betul di tengah jalan double line, nak melintas jalan kenderaan yang menghala ke kanan, berhenti sekejap. Alhamdulillah kali ini sebuah lori pula yang berhenti memberi laluan kepada kami untuk melintas jalan. Elok-elok nak jalan ke tempat letak kereta, tiba-tiba sebuah motorsikal yang ditunggang laju, memotong sebelah kiri lori yang berhenti tadi, hampir nak langgar Mai.

emak tarik tangan anak

Masa tu, mujur emak sempat tarik tangan Mai. Kuat juga emak tarik tangan ni. Sempat juga emak menjerit marah penunggang motorsikal tu. Boleh pula dia senyum je kat emak... ceiittt. Kurang adab betul budak mentah ni. Menggeletar juga la masa tu. Masuk kereta terus diam. Kalaulah emak tak tarik tangan Mai masa tu, mungkin perkara buruk akan terjadi, mungkin tak sempat bertemu hari esok. Tapi Alhamdulillah Allah beri rezeki, Allah beri tenaga lebih pada emak dan jadi penyelamat hidup Mai. You are my hero Emak! Cayalahhh..

Sampai je rumah, Mai masih fikir lagi tentang kejadian tu. Memang kena selalu berhati-hati dan peka dengan sekeliling. Jadi pengajaran untuk Mai juga.

Masa Mai umur 5 tahun, pernah juga hampir dilanggar sebuah Perodua Rusa. Sebabnya masa tu main ulang alik lintas jalan. Macam takde bende lain je nak main kan. Bosan lame beno tunggu giliran atok untuk potong rambut di sebuah kedai gunting rambut. Jalan tu tak besar mana pun. Budak-budak kalau tangah main memang tak sedar bahaya nak datang. Yelah, malang tidak berbau. Tiba-tiba sreeeettttt.... sebuah Perodua Rusa berwarna maroon brek mengejut, dekat sangat dengan Mai. Jaraknya lebih kurang sejengkal je. Tergamam terus. Emak jugalah yang menjerit masa tu sampai Perodua Rusa tu brek mengejut.

Emak memang betul2 hero laa... Begitulah sayang ibu kepada anaknya. Jadi, anak jangan sesekali mengabaikan ibu kerana ibu tak pernah abaikan kita. Sekecil-kecil masalah anak-anaknya, mesti ibu nak bantu selesaikannya.

Apa pun, I love u emak! Mai akan jadi hero emak pulak ye 😉

12 ulasan for "Kalaulah Emak Tak Tarik Tangan Aku Masa Tu..."

  1. Mana mak yang nak anak dia sakit @ disakiti. Besar kan pengorbanan seorang yang bergelar mak

    BalasPadam
  2. Ya Allah mudah - mudahan x ada apa2 lah Mai.. kekadang nyaris terjadi macam ni memang kita akan termenung balik.. fikirkan hal kejadian.. huu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah takda apa2 berlaku..tu la. berderau darah dibuatnya

      Padam
  3. Aha kalau kereta bagi lintas memang kena hati2 dgn moto pulak.airah drive pn kne check dulu kalau kete bg lintas.nnti moto berdesup pulak laju.bukan nak slow dh nampak kenderaan berhenti.sbar jela

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la..moto ni suka selit2 antara kenderaan lepas tu bawak laju kemain pulak tu..fuhh

      Padam
  4. Ya Allah nasib baik xjadi apa2

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah selamat syukurlah emak Mai sempat tarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, emak jadi penyelamat

      Padam
  6. Eh, orang mana. Berjalan di Kuala Kangsar tu? :D

    BalasPadam