29 Mei 2017

MasyaAllah, Merdunya Bacaan Ayat Al-Quran Ini!

Bacaan Al-Quran yang mampu menghilangkan tekanan jiwa


Sebenarnya, terlalu banyak pahala yang kita boleh dapat dengan al-Quran. Ada ustaz pernah cakap, "tak baca al-Quran adalah satu jenayah". Kenapa sampai jadi jenayah pula? Yelah, free2 Allah nak bagi pahala walaupun dengan memandangnya tapi kita pula buat tak endah dengan al-Quran.

bacaan ayat al-quran merdu

Sebut saja Al-Quran, banyak pahala yang kita boleh dapat daripadanya. Jom sama-sama dengar bacaan al-Quran Surah Ar-Rahman daripada saudara Muzammil Hasballah yang terkenal dengan kemerduan dan kelembutan suaranya.




Alhamdulillah, dapat pahala dah kita. Dengar orang baca al-Quran pun dah dapat pahala tau. Dapat hilangkan tekanan jiwa dan minda yang berserabut. Betul tak?

Apabila ada waktu lapang cuba tenung naskhah al-Quran. Apa yang kita dapat dengan melihat al-Quran? Mestilah dapat pahala. Pegang al-Quran, dapat pahala. Baca ayat di dalam al-Quran, dapat pahala walaupun hanya satu huruf. Membaca al-Quran dengan tajwid yang betul, dapat pahala. Amalkan ayat al-Quran dapat pahala. Baca merangkak-rangkak pun dapat pahala jugak. Wakaf al-Quran, dapat pahala.. Banyaknya boleh dapat pahala dengan sebuah al-Quran! Nikmat manakah yang kamu dustakan?

Daripada sebuah al-Quran kita dapat kumpul pahala yang banyak. Inilah maksud nikmat daripada Allah, yang sering kita terleka dengannya. Mudah dapat tapi kita abaikannya. 

Jom sama-sama kita rajinkan diri belajar, membaca, bertadarus dan bertadabbur al-Quran lebih-lebih pada bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah, pasti ada manfaat yang kita akan dapat daripadanya.

Previous Post
Next Post

About Author

0 komen:

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)