05 Mei 2017

Teringin Pakai Kanta Sentuh Tapi Takut

Kanta Sentuh Ortho-K

Kadang-kadang rasa bosan pula sebab perlu sentiasa pakai cermin mata. Tak pakai cermin mata nanti penglihatan jadi kabur pula. Teringin juga nak pakai kanta sentuh (contact lens). Tak perlu risau kalau cermin mata patah ke, pecah ke..

kanta sentuh, kanta lekap
FOTO LEADER KONTAKTOLOGII

Tapi, sebenarnya takut nak pakai kanta sentuh. Takut sebab tak reti nak masukkan kanta sentuh pada mata dan buka semula. hahaha. Apalah.. baru sekali cuba dah taknak pakai. hehe. Takut juga sebab ada orang yang pakai kanta sentuh sampai boleh jadi buta. Tapi kalau beli yang original dan betul langkah penjagaannya, mesti dapat elakkan bahayanya kan.

Sebelum ini pernah juga cuba sekali pakai kanta sentuh. Tapi rasa tak selesa sangat masa tu. Rasa macam ada benda masuk yang menggangu mata dan kelopak. Tu yang taknak pakai dah. heee

Baru-baru ni ada baca surat khabar Metro tentang kanta sentuh yang boleh menurunkan power cermin mata iaitu Ortho-K. Terus rasa teringin pakai kanta sentuh. Yang menariknya kanta sentuh Ortho-K ini ialah hanya perlu dipakai ketika waktu tidur sahaja. Bangun pagi esoknya dapat rasa power makin turun. Wow! Ni yang buat saya lagi teruja untuk cuba pakai kanta sentuh.

Untuk pengetahuan anda, seperti yang diberitahu di laman web Optimax Eye Specialist, Ortho-K adalah satu kaedah bukan pembedahan membentuk semula kornea untuk menyediakan penglihatan yang jelas. Ia juga merupakan salah satu kaedah yang paling terbukti dan berkesan mengawal myopia (rabun jauh) atau short-sightedness yang terdapat di dunia hari ini.

Kanta Sentuh Ortho-K
Kanta Ortho-K
FOTO OPTIMAX Eye Specialist Malaysia

Pesakit memakai kanta sentuh khas semasa tidur pada waktu malam. Kanta sentuh ini direka dalam apa-apa cara yang ia akan menggunakan air mata pesakit untuk perlahan-lahan membentuk semula kornea ketika pesakit sedang tidur. Apabila pesakit bangun pada waktu pagi, kanta sentuh akan dikeluarkan dan dapat menikmati penglihatan yang jelas untuk sepanjang hari. Penglihatan yang jelas dicapai apabila bentuk kornea diubah. Untuk lebih lanjut lagi, boleh baca di Ortho-K | OPTIMAX Eye Specialist Malaysia

Ini memang betul-betul menarik hati saya untuk cuba pakai kanta sentuh. Pakai waktu tidur je, bangun pagi terus keluarkan. Mudah dan tidak lagi ada rasa tak selesa. Ate.. bolehlah risik dulu kanta sentuh Ortho-K ni. InsyaAllah ada rezeki boleh guna kanta sentuh ni 😊

Previous Post
Next Post

About Author

10 ulasan:

  1. wahhhh seriouslyyy? bestnya! tapi mesti mahal kan kanta sentuh ortho-K ni kan kak mai? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul KC. harganya tak pasti berapa pula :)

      Padam
  2. hana takot nk pakai..huhu...last pakai pun p interview penguatkuasa..tue sbb terpaksa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la takut jugak tapi nak try pakai contact lens Ortho-K punya :)

      Padam
  3. wahh biar btul. bestnyaa kalau dapat kurangkan power.

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan.. malas dah rasanya pakai cermin mata ni hihi

      Padam
  4. dulu kan. masa liza baru2 belajar nak pakai contact lens. nak pakai sebelah mata pon ambek masa sampai setengah jam ! hehehe tapi bila lama2 dah biasa pakai. okey dah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena belajar jugak nak pakai contact lens ni kan hehe

      Padam
  5. wah boleh reduce power..memang berminat ni..asik la power mata makin naik je

    BalasPadam
  6. cik en dari 16 tahun pakai kontek lens.. skrg dh 30 tahun

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)