30 Jun 2017

Syawal Kelima Baru Keluar Beraya

Raya Syawal Kelima


Pejam celik pejam celik, hari ini sudah pun Syawal keenam. Cepat masa berlalu. Macam mana hari raya anda? Seronok tak? Dapat melaram baju baru cantik-cantik, saudara-mara ramai pulang ke kampung halaman, sahabat yang lama tak berjumpa datang ke rumah.. mestilah seronok kan hehe.

Alhamdulillah, ramai tetamu yang datang ke rumah raya ni. Dari raya pertama sehingga keempat memang tak putus-putus tetamu datang. Baju raya pun tak sempat sarung. Pakai blouse dan skirt labuh je sebab banyak buat kerja-kerja dapur. Kalau pakai baju raya habis kena air, basah pulak nanti hihi.

Tapi takpelah seronok melayan ramai tetamu ni. Tetamu yang datang membawa rezeki. Kita yang berusaha menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu juga dikira bersedekah. 

Pagi Syawal kelima, satu keluarga jiran yang juga saudara dekat datang beraya. Petang tu barulah keluarga dan saya keluar beraya. Seronok betul! Masa ni lah baru nak pakai baju raya haha. Syawal kelima pun jalan raya masih lagi penuh kereta. Tapi takdelah sampai sesak susah nak bergerak ke sana ke mari. Kalau time raya biasalah. Jalan raya bandar yang berdekatan kampung memang banyak kereta lalu tak seperti hari biasa. 


Langit pun cantik semalam. Tak panas sangat. Memang sesuai nak berjalan waktu tu. Mula-mula sekali beraya di rumah Mak Lang belah emak di Klebang Putra. Lalu ikut jalan lama tempuh Sungai Siput. Dah selesai makan-makan di sana, beraya pula ke rumah Pak Long di Taman Kuala Kangsar. Kemudian ke rumah Pak Tam di Talang. Sedapnya laksa homemade isteri Pak Tam buat! Perghhh teringat sampai sekarang kesedapannya. 

Hari ini dah Syawal keenam, petang ini beraya lagi. InsyaAllah ke Taiping pula. Lepas tu bolehlah jalan-jalan pusing-pusing kat Taiping sekejap. hehe

Mai cuti sampai Ahad ini. Memang tengah dalam mood raya lagi ni. Sementara cuti masih ada berayalah kan. Hati-hati di jalan raya, beraya dengan penuh berserdahana


29 Jun 2017

Ramadhan dalam Ingatan, Raya dengan Penuh Keinsafan

Ramadhan dan Syawal Seiring Bersama


Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog MaisarahSidi.com dan semua umat Islam di seluruh dunia! Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari kelima Syawal untuk tahun ini. Ini merupakan entri pertama dalam bulan Syawal 1438H. Maklumlah sibuk membuat persiapan raya dan juga sibuk beraya hehehe.

Pelita, panjut, syawal

Pasti seronok menyambut kemenangan kita pada 1 Syawal setelah penat lelah melawan nafsu pada bulan Ramadhan yang lalu bukan? Alhamdulillah. Pastikan perkara baik yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan dibawa kepada bulan-bulan seterusnya kerana ada manfaat disebaliknya.

Ramadhan dalam ingatan, raya dengan penuh keinsafan. Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan dipisahkan Ramadhan dengan Syawal. Mereka saling berkaitan. Rasa seperti tak lengkap raya jika puasa Ramadhan kita ala kadar sahaja kan.

Raya, raya juga. Ramadhan jangan dilupakan terus. Jangan kerana raya, sampai berhabis wang simpanan kita. Jangan kerana raya, membazir sini sana. Jangan kerana raya, kita bermegah dengan harta benda. Jangan kerana raya, kita bangga menayang aurat yang menjadi jamuan mata yang tidak sepatutnya. Apa yang lebih penting pada hari raya, utamakanlah ia. Bermaafan dan jalinkanlah ukhwah sesama saudara serta jangan lupa kepada umat Islam yang memerlukan bantuan kita.

Akhir kalam, ambil iktibar dan pengajaran daripada Ramadhan. Berayalah dengan cara yang selayaknya secara bersederhana kerana itu lebih baik. Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan Allah, insyaAllah.


24 Jun 2017

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri

Solat Hari Raya Aidilfitri


Esok merupakan 1 Syawal 1438H. Ini bermakna kita sudah menyempurnakan puasa Ramadhan pada tahun ini selama sebulan, Alhamdulillah. Pagi 1 Syawal umat Islam dianjurkan untuk menerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Jadi, untuk entri kali ini saya akan berkongsi tentang cara-cara menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

FOTO BHARIAN.COM.MY

1. Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri (untuk makmum)

Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri

Bahasa rumi: Usolli sunnatan 'aiydil fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Lafaz tasbih
Setiap takbir saat solat pada rakaat pertama dan kedua disunnahkan membaca tasbih iaitu:

Lafaz tasbih

Bahasa rumi: Subhanallah walhamdulillah walailaha illAllah wAllahu akbar
Erinya: Maha suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

3. Cara menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri

    Rakaat pertama
     a)  Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahuakbar disertakan dengan niat solat Aidilfitri di dalam hati.
     b) Membaca doa iftitah
     c) Lafaz takbir 7 kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
     d) Membaca surah Al-Fatihah.
     e) Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A'laa)
     f) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

   Rakaat kedua
     a) Mulai dengan lafaz intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
     b) Lafaz takbir 5 kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
     c) Membaca surah Al-Fatihah.
     d) Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghasyiyah).
     e) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
     f) Memberi salam.

Jangan lupa mandi sunat Hari Raya Aidilfitri dan jamah makanan sebelum pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Akhir kalam, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam. Raikanlah Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan kita dengan sebaik-baiknya.

Sumber: iLuvislam.my


22 Jun 2017

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas Pasti Memukau

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut

Kome tahu tak apa itu panjut? Panjut atau dalam kata lainnya ialah pelita yang selalu dipasang pada minggu akhir Ramadhan. Di Padang Rengas, Kuala Kangsar adalah salah satu tempat yang terkenal dengan panjut. Maka, pertandingan dan pertunjukan panjut akan diadakan di kawasan yang meliputi Parlimen Padang Rengas bagi tahun ini. Tahun lepas masuk TV lagi tu.

Pertandingan dan pertunjukan panjut Parlimen Padang Rengas ini akan berlangsung pada 23 Jun 2017 (Jumaat malam Sabtu) bermula pada jam 10:30 malam. Kepada anak perantau Perak, cepat-cepat balik kampung untuk melihat kemeriahan pertandingan dan pertunjukan panjut ni. 


Berikut ialah pelan lokasi beserta koordinat GPS kawasan pertandingan dan pertunjukan panjut Parlimen Padang Rengas...

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas

Jangan lepaskan peluang ini. Bawa kamera bersama untuk rakam setiap bentuk rekaan panjut yang unik nanti.

Apa yang menariknya tentang panjut di Kuala Kangsar ini ialah pelita dipasang pada binaan yang dibuat daripada buluh atau apa sahaja yang sesuai. Pelbagai rekaan seperti masjid, rumah, istana dan lain-lain bentuk lagi yang kome boleh saksikan dalam pertandingan dan pertunjukan panjut ni. Tak sabarnya nak tengok panjut esok!

Seronok tengok panjut. Mengimbau zaman ketika kenak-kanak dulu. Dulu selalulah juga Mai pasang panjut di sekeliling rumah tapi sekarang ni setakat satu dua je pasang sebab depan rumah dah ada lampu neon terang benderang. Kalau saudara-mara jauh balik kampung, memang mereka akan pasang panjut. Sambil tu main bunga api. Bestnya!

Jom ramai-ramai meriahkan pertandingan dan pertunjukan Panjut Parlimen Padang Rengas ini. Pasti membuat kome terpukau dengan keunikannya yang tersendiri.


17 Jun 2017

Cantik Bergaya di Hari Raya dengan Kebaya Kenanga Demiane Hijau

Baju Raya Cantik dan Mampu Milik di Lazada Malaysia


Pening juga nak pilih warna tema untuk hari raya Aidilfitri tahun ni. Mana tak nya, semua ahli keluarga cadangkan warna yang berlainan. Bincang punya bincang, akhirnya tema warna-warni menjadi pilihan. Haaa kan senang… mesti nampak meriah nanti macam-macam warna ada kan. Hehehe.  Jadi baju raya tahun ni Mai pilih warna hijau yang lembut. Sedap mata memandang.

Untuk hari raya Aidilfitri tahun ini, sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Mai akan pilih pakaian yang simple rekaannya dan sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa. Baju kurung sudah semestinya menjadi pilihan hati. Mai lebih suka baju kurung tanpa corak, kalau ada hiasan seperti manik, labuci atau lace pada baju tersebut lagi bagus. Lagi nampak serinya. 

Bab tudung pula, tudung bercorak atau tudung warna kontra dengan warna baju akan dipilih sebab Mai suka baju kurung tanpa corak. Barulah padan kan. Tudung bercorak tu pula Mai selalunya akan pilih corak yang simple dan berwarna lembut. 

Setiap tahun, baju raya Mai beli yang dah siap je. Banyak rekaan terkini yang boleh dipilih nanti. Tapi selalu juga ada masalah. Masalahnya susah nak pilih je hehe. Sebab semua design cantik dan terkini. Apa yang menjadi keutamaan Mai dalam memilih pakaian ialah design yang patuh syariah. Maknanya pakaian tu labuh dan longgar serta tak jarang dan semestinya menutup aurat dengan sempurna. Labuh dan longgar bukan bermaksud sampai susah nak jalan ke sana ke mari, tapi mengikut saiz badan, tidak ketat mengikut bentuk badan dan selesa.

Untuk membeli baju raya, Mai tak kisah nak beli online atau beli terus di kedai. Hari tu saja-saja buka laman web Lazada Malaysia untuk cari beberapa barangan keperluan untuk hari raya, nampak pula ada baju raya dengan pelbagai jenama di situ. Cantik-cantik pula tu. Tudung pun ada juga. 

Belek punya belek, Mai berkenan sungguh nak beli Kebaya Kenanga Demiane berwarna hijau terang dan lembut ini, kain premium silk cotton. Memang kena dengan warna tema hari raya yang Mai pilih. Tambahan pula rekaannya menepati citarasa dan semestinya menjadi pilihan hati Mai. Harganya cuma berharga RM89.00 sepasang. Memang mampu milik.

Kebaya Kenanga Demiane



Tudung pula, untuk dipadankan dengan kebaya berwarna hijau lembut tadi, sesuai sangat digayakan dengan Instant Shawl Mystic Topaz Series yang berwarna hijau kontra dengan warna kebaya. Sarung je terus siap. Harganya pun berpatutan, cuma RM30 sehelai. Beli sepasang kebaya dan tudung ni, tak sampai RM150 pun jumlahnya. Memang berbaloi. Boleh berjimat lagi tu kan.

Instant Shawl


Kalau anda masih belum ada baju raya atau ingin menambah lagi pakaian raya, cepat-cepat ke laman web Lazada Malaysia. Macam-macam jenis pakaian ada dengan pelbagai jenama, untuk wanita, kanak-kanak dan juga lelaki disediakan.

Jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun (tempat yang anda boleh dapat diskaun istimewa sehingga 90%!)


13 Jun 2017

Waktu Sebelum Berbuka Puasa adalah Waktu Mustajab Berdoa

Kelebihan Berdoa pada Bulan Ramadhan


Banyakkan Berdoa Sementara Ramadhan Masih Ada | Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. InsyAllah beberapa hari saja lagi kita bakal melangkah ke fasa terakhir Ramadhan bagi tahun 1438H. Sementara Ramadhan masih ada, jom kita pulun ibadat dan amalan kebaikan kerana Allah.

Semua tahu bahawa segala ibadat dan amal kebaikan yang dilakukan kerana Allah dalam bulan Ramadhan akan diganjar dengan pahala yang berlipat ganda. Doa yang kita minta dengan Allah juga insyaAllah akan dimakbulkan. Jadi, janganlah kita sia-siakan bulan yang penuh rahmat ini.

Waktu doa dimakbulkan dalam bulan Ramadhan

Sebut tentang doa, ada waktu mustajab untuk berdoa yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan iaitu berdoa menjelang atau sebelum berbuka puasa. Kira-kira 10-15 minit sebelum berbuka puasa eloklah kita bersedia dengan wudhuk dan berdoa meminta apa saja pada-Nya.


Kalau hari-hari puasa sebelumnya kita buat tak tahu je dengan waktu mustajab ini atau kita masih sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa, apa kata mulai hari ini luangkan sedikit masa sebelum azan Maghrib berkumandang untuk kita berdoa.

Tapi, jangan risau. Berdoalah kepada Allah bila-bila masa dan di mana saja InsyAllah akan diperkenankan oleh-Nya asalkan kita tak mudah putus asa. Ada juga yang merungut, "doa aku macam tak makbul je"... ini maknanya Allah suruh kita gandakan lagi usaha, perbetulkan diri kita, bersabar dan terus berdoa kepada-Nya tanpa jemu. Tak dapat sekarang, kita akan dapat bila tiba masanya. Percayalah dengan Allah.


11 Jun 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Duit Raya Giveaway

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah.

duit raya

SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

 Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Resepi Puding Karamel yang Sedap dan Mudah Disediakan

Puding Karamel Sedap


Sedapnya makan puding karamel lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. Rasanya lemak-lemak dan manis je, memang mengancam. Cara untuk membuatnya juga amat mudah. Puding karamel sesuai untuk dijadikan pencuci mulut dan juga sesuai dihidangkan untuk pelbagai majlis.

Puding Karamel

Jom cuba resepi puding lemak manis ini.

Puding Karamel

Resepi ini untuk hidangan 8 orang.

Bahan-bahan

Untuk karamel:
200g gula putih
100ml air

Untuk kastard:
4 biji telur
200g susu pekat manis
120ml susu segar
10g tepung kastard
320ml air
1/2 sudu teh esen vanilla 

Cara-cara:

Untuk membuat karamel:
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga gula menjadi pekat dan kuning keperangan.
2. Tutup api dan tuang ke dalam loyang dan masukkan dalam pengukus.

Untuk membuat kastard:
1. Campurkan kesmua bahan iaitu telur susu pekat masin, sus segar, tepung kastard dan air) ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
2. Tuang kastard ke atas karamel yang telah dimasukkan ke dalam loyang pengukus.
3. Kukus selama 30-35 minit sehingga masak.
4. Sejukkan selama 30 minit dan terbalikkan berhati-hati ke atas piring.

Emmmm.. sedapnya puding karamel kastard ni. Rasa puding karamel manis, makan sekali sekali tu bolehlah kan.

Puding Karamel

Selamat mencuba resepi mudah ini.



09 Jun 2017

Ruginya Abaikan Solat Sunat Tarawih !

Hidupkan Malam Ramadhan dengan Solat Sunat Tarawih


Hari ini merupakan 14 Ramadhan 1438H bermakna malam ini ialah malam 15 Ramadhan. Bulan pun bercahaya penuh. Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk merasai Ramadhan. Rezeki besar daripada Allah yang tak patut kita sia-siakannya. Ramadhan sudah separuh, bagaimana dengan solat tarawih kita?

solat sunat tarawih
FOTO HAFEEZ HALIM

Solat tarawih sinonim dengan bulan Ramadhan. Ia merupakan sunat muakkad iaitu ibadah yang amat digalakkan untuk kita lakukan namun tidak wajib dilakukan. Tapi ia datang sekali sahaja dalam setahun hanya pada bulan Ramadhan. Rugikan kalau abaikan solat tarawih ni.

Seperti yang biasa kita lihat dan buat, solat sunat tarawih dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau. Tetapi sebenarnya ia juga boleh dilakukan secara bersendirian di rumah. Jadi, tiada alasan lagi jika kata tak sempat untuk tunaikannya kerana tempoh waktunya sehingga sebelum fajar. Ada juga sebilangan kecil yang kata penat solat sunat tarawih kerana lama. Pejam celik, kejap je sebenarnya.
Sabda Rasulullah ﷺ: "Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.
Rasulullah ﷺ amat menggalakkan solat tarawih. Apa salahnya waktu malam kita diisi dan hidup dengan ibadat sunat kan? InsyaAllah setiap ibadat dan amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan, Allah akan gandakan pahalanya. Ate.. rugi le kalau buat tak endah je solat tarawih ni disebabkan ia hanya solat sunat. Sunnah Rasulullah ni. Bila lagi kita nak buat kalau bukan bulan Ramadhan kan. 

Solat sunat tarawih adalah salah satu perkara yang ditunggu-tunggu dalam bulan Ramadhan. Kalau di tempat Mai, seronok sangat tunaikan secara berjemaah di surau. Pada akhir solat diselitkan dengan pengisian berupa tazkirah ringkas. Alhamdulillah, meriah! Masa inilah kita boleh bertanya khabar, jumpa jiran-jiran, rapatkan ukhuwah, makan bersama-sama dan lain-lain lagi.

Jangan risau jika ada yang pandang dan melabel kita hipokrit kerana datang masjid atau surau hanya pada Ramadhan saja. Hanya Allah saja yang tahu tentang diri kita. Mana tau, 'hipokrit' ini yang akan membuatkan kita jadi selesa dengan masjid dan surau selepas perginya bulan Ramadhan. 

Jom hidupkan Ramadhan dengan ibadat dan amalan kebaikan. InsyAllah manfaat daripadanya kita juga yang dapat. Kurangkan perkara sia-sia, tingkatkan ibadah sementara masih ada.


07 Jun 2017

Berjimat Ketika Online Shopping dengan Lazada Voucher dari ShopBack Malaysia

Berjimat Ketika Online Shopping dengan ShopBack Malaysia


Membeli-belah secara atas talian atau online shopping menjadi trend masa kini kerana ia amat memudahkan, menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Pengguna hanya perlu ke laman web beli-belah yang disukai, pilih barang dan membuat bayaran kemudian tunggu saja barang sampai di rumah. Anda suka online shopping di laman mana? Kalau Mai, sudah semestinya Lazada menjadi pilihan kerana terdapat pelbagai barangan keperluan disediakan. Tapi anda tahu tak sebenarnya anda boleh bayar dengan harga yang lebih murah ketika membeli di Lazada dengan menggunakan Lazada voucher  dari ShopBack Malaysia?

Lazada voucher dari ShopBack Malaysia

Betul ke boleh bayar dengan harga yang lebih murah ketika membeli-belah di Lazada? Ya betul tapi anda mesti menggunakan Lazada voucher dari ShopBack Malaysia sebab ada manfaat lain yang anda akan dapat. Dengan ShopBack Malaysia, anda akan dapat semula duit anda setelah berbelanja. Biar betul? Pelanggan setia Lazada mesti gembira kan? Yelah, dah berbelanja banyak, dapat duit pula lagi. Siapa yang tak mahu kan 😉 Sebelum pergi lebih lanjut, Mai terangkan serba sedikit tentang Shopback Malaysia.

ShopBack Malaysia


Shopback Malaysia

ShopBack Malaysia adalah laman rebat tunai atau cashback di mana anda benar-benar akan mendapatkan tunai kembali apabila anda membeli dengan peniaga rakan kongsi seperti Lazada, Hermo, Zalora, Expedia, ServisHero, easybook dan lain-lain daripada laman web Shopback. Untuk mendapatkan cashback, anda mesti membeli barangan atau menempah perkhidmatan di laman web terpilih menggunakan kod voucher dan diskaun yang disediakan ShopBack Malaysia. Jimat berganda tau!

ShopBack Malaysia

Selepas membuat bayaran, rebat tunai yang dikreditkan ke akaun ShopBack anda, kemudiannya boleh ditunaikan ke dalam akaun bank anda dengan wang tunai sebenar! Woww.. Perkhidmatan yang ditawarkan ShopBack Malaysia adalah sah dan mereka telah ditubuhkan bukan sahaja di Malaysia, Singapura, Filipina dan India, tetapi berkembang ke seluruh Asia tidak lama lagi. Shopback adalah cara yang bijak untuk membeli-belah atas talian!



Mesti anda teruja kan? Jom lihat apa yang menarik di ShopBack Malaysia...

Klik saja mana-mana kedai online yang anda suka untuk dapatkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan. Mai klik pada Lazada sebab nak membeli di situ. Apabila anda klik butang 'Activate Cashback', anda akan dibawa ke laman web Lazada.

ShopBack Malaysia

Lazada menawarkan 11% cashback. Wow!


Pada anda yang ingin atau sedang mencari barangan make-up dan juga produk penjagaan kulit, apa kata anda klik saja pada Hermo.

ShopBack Malaysia

Hermo menawarkan 2% cashback untuk anda.


Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi, memang elok sangatlah membeli-belah barangan keperluan di sini. 11% cashback ditawarkan. Banyak tu!

ShopBack Malaysia


Lagi menarik, setiap rakan yang anda refer, anda akan dapat RM5. Rakan anda juga akan dapat RM5 untuk pembelian pertama.

ShopBack Malaysia


Haaa.. banyak kan kelebihan yang anda akan dapat dengan membeli-belah di Shopback Malaysia? Nak beli barang keperluan rumah, barangan dapur, barangan peribadi, produk kesihatan, nak tempah hotel, nak tempah tiket pengangkutan awam dan lain-lain lagi, semuanya boleh di Shopback Malaysia! Memang tak rugi berbelanja di sini. Jadi, anda kena cepat-cepat daftar ShopBack Malaysia. Klik ShopBack Malaysia untuk menikmati pelbagai penjimatan.

Jimat belanja, hati bahagia


05 Jun 2017

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

GIVEAWAY RAYA


Selamat berpuasa untuk semua pembaca yang disayangi. Hari ni rajin Mai join giveaway hehe.Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, blogger Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk anda cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, jom usha syarat dan hadiah kat bawah.

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
KLIK BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI

Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen INI
↳ Selesai

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu.


03 Jun 2017

Sentap Dengar Lagu Despacito Versi Islamik!

Lagu Despacito


Lagu Despacito tengah hangat sekarang ni. Video lagu ini telah dimuatnaik di Youtube pada pertengahan Januari 2017 dan telah pun mencapai jutaan penonton. Kalau dengar lagu ini confirm rasa nak menari. Betul tak? Tapi lirik lagu Despacito sangat tak elok. Disebabkan lagu ini mengandungi bahasa Sepanyol, gigih juga cari terjemahannya. Betul, sangat tak baik dengar liriknya. Geli uiii...

lagu despacito, lirik despacito

Hari ini saja2 buka Youtube sebab nak dengar lagu Despacito. Sebab rentak lagu ni best walaupun tahu liriknya tak elok hihi. Tapi nampak pula video lagu Despacito versi dakwah, lagu cover nyanyian The Faith yang diberi tajuk Dengarilah baru saja dimuatnaik pada 2 Jun 2017 dan telah mencapai puluhan ribu penonton. Klik butang play untuk dengar lagu Despacito versi dakwah ini...


(ANIQ)
Aku pernah ,
dengar cerita ,
Tentang dunia ,
Akhir zaman ini ,
Betapa situasi kita diuji .
Oh , teman..

Manusia terus buntu ,
Kebenaran tak bersatu ,
Dan agama di rendahi dan dihina ,
Hina ...

Kita terus bergaduh sesama sendiri ,
Musuh bersatu terus menghancuri ,
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil dan arah tuju!

(AMIR)
Oh , ku ,
Kadangku bertanya pada diriku ,
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Ya , mungkin kau rasa ini semua normal ,
Kau mungkin rasa takkan dipersoal ,
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh...

(ANIQ)
Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa!

(FIRDAUS)
Oh , tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak ,
Terpedaya dengan musuh!
Zina riba judi arak rasuah berleluasa ,
Dosa kecil dosa besar ,
Bagi mereka sama sahaja!

(FAHIMI)
Oh , jiwa kau mula kelam bila ,
Hati turut hitam bila ,
Sanubari suram bila ,
Dan iman terbungkam bila,
Kau sanggup bermaksiat dengan tenang berjam-jam ,
Namun ibadah kau tak mampu untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah bahkan bangga ,
Buka buka buka tuk mengejar pujian dan nama ,
Yang menutup aurat pula selfie sini sana,
Dan ada tak jaga pandangan mata!

(AMIR)
Tenanglah tenanglah ,
Ku bukan menghukum ,
Ku hanya menegur ,
Untuk kau dan aku ,
Ku bukan sempurna ,
Ku hanya mengajak ,
Dengan harapan kau aku kan ke syurga..
Tenanglah tenanglah ,
Ku bukan menghukum ,
Ku hanya menegur ,
Untuk kau dan aku ,
Ku bukan sempurna ,
Ku hanya mengajak ,
Dengan harapan kau aku kan ke syurga..

(ANIQ)
Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa,
Dan terpengaruh fatamorgana dosa,
Segeralah kau pinta pada yang Esa!

(FIRDAUS)
Oh , tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak ,
Terpedaya dengan musuh ,
Zina riba judi arak rasuah berleluasa ,
Dosa kecil dosa besar ,
Bagi mereka sama sahaja!

(ANIQ)
Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah,
Namun bukan alasan berpaling tadah,
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

(AMIR)
Tenanglah tenanglah ,
Ku bukan menghukum ,
Ku hanya menegur ,
Untuk kau dan aku ,

(FIRDAUS)
Dengarilah wahai teman,
Hayati dan fahamilah...

(AMIR)
Tenanglah tenanglah ,
Ku bukan menghukum ,
Ku hanya menegur ,
Untuk kau dan aku ,

(FIRDAUS)
Dosa kecil dosa besar..

(FAHIMI)
Wahai teman sampai bila?

(ANIQ)
Dengarilah...

Memang betul-betul menyentap jiwa dan perasaan dengar lagu ni! Benar semuanya apa yang dilontarkan dalam bait-bait lirik lagu ini. Dakwah ini bermula dari diri kita sendiri. Perubahan mesti ada dalam diri, perubahan diri kepada yang lebih baik.

Lagu juga adalah salah satu medium dakwah. Contohnya lagu Despacito versi islamik ni. Lirik pun bagus didengar. Kalau sentap dengan lirik lagu ni maknanya hati dah terbuka sikit untuk menerima teguran. 

Dunia..dunia.. apalah yang dicari di dunia jika agama dipersia. Semoga saya, saya, saya dan kita semua sentiasa introspeksi diri agar tidak gugur dari landasan yang benar. InsyaAllah. 


Jadi Kreatif dan Jana Pendapatan dengan Silhouette Cameo dari Liberty Printing

Silhouette Cameo, Mesin Pemotong Elektronik Tanpa Wayar 


Liberty Printing sentiasa menyediakan pelbagai produk kreatif yang boleh membantu kita dalam menjana pendapatan utama ataupun sampingan. Antara produknya seperti mesin cetak foto segera WePrint Machinemotto mug, button badge, t-shirt dan lain-lain lagi. Tarikan terbaru dari Liberty Printing ialah Silhouette Cameo.

Apa itu Silhouette Cameo? 

Silhouette Cameo adalah sebuah mesin pemotong elektronik yang bersambung tanpa wayar dengan komputer. Saiznya lebih kurang sama saja dengan mesin pencetak yang kecil. Ia membolehkan anda untuk membuat reka bentuk grafik menggunakan perisian Silhoutte Studio dan memotong imej secara terperinci menggunakan mesin ini.

mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO

Anda seorang yang kreatif dalam bidang reka bentuk grafik dan memiliki idea yang bagus dalam mereka sesuatu? Inilah masanya untuk rekaan kreatif anda menjadi realiti dengan menggunakan mesin Silhouette Cameo di samping menjana pendapatan dengan mesin ini. Mesin ini amat disyorkan kerana sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan penggunaannya juga mudah.

Bagaimana mesin pemotong Silhouette Cameo ini bekerja?

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana mesin pemotong Silhouette Cameo ini berfungsi bukan? Jom tonton video ini.


Mudah dan hasilnya mengagumkan.

Pakej Silhouette Cameo

Pasti anda dah tengok video-video di atas bukan? Ada yang sudah mula berminat dengan mesin pemotong elektronik Silhouette Cameo? Anda boleh dapatkan mesin ini secepat mungkin. Setiap pembelian set Silhouette Cameo anda akan dapat:

mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO

1 x Silhouette CAMEO® 3
1 x Power cable, USB cable
1 x 12-inch cutting mat
1 x AutoBlade
1 x Crosscutter
Silhouette Studio® software (muat turun)
100 free digital designs (muat turun)
1-month Design Store subscription


mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO
Spesifikasi Silhouette Cameo

Produk Hasil daripada Mesin Pemotong Silhouette Cameo

Silhouette Cameo amat sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan percetakan sama ada di rumah ataupun di pejabat. Kerja jadi lebih mudah dengan adanya mesin pemotong elektronik Silhouette Cameo. Setiap imej cetakan dipotong dengan terperinci oleh mesin ini. Antara beberapa produk hasil daripada mesin Silhouette Cameo adalah seperti:

mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO

Dan banyak lagi produk lain yang boleh dihasilkan dengan mesin ini.

Mesin Silhouette Cameo dari Liberty Printing

Bagaimana nak dapatkan mesin Silhouette Cameo ini? Mudah saja, hubungi terus Liberty Printing untuk mendapatkannya. Menariknya beli Silhouette Cameo di Liberty Printing ini, anda akan kelas percuma di Facebook Secret Group Silhouette Workshop. Macam-macam ilmu tentang Silhouette Cameo anda boleh dapat di sini.

mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO


Selain itu, Liberty Printing juga menyediakan kelas latihan bulanan yang percuma dan juga live training untuk pengguna yang membeli Silhouette Cameo dengannya. Peluang yang tak patut anda lepaskan!

Tunggu apa lagi? Dapatkan mesin pemotong elektronik Silhouette Cameo sekarang juga. Hubungi pihak Liberty Printing seperti butir-butir di bawah:

Telefon: 019-984 8151 (Amin) / 019-985 8151 (Elaine)

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.

Emel: cs@libertyprinting.com.my / order@libertyprinting.com.my

Waktu operasi: Monday to Saturday (9am to 6pm)

Web (pakej): http://www.libertyprinting.com.my/products/Silhouette-CAMEO%C2%AE-3-Package.html?categoryid=0
Facebook: https://www.facebook.com/weprintmachine

02 Jun 2017

Kenapa Kamu Sanggup Ponteng Puasa?

Ponteng Puasa


Apabila sebut saja tentang puasa, yang pertama sekali muncul di minda ialah tidak makan dan minum. Maknanya perlu menahan diri daripada makan dan minum. Tapi bila tiba bulan Ramadhan, mesti ada yang ponteng puasa dan yang peliknya mereka yang ponteng puasa ialah lelaki yang sihat tubuh badan. Kenapa mesti ponteng puasa kalau dah tahu puasa pada bulan Ramadhan ini adalah salah satu rukun Islam?

ponteng puasa
FOTO LANUN RANGGI

Ya, bukan semua lelaki sama. Hanya segelintir kaum adam yang melakukan begitu. Malah ada di antara mereka yang langsung tidak merasa segan silu keluar membeli makanan di kedai makan. Selamba saja masuk ke kedai makan dan keluar dengan menjinjit beg plastik hitam. Tubuh badannya nampak sihat-sihat saja. Dah namanya puasa, mestilah kena tahan lapar dan dahaga. Lainlah kalau kanak-kanak yang tak cukup umur, orang tak cukup syarat berpuasa atau dalam keadaan tak sihat. Yang kedai makan tu pun satu hal juga. Ada peniaga Islam dan berbangsa Melayu sanggup bersubahat dengan mereka demi mencari keuntungan pada bulan Ramadhan ini. Allah..

Perkara ini di mana-mana pun terjadi. Seperti tiada rasa bersalah dalam diri. Luar bulan Ramadhan, boleh saja bertahan kalau lambat makan. Tapi kalau dalam bulan Ramadhan, ada saja alasan yang dicipta supaya 'dibolehkan' ponteng puasa suka hati. Sebab cuaca yang panas, gastrik, terlupa bangun sahur dan macam-macam alasan lagi.

Sepatutnya kita perlu bersabar. Bukannya buat keputusan melulu mengikut nafsu. Semua tahu bahawa setiap ibadah dan amalan kebaikan yang dilakukan akan dilipatgandakan pahalanya. Jadi, mengapa abaikannya? 

Ini namanya ujian. Allah nak uji sama ada seseorang itu mampu bersabar dengan dugaan-Nya. Betul, dalam bulan Ramadhan lagi membuak-buak nafsu makan. Ditambah pula dengan pelbagai menu yang menarik di bazar yang hanya muncul pada bulan Ramadhan saja. Tak perlu menu bagus pun, tengok air paip boleh terliur bulan Ramadhan ni. Jangan terlalu mengikut nafsu nanti kita juga yang rugi. Nafsu perlu dididik dengan berpuasa, ia mampu menundukkan nafsu.

Sementara kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan, jangan sia-siakannya. Semoga coretan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan kita semua. InsyaAllah.