Kenapa Kamu Sanggup Ponteng Puasa?

Ponteng Puasa


Apabila sebut saja tentang puasa, yang pertama sekali muncul di minda ialah tidak makan dan minum. Maknanya perlu menahan diri daripada makan dan minum. Tapi bila tiba bulan Ramadhan, mesti ada yang ponteng puasa dan yang peliknya mereka yang ponteng puasa ialah lelaki yang sihat tubuh badan. Kenapa mesti ponteng puasa kalau dah tahu puasa pada bulan Ramadhan ini adalah salah satu rukun Islam?

ponteng puasa
FOTO LANUN RANGGI

Ya, bukan semua lelaki sama. Hanya segelintir kaum adam yang melakukan begitu. Malah ada di antara mereka yang langsung tidak merasa segan silu keluar membeli makanan di kedai makan. Selamba saja masuk ke kedai makan dan keluar dengan menjinjit beg plastik hitam. Tubuh badannya nampak sihat-sihat saja. Dah namanya puasa, mestilah kena tahan lapar dan dahaga. Lainlah kalau kanak-kanak yang tak cukup umur, orang tak cukup syarat berpuasa atau dalam keadaan tak sihat. Yang kedai makan tu pun satu hal juga. Ada peniaga Islam dan berbangsa Melayu sanggup bersubahat dengan mereka demi mencari keuntungan pada bulan Ramadhan ini. Allah..

Perkara ini di mana-mana pun terjadi. Seperti tiada rasa bersalah dalam diri. Luar bulan Ramadhan, boleh saja bertahan kalau lambat makan. Tapi kalau dalam bulan Ramadhan, ada saja alasan yang dicipta supaya 'dibolehkan' ponteng puasa suka hati. Sebab cuaca yang panas, gastrik, terlupa bangun sahur dan macam-macam alasan lagi.

Sepatutnya kita perlu bersabar. Bukannya buat keputusan melulu mengikut nafsu. Semua tahu bahawa setiap ibadah dan amalan kebaikan yang dilakukan akan dilipatgandakan pahalanya. Jadi, mengapa abaikannya? 

Ini namanya ujian. Allah nak uji sama ada seseorang itu mampu bersabar dengan dugaan-Nya. Betul, dalam bulan Ramadhan lagi membuak-buak nafsu makan. Ditambah pula dengan pelbagai menu yang menarik di bazar yang hanya muncul pada bulan Ramadhan saja. Tak perlu menu bagus pun, tengok air paip boleh terliur bulan Ramadhan ni. Jangan terlalu mengikut nafsu nanti kita juga yang rugi. Nafsu perlu dididik dengan berpuasa, ia mampu menundukkan nafsu.

Sementara kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan, jangan sia-siakannya. Semoga coretan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan kita semua. InsyaAllah.

Kenapa Kamu Sanggup Ponteng Puasa? Kenapa Kamu Sanggup Ponteng Puasa? Reviewed by Maisarah Humaira on Jun 02, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Kedai makan melayu pun alahai. Sanggup bersubahat.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.