Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri

Solat Hari Raya Aidilfitri


Esok merupakan 1 Syawal 1438H. Ini bermakna kita sudah menyempurnakan puasa Ramadhan pada tahun ini selama sebulan, Alhamdulillah. Pagi 1 Syawal umat Islam dianjurkan untuk menerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Jadi, untuk entri kali ini saya akan berkongsi tentang cara-cara menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

FOTO BHARIAN.COM.MY

1. Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri (untuk makmum)

Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri

Bahasa rumi: Usolli sunnatan 'aiydil fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Lafaz tasbih
Setiap takbir saat solat pada rakaat pertama dan kedua disunnahkan membaca tasbih iaitu:

Lafaz tasbih

Bahasa rumi: Subhanallah walhamdulillah walailaha illAllah wAllahu akbar
Erinya: Maha suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

3. Cara menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri

    Rakaat pertama
     a)  Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahuakbar disertakan dengan niat solat Aidilfitri di dalam hati.
     b) Membaca doa iftitah
     c) Lafaz takbir 7 kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
     d) Membaca surah Al-Fatihah.
     e) Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A'laa)
     f) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

   Rakaat kedua
     a) Mulai dengan lafaz intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
     b) Lafaz takbir 5 kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
     c) Membaca surah Al-Fatihah.
     d) Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghasyiyah).
     e) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
     f) Memberi salam.

Jangan lupa mandi sunat Hari Raya Aidilfitri dan jamah makanan sebelum pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Akhir kalam, selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam. Raikanlah Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan kita dengan sebaik-baiknya.

Sumber: iLuvislam.my


Catat Ulasan for "Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri"