Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ruginya Abaikan Solat Sunat Tarawih !

Hidupkan Malam Ramadhan dengan Solat Sunat Tarawih


Hari ini merupakan 14 Ramadhan 1438H bermakna malam ini ialah malam 15 Ramadhan. Bulan pun bercahaya penuh. Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk merasai Ramadhan. Rezeki besar daripada Allah yang tak patut kita sia-siakannya. Ramadhan sudah separuh, bagaimana dengan solat tarawih kita?

solat sunat tarawih
FOTO HAFEEZ HALIM

Solat tarawih sinonim dengan bulan Ramadhan. Ia merupakan sunat muakkad iaitu ibadah yang amat digalakkan untuk kita lakukan namun tidak wajib dilakukan. Tapi ia datang sekali sahaja dalam setahun hanya pada bulan Ramadhan. Rugikan kalau abaikan solat tarawih ni.

Seperti yang biasa kita lihat dan buat, solat sunat tarawih dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau. Tetapi sebenarnya ia juga boleh dilakukan secara bersendirian di rumah. Jadi, tiada alasan lagi jika kata tak sempat untuk tunaikannya kerana tempoh waktunya sehingga sebelum fajar. Ada juga sebilangan kecil yang kata penat solat sunat tarawih kerana lama. Pejam celik, kejap je sebenarnya.
Sabda Rasulullah ﷺ: "Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.
Rasulullah ﷺ amat menggalakkan solat tarawih. Apa salahnya waktu malam kita diisi dan hidup dengan ibadat sunat kan? InsyaAllah setiap ibadat dan amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan, Allah akan gandakan pahalanya. Ate.. rugi le kalau buat tak endah je solat tarawih ni disebabkan ia hanya solat sunat. Sunnah Rasulullah ni. Bila lagi kita nak buat kalau bukan bulan Ramadhan kan. 

Solat sunat tarawih adalah salah satu perkara yang ditunggu-tunggu dalam bulan Ramadhan. Kalau di tempat Mai, seronok sangat tunaikan secara berjemaah di surau. Pada akhir solat diselitkan dengan pengisian berupa tazkirah ringkas. Alhamdulillah, meriah! Masa inilah kita boleh bertanya khabar, jumpa jiran-jiran, rapatkan ukhuwah, makan bersama-sama dan lain-lain lagi.

Jangan risau jika ada yang pandang dan melabel kita hipokrit kerana datang masjid atau surau hanya pada Ramadhan saja. Hanya Allah saja yang tahu tentang diri kita. Mana tau, 'hipokrit' ini yang akan membuatkan kita jadi selesa dengan masjid dan surau selepas perginya bulan Ramadhan. 

Jom hidupkan Ramadhan dengan ibadat dan amalan kebaikan. InsyAllah manfaat daripadanya kita juga yang dapat. Kurangkan perkara sia-sia, tingkatkan ibadah sementara masih ada.


5 ulasan for "Ruginya Abaikan Solat Sunat Tarawih !"