07 Julai 2017

Ramadhan Sudah Berlalu, Apa yang Kita Dapat?

Hasil daripada Ramadhan


Sekarang kita sudah pun berada dalam bulan Syawal. Dalam keseronokan kita menyambut kemenangan pada bulan ini, adakah kita telah mendapat sesuatu daripada bulan Ramadhan yang lalu? Atau masih sama seperti sebelumnya?
tazkirah ramadhan
FOTO blogthecall.wordpress.com

Hari ini sempat buka Channel Tarbiah Sentap di aplikasi Telegram lalu terbaca tazkirah yang dikongsikan oleh admin channel tersebut. Tazkirah ini benar-benar telah membuat hati saya 'terasa' dengan pengisiannya. Jom baca tazkirah seperti yang dikongsikan di Channel itu...

1) Adakah taqwa kita bertambah? Adakah takut kita pada Allah bertambah?

2) Adakah kita rasa bertambah manis ketika melakukan ibadah? Dan apakah AZAM kita untuk istiqamah dalam ibadah?

3) SOLAT kita bagaimana? Bagi lelaki, adakah kita berjaya didik diri kita untuk solat berjemaah 5 waktu di masjid secara berjemaah? Bagi perempuan pula, berjaya atau tidak mendidik diri solat di awal waktu?

4) Qiamullail dan tahajud kita bagaimana? Adakah sepanjang ramadhan kita dappat jaga tahajud, dan apakah kita ada niat untuk menjaga tahajud selepas ramadhan?

5) Bacaan Alquran kita bagaimana? Berjaya tak kita khatamkan Alquran sepanjang ramadhan? Kalau yang sebelum ni tak pandai dan tak lancar baca Alquran, adakah selepas berlalunya ramadhan, kalian dapat lancarkan bacaan alquran? Apakah kita berazam untuk membaca dan menghayati Alquran selepas ramadhan?

6) Bagaimana usaha kita untuk tinggalkan maksiat?


Yang tak menutup aurat, adakah ramadhan mampu menjadi pencetus untuk kalian mula menutup aurat?

Yang merokok, adakah ramadhan menjadi pencetus untuk kalian kurangkan rokok seterusnya meninggalkan rokok sedikit demi sedikit?

Yang ketagih zina atau, video lucah atau couple, apakah ramadhan berjaya menjadi pencetus untuk kalian tinggalkan semua itu?

Yang suka mencarut, adakah ramadhan berjaya mendidik hati dan lisan kalian untuk bercakap perkara yang Allah redha?

Yang ketagih drama dan movie, adakah ramadhan berjaya menyedarkan kalian bahawa melihat aurat, pergaulan bebas, atau segala unsur dosa di dalam movie atau drama itu adalah perkara yang Allah tidak redha?

Dan banyak lagi maksiat yang hanya kita dan ALLAH sahaja tahu.

Sejauh mana usaha kita untuk tinggalkan semua itu?

* * * *

Kawan..

Raya itu kemenangan.

Kemenangan bagi mereka yang berjaya menewaskan NAFSU dalam perang selama 30 hari.

Peperangan yang amat sengit, jatuh dan bangun, berpenat lelah.

Adakah kita berjaya menewaskan nafsu kita?

Atau..

Kita TEWAS dan terus menjadi hamba kepada nafsu?

Muhasabah.

Tanya pada diri.

Apakah yang aku dapat setelah 30 hari ramadhan Allah hadiahkan kepada ku?

Menangislah...


Allah... memang terasa sangat dengan ayat-ayat tu. Tapi tak mengapa. Selagi kita diberi peluang untuk melihat dunia ini, selagi itu kita masih berkesempatan untuk mengubah sikap yang tidak baik kepada yang lebih baik dan diredhai Allah. Jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi.

Semoga apa yang disampaikan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan kita semua.


Previous Post
Next Post

About Author

4 ulasan:

  1. tq atas peringatan ye

    BalasPadam
  2. semoga bertemu ramadhan tahun 2018

    BalasPadam
  3. nice... semoga kita akan bertemu lagi ramadhan dan perbaiki kelemahan...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)