02 Julai 2017

Seminggu Cuti Beraya, Jangan Liat Mula Kerja

Cuti Raya Dah Habis


Seronoknya bercuti lebih-lebih lagi cuti kerana Hari Raya Aidilfitri. Sebabnya ketika cuti inilah masing-masing dapat meluangkan masa bersama keluarga, saudara-mara dan juga sahabat. Ditambah pula dengan aneka juadah raya yang pasti membuatkan kita sentiasa teringat dengannya. 

Diam tak diam, dah seminggu Syawal rupanya. Pantas masa berlalu. Akhirnya bertemu juga dengan Isnin. Hari Ahad, ada di antara kita yang sudah pun memulakan kerja dan juga sesi persekolahan. Sudah seminggu bercuti raya, jangan liat pula untuk mula bekerja atau bersekolah ye 😉 Nak tak nak, kena hadapinya juga. 

Tapi kalau asyik teringat raya sampai susah nak move on, bawa je kuih raya, lemang, ketupat dan rendang ke tempat kerja. Senang cerita. hehehe. Rilek lah.. Syawal kan sebulan. Tak cukup seminggu, ada baki tiga minggu lagi nak beraya.

jeti kuala kangsar, cuti raya

Dah penat beraya seminggu ni? Berehatlah supaya esok dapat memulakan kerja tanpa hati yang terpaksa. Semoga ceria selalu! 


Previous Post
Next Post

About Author

7 ulasan:

  1. selamat bkerja kmbali..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..cuti dah habis kena kerjalah kan

      Padam
  2. salam kenal dari kak lina
    jom exchange link..
    http://mama3danish.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal. dah bals kunjungan :)

      Padam
  3. sedih pulak cuti raya dah habis huhu

    BalasPadam
  4. X sempat nak liat harini terus pecut.. byk keje haha

    BalasPadam
  5. mya cuti raya seminggu, blog pun cuti sekali. malas betul nak up entri baru.

    mya tag kak maisarah di post ini.
    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)