11 Ogos 2017

Edit Template Dan Design Header Blog Zuraini.com

Servis Edit Template dan Design Header Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 😊 Semoga ceria selalu. Hari ini Mai nak kongsi artwork baru iaitu edit template dan design header Blog Zuraini.com. Template ini adalah template readymade responsive.

Pemilik blog ini telah memilih warna hijau dan emas sebagai warna tema blognya. Tiba-tiba teringat warna baju pengantin kawan yang sama dengan warna ni 😁 Cantik gabungan kedua-dua warna ni. Di bawah ini merupakan header blog tersebut.

design header blog cantik
Header Blog Zuraini.com

Blog Zuraini.com, blog tentang produk kecantikan dan kesihatan homemade. Jadi, Mai letakkan dedaun hijau pada footer blog ini. Jom ke blog hijau emas ini untuk melihat paparan penuh dengan lebih jelas lagi.

edit template responsive
Template Blog Zuraini.com

Sekarang ini lebih mudah. Blogger boleh pilih terus template readymade di mana-mana laman web yang menyediakannya. Hanya download dan install terus kod ke dalam blog. Tapi, pernah tak jadi pada anda... bila dah berkenan satu template tu, warnanya pula tak kena dengan jiwa. Ada juga yang nak tambah header bagi menarik lagi template. Macam-macam perkara lagi nak tambah dalam blog tapi tak berapa tahu nak pasang atau tukar sendiri.

Haaa.. kalau anda teringin menggunakan template readymade yang dah sedia ada dalam pelbagai laman web template percuma tetapi tidak mahir untuk edit sendiri, Whatsapp atau PM terus Mai di Facebook ye. InsyaAllah Mai boleh bantu dengan harga yang amat berpatutan 😊 Yang penting blog cantik mata memandang, kemas, anda puas hati dan lebih bersemangat menulis di blog lepas tu.

Blog template designer yang sedia ada di platform blogspot pun Mai boleh ubah jadi responsive dan SEO friendly.

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi. InsyaAllah Mai akan design / edit mengikut citarasa anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)

Previous Post
Next Post

About Author

8 ulasan:

  1. Cantik . Selalu jugak terjah blogger ni

    BalasPadam
  2. Salam singgah dari Sarah!
    https://messarah.blogspot.my/2017/08/day-4-seven-things-that-cross-your-mind.html

    BalasPadam
  3. Tak pernah bosan tengok design Mai ni.. makin lama makin cantik >.<

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)