28 Ogos 2017

Hadiah Hari Jadi Menarik daripada Printcious Menjadi Ingatan

Hadiah Hari Jadi yang Menarik dari Printcious


Seronoknya apabila tiba sambutan hari jadi atau hari lahir! Seronok sebab dapat hadiah istimewa pada hari yang istimewa. Lebih-lebih lagi kalau dapat hadiah peribadi menarik dari Printcious yang diterima daripada orang yang tersayang, hadiah tersebut pasti menjadi ingatan dan kenangan sepanjang masa.

Hadiah peribadi daripada Printcious adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin mendapatkan hadiah yang menarik, unik dan mempunyai makna tersendiri yang istimewa kepada penerima. 

Pelbagai barangan menarik yang amat sesuai dijadikan hadiah ada di laman web Printcious. Kita boleh mereka sendiri hadiah peribadi di laman web tersebut. Contohnya, kita boleh letak kata-kata ucapan dengan gambar untuk penerima pada bantal atau mug. Mesti penerima hadiah lebih menghargai pemberian anda dan sentiasa dikenang selalu.

hadiah hari jadi, Printcious

Haaa.. kalau pening nak cari hadiah hari jadi yang menarik, cari sahaja di Printcious. Jom jadi kreatif dengan Printcious.com! Printcious.com merupakan saluran yang paling sesuai untuk membuat hadiah peribadi dihadiahkan kepada orang-orang yang tersayang. Kalau anda nak tahu, hadiah boleh dipos terus kepada penerima kalau anda tak ada masa untuk berjumpa dengannya. Wah bagusnya macam ni. Jimat masa dan juga petrol. hehehe. Tak perlu risau jika si dia berada jauh dengan kita, Printcious sedia berkhidmat untuk memudahkan kita.


Bagaimana cara untuk menggunakan perkhidmatan Printcious?


1. Anda boleh mula dengan membuka laman web Printcious. Kemudian klik 'Member' yang terletak pada bucu atas kanan di laman web tersebut untuk login atau jika anda belum ada akaun, klik butang Create Account.

2. Langkah seterusnya, anda boleh memilih barangan untuk dijadikan hadiah hari jadi. Untuk lebih mudah lagi, anda klik sahaja Cool Birthday Gift Ideas untuk memilih barangan menarik yang sesuai dijadikan hadiah mengikut kehendak anda. Antara barangan yang ada dalam bahagian ini adalah seperti kusyen, bantal, mug, kanvas, rantai kunci, mousepad, jubin seramik dan mini tees.

3. Klik salah satu daripada barangan yang dipaparkan pada laman web.

Printcious

4. Anda boleh pilih warna mengikut kesukaan penerima hadiah. Masukkan juga kuantiti yang anda inginkan. Kemudian klik butang 'Customize It'.


5. Di sini, anda boleh edit teks, menambah foto dan juga background.

Printcious
6. Setelah berpuas hati dengan hasil edit anda, klik butang 'Add to Cart' untuk meneruskan pembayaran.

Printcious

Mudah je kan? Memang mudah, klik-klik je dah siap dan boleh pos terus. Apa lagi, jom cepat-cepat buka laman web Printcious untuk mencari hadiah yang terbaik buat yang tersayang.

Tak rugi anda ke Printcious.com. Pasti rambang mata nak buat pilihan nanti sebab pelbagai barangan menarik yang sesuai dijadikan hadiah ada di sini :)  Jom ke Printcious.com sekarang. Jadikan hadiah anda hadiah yang terbaik dan sentiasa diingati, selari dengan tagline mereka iaitu 'Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart’.

Previous Post
Next Post

About Author

2 ulasan:

  1. Bestnya boleh DIY design dan warna yang kita suka.

    BalasPadam
  2. Hari tu mrs pip buat fridge magnet, suka sangat..
    Nnt nak buat lagi since ada voucher extra ...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)