06 September 2017

Jenama LANAFIRA Fesyen Terkini Pakaian Muslimah

LANAFIRA, Butik Online Pakaian Muslimah


Pakaian muslimah yang mengikut perkembangan fesyen semasa, itulah yang dibawa oleh butik muslimah online, Lanafira. Satu jenama butik muslimah online yang sedang meningkat naik dalam Malaysia. Selain daripada fesyennya yang mengikut perkembangan semasa, pakaian dengan harga mampu milik dan pastinya yang berkualiti juga ditawarkan oleh butik Lanafira kepada para pelanggan.

pakaian muslimah Lanafira

Apa yang ada di butik online Lanafira? Sudah pasti pakaian muslimah dengan pelbagai jenis disediakan di laman web tersebut. Antara jenis pakaian yang ada di laman web tersebut adalah seperti gaun labuh (long dress), baju kurung, baju peplum, baju kebaya, tops dan skirt dengan pelbagai rekaan dan warna yang menarik hati. Memang rambang mata nak buat pilihan sebab cantik-cantik semuanya.

pakaian muslimah Lanafira

Bagaimana nak membeli pakaian di butik online Lanafira? Mudah sahaja cara untuk membeli-belah pakaian muslimah di butik online Lanafira. Apa yang anda perlu lakukan ialah, pergi ke laman web Lanafira. Klik terus pada pakaian yang menepati citarasa anda, pilih saiz yang bersesuaian dengan badan anda kemudian klik butang 'add to cart' dan teruskan membuat pembayaran setelah siap mengisi borang. Selepas itu, anda tunggu saja pakaian yang dipesan tiba di rumah. Mudah serta menjimatkan masa bukan?

Selain itu, beberapa ilmu berguna seperti tips supaya rambut tidak berbau dan lebih lembap apabila bertudung, tips yang wajib diketahui sebelum membeli gaun labuh (long dress) dan pelbagai tips lain lagi disediakan untuk keperluan gaya anda yang boleh dijadikan panduan juga turut dikongsikan di laman web butik online Lanafira. Bukan itu sahaja, trend fesyen terkini juga disediakan bersama khusus bagi anda yang sentiasa bergaya mengikut fesyen terkini. Sambil membeli-belah di Lanafira, sempat juga menambah ilmu kan? 

Anda dah mula berminat dan terpaut dengan pakaian muslimah di butik online Lanafira? Tunggu apa lagi? Jom ke laman web mereka untuk melihat lebih banyak rekaan pakaian muslimah terkini. Jangan lupa ikuti Lanafira di laman Instagram dan juga Facebook.
 
Laman web: www.lanafira.com
Instagram: @lanafiraofficial
Facebook page: www.facebook.com/lanafiraofficial

Previous Post
Next Post

About Author

2 ulasan:

  1. Lawa modern peplum tu..memenuhi citarasa akak..

    BalasPadam
  2. Boleh tahan murah ni :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)