11 September 2017

Tak Kenal Maka Tiadalah Cintanya | MENGENALIMU (Beautiful Cover)

Lirik dan lagu MengenaliMu (Beautiful-OST Goblin Cover) Nyanyian The Faith

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Ada betulnya juga. Kalau kita tak kenal seseorang, bagaimana kita akan suka dengannya. Mungkin perkara negatif yang kita fikirkan tentangnya. Tapi setelah mengenalinya, barulah suka dan cinta itu hadir dengan sendirinya. Betul kan? Sama seperti kita dengan Allah. Kalau kita tak berusaha untuk mengenal Allah, bagaimana perasaan cinta kepada-Nya akan hadir.

The Faith - MengenaliMu (Beautiful Cover)

MENGENALIMU adalah sebuah cover lagu Beautiful (OST Drama Korea Goblin) terbaru nyanyian kumpulan yang disertai anak-anak muda iaitu The Faith. Baru publish 8 September 2017, video ini dah pun mencecah  30 ribu lebih penonton. Satu pencapaian yang memberangsangkan bagi lagu yang berunsur dakwah seperti ini. Terbaiklah The Faith!

Lagu MengenaliMu ini adalah tentang luahan seorang hamba bahawa betapa indah dan bahagianya hidup apabila dapat mengenali Allah dan menyembah serta mentaati-Nya. Bayangkan, andai kita semua tidak mendapat Islam pada hari ini, alangkah rugi dan sedihnya hidup. 

The Faith - MENGENALIMU (Beautiful Cover)





Lagu asal: Crush
Lirik: Ustaz Adnin
TARBIAHSENTAP RECORDS

(FAHIMI)
Its a beautiful life,
Meninggalkan dosa lalu,
Its a beautiful life,
Melakar hidup yang baru,
Its a beautiful life,
Bahgia hidupku ini,
Pabilaku kembali padaMu...

(FIRDAUS)
Its a beautiful life,
Beautiful day,
Hingga mengalir air mata bahgia,
Beautiful life,
beautiful day,
Kadang sebak di hatiku,
Betapa indah,
MengenaliMu,
Its a beautiful life!!

(ANIQ)
Its a beautiful life,
Pabila mengenaliMu,
Its a beautiful life,
Tika ku mengingatiMu,
Its a beautiful life,
Kala ku menyebut namaMu,
Tak mampu ku ungkap dengan kata...

(FIRDAUS)
Its a beautiful life,
Beautiful day,
Hingga mengalir air mata bahgia,
Beautiful life,
beautiful day,
Kadang sebak di hatiku,
Betapa indah,
MengenaliMu..

(AMIR)
Its a beautiful life!!
Bayangkan,
Andai ku tak mengenali,
Dalam hidupku,
Tak pernah menyembahMu,
Mungkinkah aku,
Ke nerakaMu?

(AMIR)
Namun Kau beri,
Agama ini,
Kepadaku walau tidak ku pinta,
Beautiful life,
Beautiful day,
Hidupku bagai di syurga,
Betapa manisnya,
MengenaliMu,
Oh,
Allah tuhanku...


Perkongsian daripada channel Telegram Tarbiah Sentap . . .

Dalam banyak-banyak makhluk yang Allah cipta, Allah pilih KITA jadi makhluk paling mulia iaitu manusia. Allah muliakan kita!

Dalam banyak-banyak manusia, Allah pilih kita jadi umat nabi Muhammad, umat yang paling mulia! Allah muliakan kita!

Dalam banyak-banyak umat Nabi Muhammad, Allah pilih kita jadi ISLAM, agama yang paling mulia. Sekali lagi, Allah muliakan kita!!

Dalam banyak-banyak orang islam, Allah bagi kita kesedaran untuk buat dakwah. Dakwah adalah sunnah yang paling mulia. Sekali lagi, Allah muliakan kita!!

Kawanku!

Pernah tak dikau menangis setelah membayangkan pelbagai nikmat demi nikmat demi nikmat yang Allah beri pada kita, yang kadang kita tak pernah minta pun??!

Tetapi, Allah maha pemurah. Allah beri kita nikmat iman dan islam.

Pernah tak dikau menangis bahgia mengenangkan perkara ini? Pernah tak dikau menangis bahagia mengenangkan betapa nikmatnya hidup mengenali Allah?

Jika tak pernah menangis, dikau menangislah kawanku.

Sungguh, kadang, air mata itu akan menjadikan diri kita lebih kuat!


Previous Post
Next Post

About Author

3 ulasan:

  1. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    BalasPadam
  2. lrik yang menarik...untuk dihayati

    BalasPadam
  3. Sedap nyanyian dengan lirik yang bagus

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)