09 Oktober 2017

#MYCYBERSALE, Jualan Online Besar-besaran di Malaysia Kembali Lagi!

Jualan Murah Online #MYCYBERSALE


#MYCYBERSALE kembali lagi! Jualan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Seronoknya! Mana tidaknya, harga dan diskaun berganda-ganda serta pelbagai tawaran menarik yang disediakan bagi sesuatu barangan sepanjang tempoh berlangsungnya #MYCYBERSALE yang sangat berbaloi dibeli oleh rakyat Malaysia. Jualan besar-besaran yang tidak patut dilepaskan oleh rakyat Malaysia.

#MYCYBERSALE


Apa itu #MYCYBERSALE?


#MYCYBERSALE adalah jualan dalam talian (online) terbesar di Malaysia. Pelbagai jenama terkenal menyertai jualan ini sepanjang tempoh berlangsungnya #MYCYBERSALE. Seperti yang diberitahu dalam akhbar tempatan Sinar Harian, #MYCYBERSALE 2017 merupakan program kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) dan peserta industri teknologi maklumat dan komunikasi, menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 peniaga. 

Untuk pengetahuan anda, PIKOM adalah persatuan yang mewakili industri ICT di Malaysia, mempunyai lebih daripada 1,200 syarikat korporat, dan profesional individu merentasi Peruncit, Pemborong, Multinasional dan komuniti pengguna. Bab E-Commerce PIKOM telah diluluskan pada 21 Julai 2016 oleh Majlis PIKOM untuk mengembangkan penglibatan PIKOM dalam industri e-Perdagangan.

Untuk #MYCYBERSALE 2017 kali ini, pelbagai jenis produk yang terpilih disediakan untuk anda  dengan tawaran eksklusif yang anda boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja!


Bila #MYCYBERSALE diadakan?


Jualan dalam talian #MYCYBERSALE bagi tahun 2017 yang juga kali keempat ini bermula dari 9 sehingga 13 Oktober 2017 yang diadakan secara besar-besaran di Malaysia. Jangan lupa simpan tarikh ini ye! Kalau terlepas rugi nanti. Hehe. Jangan beri alasan tiada masa untuk membeli-belah atau merungut tentang harga sesuatu barangan. Beli-belah sewaktu #MYCYBERSALE berlangsung, pasti menguntungkan anda. Jimat masa, jimat belanja dan hati pun senang ;) 

Sempena #MYCYBERSALE ini, Mai telah menerima Gintell Magic Pillow. Best tau bantal ini. Memang magik. Satu bantal boleh dapat dalam dua bentuk iaitu bentuk U dan bujur. 

#MYCYBERSALE, Gintell Magic Pillow

#MYCYBERSALE, Gintell Magic Pillow


Bantal ini sangat sesuai untuk Mai yang banyak buat kerja dalam keadaan duduk yang kerap menggunakan laptop. Kalau duduk lama ni selalu juga rasa sengal di bahagian belakang badan. Leher juga terasa lenguhnya. Sedapnya apabila bantal ini diletakkan pada leher dan belakang badan. Rasa seperti diurut! Bantal ini sememangnya membantu Mai untuk melegakan ketegangan otot dan tekanan selepas kerja berjam-jam. Bagi anda yang sering merasa lenguh di bahagian belakang dan juga leher, elok sangat kalau anda beli bantal magik ini.

Selain itu, ia juga sangat sesuai digunakan untuk mereka yang kerap melancong terutamanya ketika berada dalam kapal terbang, bas atau kereta di lebuh raya. Bolehlah jadikan Gintell Magic Pillow ini sebagai teman perjalanan anda agar lebih selesa tanpa lenguh-lenguh yang akan mengganggu mood anda ketika melancong kan?

Apa yang menariknya tentang bantal ini ialah ia seolah seperti sedang mengurut kita. Sebuah vibrator disertakan bersama bantal ini. Vibrator tersebut yang membuatkan rasa seperti diurut. Cuma tekan butang On dan pada vibrator dan masukkan ke dalam bantal tersebut dengan membuka zipnya. Rasai nikmatnya…

Di mana boleh dapatkan Gintell Magic Pillow ini? Mudah saja. Cari di laman web Lazada dan pasti anda jumpa.

Barangan lain yang saya terima selain daripada Gintell Magic Pillow ialah barangan jenama Tesco. Antaranya Choco Malt dan Sandwich Spread with Tuna. Kedua-dua produk ini Mai dah cuba. Apa yang Mai suka tentang produk jenama Tesco adalah harganya lebih murah dan kualitinya setanding jenama terkenal. Anda patut cuba produk Tesco ini.

#MYCYBERSALE, tesco brand

Kalau anda nak tahu, pelbagai diskaun hebat boleh didapati di laman web Lazada (klik) yang diberikan untuk anda ketika berlangsungnya #MYCYBERSALE. Wow, bestnya! Peluang membeli-belah sambil berjimat yang tak patut anda lepaskan.

Selain daripada tawaran diskaun berganda-ganda selama tempoh berlangsungnya #MYCYBERSALE, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat seperti pakej percutian ke Korea, perkakas rumah dan dapur, telefon pintar, produk penjagaan kulit dan pelbagai hadiah hebat lain lagi menanti anda. Syaratnya mudah saja. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit bagi melayakkan anda untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Wah, ini sangat menarik!

Apa tunggu lagi, siap-siap tanda kalendar anda dengan tarikh #MYCYBERSALE supaya tidak terlepas peluang keemasan ini. Jom jimat belanja pada #MYCYBERSALE ini. Untuk maklumat lanjut tentang #MYCYBERSALE, lawati laman web https://mycybersale.my/ .


Previous Post
Next Post

About Author

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. jom shopping time mycybersale ni..jimatt

      Padam
  2. wow bestnya mycybersale dah kembali

    BalasPadam
  3. Kena sediakan duit siap siap nih..huhuhu

    BalasPadam
  4. Sales...bff kita kaum perempuan..hehe...

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. best sangat..rasa macam diurut je guna bantal ni

      Padam
  6. Gintel Magic Pillow tu boleh bawa pi travel sana sini. Naik kereta, flight takpun bus. tak sabar nak tunggu 9 hb ni.

    LiaHasty
    www.liahasty.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. hilang lenguh2 badan nanti

      Padam
  7. menarik betul bantal tu..habislah julig mata bila ada sales ni
    Janji Kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..beli time mycybersale ni memang jimat. jommmm

      Padam
  8. memang bestlah kalau dpt sebiji, kalau road trip jauh2 best jer guna magic pillow ni...

    BalasPadam
  9. Bantal tu sesuai bawak gi travel nanti

    BalasPadam
  10. Bole dah gi usha² kot² de yg berbaloi nak beli

    BalasPadam
  11. tak boleh lepaskan peluang macam ni!

    BalasPadam
  12. Wow ada sale. Tak leh lepaskan peluang ni.

    Menariknya bantal gintel tu. Sesuai utk kak ana yg suka berjalan ni.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)