Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puas Hati dengan Jam Tangan Casio Dari Zalora

Jam Tangan Casio Dari Zalora 

Alhamdulillah, jam tangan Casio dari Zalora selamat tiba di rumah. Encik posmen Gdex yang hantarkan. Puas hati sangat sebab bungkusan jam dan juga kotaknya tiada sebarang kerosakan. Tempoh penghantaran pun cepat. Inilah jam tangan wanita berjenama Casio yang Mai pesan melalui laman web Zalora.

Jam Tangan Casio

Agak lama juga Mai tak pakai jam tangan, bertahun juga lah. Sebabnya Mai alah dengan besi. Sebelum tu Mai pakai je jam tangan, bahagian bawah jam tu mesti ditampal dengan selotape. Baru boleh pakai. Kalau tak, timbul bintik-bintik merah dan gatal di kawasan yang terkena besi. Siap ikut bentuk bulat lagi tu. Nak beli jam plastik rasa macam budak-budak pulak. hehehe.

Akhir-akhir ni teringin pula rasanya nak pakai jam tangan. Jam tangan yang ada dah diberi kepada adik. Mai pun bukalah laman web Zalora untuk cari jam pilihan hati. Agak lama juga mencari sebab rambang mata hehe. Akhirnya, jam tangan jenama Casio dipilih. Harganya pula tidak melebihi RM100. 

Apa yang membuatkan Mai tertarik dengan jam tangan ini ialah rekaannya yang simple. Didalamnya diletakkan angka roman dan juga terdapat tarikh serta hari. Talinya pula adalah daripada kulit. Bingkainya berwarna perak berkilat. Memang berkenan dengan jam tangan ni. Yang pastinya ia adalah original. 

Jam Tangan Casio

Kalau jam tangan, Mai tak suka jenis yang kosong tanpa angka atau banyak corak dan aksesori didalamnya. Jadi, jam tangan ini memang jadi pilihan hati Mai.

Secara keseluruhannya, sangat berpuas hati dengan servis daripada Zalora. Dah banyak kali juga membeli di situ. Yang sebelum-sebelum ni pun sama. Servis tip top. 

Kalau anda nak tahu, sekarang ini sedang berlangsung #MYCYBERSALE yang bermula dari 9 sehingga 13 Oktober 2017. Pelbagai jenis produk disediakan untuk anda dengan diskaun berganda-ganda dan tawaran eksklusif yang anda boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat buka laman web beli-belah online sekarang juga. Kalau nak lebih penjimatan, beli melalui Shopback, anda akan dapat casback pula. Untung kan?

Selamat membeli-belah!


12 ulasan for "Puas Hati dengan Jam Tangan Casio Dari Zalora "

  1. Saya juga dulu ada beli jam kat zalora. casio juga cuma lain la dari gambar atas. cepat sampai dan masih lagi ok..

    BalasPadam
  2. waa.. bestnye !!! mesti murahkan sebab #mycybersale tu.. hee~ bleh la beli..

    BalasPadam
  3. Mmg suka shopping kt lazada.. beli pampers ank pon kt lazada je..murah..tahan 2bulan lebih..jimat.. jam casio ni ena survey kedai n lazada mmg jauh beza sgt..lazada lg murah kan..

    BalasPadam
  4. Fuh.. cantik jam ni .. syok kalau dapat harga murah beli jam macam ni, jenama Casio lak tu yang memang dari dulu jenama jam tahan lasak.

    BalasPadam
  5. Cantik nya jam...Saya pon suka shopping di Zalora, jam dia cantik2 pastu bila letak promo code, lagi la murah barang kita beli. Kalau tak berkenaan di hati bila barang tu sampai boleh hantar balik lagi,percuma kos penghantaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. tu jadi salah satu sebab kenapa saya suka membeli di Zalora ;)

      Padam
  6. Ah...cantiknyer...harga pun tak mahal sangat. lain kali boleh cuba tengok kat https://iprice.my/ Diorang pun ada jual benda dari zalora dan website-website lain. Tambahan diorang ada kupon jugak. Boleh jimat banyak lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow.. boleh cuba iprice nanti. terima kasih beritahu

      Padam