26 Oktober 2017

Sedap atau Tidak Rasa Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch?

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

KFC adalah salah satu restoran yang menyediakan makanan segera di Malaysia. Dah jenama pun Kentucky Fried Chicken, mestilah ayam goreng menu utamanya kan 😁 . Ayam goreng KFC memang menjadi pilihan Mai. Dalam sebulan, mesti akan ke restoran KFC. Sekarang ini KFC sedang mempromosikan menu terbarunya iaitu Spicy Sawadee Crunch. Ayam goreng berperisa ala Thai.

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

Hari-hari tengok iklan tu di TV, hari ini baru terbuka hati untuk rasa menu baru Spicy Sawadee Crunch ini. Sebelum ni pernah baca komen mereka yang dah cuba menu baru ni pada iklan KFC di Facebook. Ada yang kata sedap, ada yang kata sebaliknya. Tapi Mai nak rasa juga menu baru ni walaupun ada yang kata tak berapa sedap di tekak mereka. Nak tahu sedap atau tak.. kena lah cuba sendiri kan.

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch ini rasanya lebih pedas daripada ayam Hot & Spicy. Kulit ayam pula ada rasa masam-masam, manis dan masin sikit, sikit je. Takde la sampai begitu masin seperti ada yang mereka katakan terlalu masin sehingga tak boleh makan. Bagi Mai rasa ayam KFC Spicy Sawadee Crunch ni boleh diterima oleh tekak Mai. Ok la. Pedas pun terasa pada lidah.

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

Cuma rasa Thai tu ada pada kulit ayam je. Seperti serbuk perasa yang ditabur pada kulitnya sahaja. Lagi bagus kalau isi ayam pun rasa macam tu juga. Kulit ayam pula kalau nak dibandingkan dengan Hot & Spicy, jenis Hot & Spicy lagi rangup. Mai bagi 3/5. Mungkin rasa yang sedikit berbeza tu contohnya ada yang kata terlalu masin kerana lain cawangan, lain orang yang menyediakannya. Restoran KFC di tempat Mai ok je setakat ini 😊

Dalam banyak-banyak menu ayam goreng KFC, Mai paling suka Ayam Kicap Meletup. Sedap! Makan seketul memang tak cukup. Rasanya seimbang, sangat kena dengan lidah yang merasa. Rindunya kat Ayam Kicap Meletup ni. Kalau tak silap, menu ni dah dua kali keluar. Mungkin sebab ramai yang suka kan.

Apa pun pilihan di tangan anda. Nak tau sedap atau tak, anda kena cuba dulu. Dengar cerita daripada mulut orang lain, tak semestinya sama dengan kita. Kalau rasa ayam tak dapat memuaskan tekak anda, beritahu terus kepada pekerja dapur KFC. Senang cerita kan. hehe


Previous Post
Next Post

About Author

12 ulasan:

  1. Sedap ya..PC lama juga tak makan KFC..

    BalasPadam
  2. tak suka sangat flavor thai ni sebab tak kena dengan tekak.

    BalasPadam
  3. ramai yang bagi feedback kurang sedap , hurmm CCL kena test jugak la

    BalasPadam
  4. Mana2 recipe pun ok ..yg ni agak lain sedikit...boleh tahan rasa .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..Sawadee Crunch pun ok je cuma perasa dia lain macam sikit

      Padam
  5. mmg tak sedap pun huu.. mcd lg best burger thai dia tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya ok je Sawadee Crunch ni. saya suka ;)

      Padam
  6. sedapnya nampak Kfc malam2 ni...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cuba ni kalau tak termimpi-mimpi nanti hihi

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)