Hidup Lebih Bahagia dengan Botanic Superfood dan Lynnity Phyto Tropical

Botanic Superfood dan Lynnity Phyto Tropical Botanic Juice Membantu Badan Sihat


Kehidupan yang bahagia menjadi impian setiap manusia. Banyak perkara yang mampu membuatkan manusia hidup bahagia. Salah satunya adalah wang. Rata-rata ramai yang mengetahui kata-kata ungkapan tentang wang yang popular iaitu, 'wang adalah segala-galanya tapi segala-galanya bukan wang'. Mai setuju sangat dengan ungkapan tersebut. Tapi, kalau badan tak sihat bagaimana kita boleh bekerja untuk dapatkan wang? Macam mana nak hidup bahagia bersama tersayang jika tahap kesihatan tidak bagus? 

Ini bermakna kesihatan juga adalah perkara penting yang perlu dijaga bagi mengecapi kehidupan yang bahagia. Untuk mengekalkan tahap kesihatan yang bagus, sudah semestinya kita perlu mengambil langkah berkesan seperti bersenam dan mengambil makanan yang sihat.  

Mai pernah mendengar rancangan temubual di radio tentang kesihatan badan, cara mengurangkan berat badan berkesan dan makanan seimbang. Cara berkesan untuk kekal sihat ialah dengan memakan pelbagai makanan daripada setiap satu daripada empat kumpulan makanan utama, dalam jumlah seperti yang disyorkan. Makan banyak makanan yang berbeza membantu mengekalkan diet yang sihat yang memberikan pelbagai khasiat yang berbeza kepada badan. 

Tiada makanan tunggal boleh menyediakan semua nutrien yang penting. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil pelbagai jenis makanan untuk menyediakan pengambilan yang mencukupi vitamin, mineral dan serat diet, yang penting untuk kesihatan. 

Jadi, apa kata kita ambil Botanic Superfood dan Lynnity Phyto Tropical Botanic Juice daripada Lynnity sebagai makanan tambahan harian. Pelbagai nutrisi terkandung dalam kedua-dua produk berharga ni.

Lynnity Botanic Superfood

Sekali makan, macam-macam nutrisi yang badan akan dapat. Mai dah cuba, memang terasa manfaatnya. 

Botanic Superfood


Haaa.. mesti anda tertanya-tanya apa itu Botanic Superfood kan? Botanic Superfood ialah campuran Phyto bijirin, kacang dan pelbagai jenis buah-buahan, dirumus khas berdasarkan konsep DIET SIHAT = KELUARGA SIHAT dengan formula Superfood pemakanan lengkap yang terdiri daripada empat kumpulan makanan utama untuk penghasilan makanan yang sihat seperti:

Buah-buahan: Buah Pir, Epal Hijau, Nanas, Kiwi, Markisar, Lemon
Sayuran: Bayam, Saderi, Timun, Parsli, Keladi, Red Beet
Bijirin: Kasar Beras, Jagung, Barli, Beras Perang, Biji Lotus, Gandum Millet, Bijan Hitam, Beras Pulut, Gandum, Flax Seed, Oat Bran (Beta-Glucan)
Protein: Kacang Soya, Kacang Merah, Kacang Hijau, Almond, Kacang Pea Hijau, Whey Protein, Kacang Hijau, kacang Soya Hitam,Walnut

Makanan hebat lain seperti delima, halia hitam, manggis, oat bran, spirulina, mulberi, lingonberi, biji chia turut terkandung di dalamnya.

Lynnity Botanic Superfood

Kadang-kadang sukar untuk kita memasukkan pelbagai jenis makanan daripada empat kumpulan makanan ke dalam pemakanan harian, betul kan? Jadi Botanic Superfood adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. Sekali minum, rasa kenyangnya lama. Yang ini Mai sendiri yang rasa. Mai sekarang ni pun sedang berusaha untuk kekal sihat dalam masa yang sama dapat mengurangkan berat badan, jadi Botanic Food ini sangat sesuai untuk Mai, sekaligus mendapat pelbagai nutrisi yang bagus untuk badan. Bagi mereka yang kata jadual makannya tidak teratur, eloklah ambil Botanic Sueprfood ni. Perut terisi, pasti kerja seharian lebih fokus. 

Untuk kekal bertenaga, campurkan 1 sachet Botanic Superfood dengan 200ml air suam. Sesuai diamalkan ketika sarapan dan/atau makan tengah hari / makan malam setiap hari. Bagusnya Botanic Superfood ini, ia boleh diamalkan seisi keluarga, daripada kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas sesuai mengambilnya.

Lynnity Botanic Superfood

Pelbagai manfaat yang bakal diperoleh dengan pengambilan Botanic Superfood. Antaranya seperti meningkatkan imuniti, untuk mata, tulang dan perkembangan otak yang sihat, mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan yang sihat, merupakan suplemen nutrien yang lengkap untuk keperluan harian, meningkatkan fungsi penghadaman dan kesihatan usus, mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser, penyakit kencing manis,  penyakit mata dan mengurangkan tahap kolesterol.


Lynnity Phyto Tropical Botanic Juice


Selain Botanic Food, Mai juga mengambil Lynnity Phyto Tropical Botanic Juice supaya dapat berat dan bentuk badan ideal dengan cepat dan berkesan di samping mengamalkan makanan seimbang dan senaman harian. Rasanya masam-manis buah-buahan. Mudah saja cara pengambilannya. Hanya minum 15ml selepas sarapan atau makan tengah hari. 

Lynnity Phyto Tropical

Apa itu Lynnity Phyto Tropical ?

Lynnity Phyto Tropical adalah satu penyelesaian dengan gabungan Phyto-Nutrient dari tumbuh-tumbuhan semula jadi dan ekstrak buah-buahan yang menjanjikan kesan efektif dalam pelangsingan tubuh badan. 

Lynnity Phyto Tropical Botanic Juice

Bagaimana Lynnity Phyto Tropical bertindak dengan badan? Lynnity Phyto Tropical mempercepatkan pemecahan lemak-lemak, meningkatkan metabolism dan melancarkan pencernaan serta sistem imunisasi secara semulajadi tanpa memberi kesan negatif pada badan. Lynnity Phyto Tropical mengandungi buah-buahan ekstrak ajaib yang menyekat selera makan secara semulajadi yang mempengaruhi jumlah leptin dalam aliran darah.

Selain itu, Lynnity Phyto Tropical mengandungi halia hitam yang berkesan dalam meningkatkan kekasaran kulit, toning saluran GI, lemak penyerapan, meningkatkan hiperlipidemia dan mengurangkan hiperglisemia secara pantas. Selain membantu menurunkan berat badan dan pencernaan, kandungan asid amino, enzim, Gotu Kola, antioksidan, vitamin dan mineral sangat bermanfaat untuk membantu memperbaiki dan mengimbangi fungsi fisiologi tubuh badan, dan menjadikan tubuh lebih sihat bertenaga dan kekal langsing.

Lynnity Phyto Tropical membantu badan dengan empat langkah iaitu;

Menyingkirkan
 - Tukar molekul besar lemak disimpan kepada tenaga dan mengembangkannya – Ia selamat serta berkesan untuk membakar lemak.
 -  Meningkatkan detoksifikasi badan - membuang bahan-bahan toksik dalam badan.
Ton
 - Merangsang metabolisma - memperbaiki sistem peredaran darah.
 - Kitaran hormon dan peningkatan sistem limfa - penting untuk penyingkiran & atasi selulit.

Bekalan Tambahan
 - Membekalkan vitamin, mineral, enzim, protein, asid amino & mikronutrien lain - memastikan badan menerima sejumlah nutrien yang sihat.

Pencegahan
 - Menurunkan paras C-reactive protein (CRP) di dalam badan & membolehkan leptin menyempurnakan tugasnya sebagai penahan selera makan – Tidak cepat lapar.
 - Mengurangkan penyerapan karbohidrat, protein dan lemak; menghalangpenyimpanan lemak - untuk mengekalkan lengkung badan.

Untuk kedua-dua produk ini, Lynnity telah memberi peringatan bahawa wanita mengandung dan pesakit dengan penyakit dan ubat yang serius perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil produk ini.

Wah, banyak manfaat yang kita akan dapat dengan pengambilan Botanic Superfood dan Lynnity Phyto Tropical ini. Apa lagi, jomlah kita sihat bersama-sama dengan produk Lynnity yang berasaskan botani. Semoga kita sentiasa menikmati hidup bahagia dengan tahap kesihatan yang baik di samping yang tersayang.

Untuk pelbagai maklumat lanjut tentang Botanic Superfood, Lynnity Phyto Tropical Botanic Juice dan produk Lynnity yang lain, lawati laman web Lynnity dan akaun Facebook mereka di:

Laman web Lynnity: www.lynnity.com


Hidup Lebih Bahagia dengan Botanic Superfood dan Lynnity Phyto Tropical Hidup Lebih Bahagia dengan Botanic Superfood dan Lynnity Phyto Tropical Reviewed by Maisarah Humaira on November 24, 2017 Rating: 5

3 ulasan:

  1. hi jemput join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. Banyaknya kebaikan teekandungdalam ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.