06 November 2017

Sedapnya Makan Kuah Durian Cicah Roti

Kuah Durian Cicah Roti

Anda peminat buah durian? Mai memang penggemar buah durian. Peminat buah durian ini, kadang-kadang harga mahal pun tolak tepi. Janji dapat makan kan?

Sekarang ini pokok durian sebelah rumah dah berbuah dan dah banyak merasa buahnya. Cuma durian di dusun besar baru berputik. Alhamdulillah rezeki. Dapat juga rasa buah durian hasil tanaman sendiri. Macam-macam yang boleh dibuat dengan durian ini.  Buat makan sudah semestinya hehe. Kalau buah durian gugur banyak dalam sehari, dijual pun ada. Durian ni kalau makan dengan nasi pun sedap, sekali dengan ikan goreng dan kicap. Bertambah-tambah seleranya.

Rugi kalau tak suka durian hehe. Tapi kalau tekak tak boleh terima durian juga, takkan nak paksa juga kan 😊 Ada orang dia tak suka buah durian dimakan mentah begitu saja, kena transform jadi makanan lain baru dia boleh makan. Sebenarnya banyak resepi berasaskan buah durian yang boleh kita buat. Antara yang Mai selalu buat ialah kuah durian dan cucur durian.

resepi kuah durian

Sebut tentang kuah durian.. fuhhh sedapnya! Cicah pula dengan roti kosong, memang sedap.  Ada yang suka makan dengan roti jala. Makan pula ketika kuah durian masih panas. Sedap sangat. Mudah saja cara nak buat kuah durian ini. Kalau Mai buat kuah durian, ikut suka je sukatannya asalkan seimbang rasanya dan hasilnya nanti sedap. Jadi Mai kongsikan resepi kuah durian yang mudah ini dengan anda, tapi resepi ini daripada vitamin2u.net sebab disertakan sekali sukatan bahan-bahannya untuk memudahkan anda. Jom cuba resepi kuah durian ni. 

Resepi kuah durian


Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji durian saiz sederhana
1 cawan santan
2 cawan air
Gula secukup rasa
Secubit garam
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul) nak bagi wangi.

Cara buat kuah durian:

1) Masukkan isi durian dari beserta bijinya. (Tak perlu asing isi dengan biji, kalau nak terpulang pada anda)
2) Masukkan santan, air dan daun pandan.
3) Tambahkan gula secukup rasa dan secubit garam.
4) Masak campuran ini dengan api perlahan. Perlu sentiasa dikacau.
5) Masakkan sehingga pekat. Kepekatan tu ikut selera masing-masing. Kalau nak pekat, masak lama sikit.

Dah siap, bolehlah dimakan dengan roti kosong atau roti jala.

*Kalau tak nak letak santan pun boleh, Mai guna tepung gandum. 


Dapat makan kuah durian musim hujan ni, berganda-ganda sedapnya hehe. Kalau durian banyak sangat dirumah, ini adalah salah satu resepi yang boleh anda buat untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Mudah, cepat dan sedap lagi tu. Selamat mencuba resepi kuah durian ini 😉


Previous Post
Next Post

About Author

15 ulasan:

  1. Sedapnya.. Harap-harap adalah orang jual durian secara longgok.. Kalau tak memang tak merasalah..

    BalasPadam
  2. Hmm saya pun dah tengok durian dah mula mudah didapati .. tak tahu durian mana, nanti kalau kesempatan rezeki dapat beli, nak minta wife buatkan jugalah kuah durian

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat jangan tak buat hehe. mudah dan sedap kuah durian ni

      Padam
  3. terliur terus tengok kuah durian ni. Dari semalam dok bau ja durian ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..nanti bolehlah buat kuah durian ni

      Padam
  4. suka juga roti cicah kuah durian

    BalasPadam
  5. Fulamak.. lazatnye.. kalau dh durian Tu mmg sedap laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..memang sedap. kalau dah peminat durian, mesti suka

      Padam
  6. Sedapnya! Dah lama tak makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedappp.. nanti boleh cuba resepi ni ;)

      Padam
  7. Fulamak .sefap la ..dah lama CCL tak makan . Last makan lempeng kuah durian .itu pun tahun lepas . Sedap jugak kalau cicah dengan roti putih ni

    BalasPadam
  8. Sedapnyaaaa
    Alahaiiii
    Jap malam nnti amni buat hehehe
    Mai la komen blog amni pulak

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)