Tarikh Mula Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018

Tarikh Permohonan dan Pengemaskinian BR1M 2018


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengumumkan tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018. Satu tarikh yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu supaya penerima yang layak menerima BR1M tidak terlepas pandang oleh pihak LHDNM.

tarikh mohon dan kemaskini BR1M 2018


Tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula pada tarikh 27 NOVEMBER hingga 31 DISEMBER 2017

Permohonan dan kemaskini boleh dilakukan di pejabat cawangan LHDNM, pusat khidmat hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Permohonan juga boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M (https://ebr1m.hasil.gov.my).

Siapa yang layak membuat permohonan baru BR1M?
  • Mereka yang belum pernah memohon
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia atau bercerai
  • Pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini

Pengemaskinian BR1M
  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 (tiga) tahun permohonan.
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan atau tanggungan. Perubahan status perkahwinan, perubahan alamat atau nombor telefon dan perubahan waris.

PENTING untuk kemas kini maklumat permohonan secara Borang Manual (boleh didapati secara percuma di LHDNM) atau Dalam Talian bagi memastikan penerima berada dalam kategori yang BETUL dan juga bagi mengelakkan permohonan ditolak. 


Pemakluman Keputusan Permohonan BR1M


  • Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M
  • Semakan secara online: https://ebr1m.hasil.gov.my
  • e-mel yang didaftarkan di dalam borang Borang Permohonan BR1M
  • Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M:  Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
apps semakan BR1M


Antara maklumat penting yang perlu dikemaskini seperti:

1. Status perkahwinan
     - kahwin, cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian / kematian pasangan)
2.  Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
3.  Nombor telefon bimbit dan rumah
4.  Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
5.  Maklumat pasangan dan tanggungan
    - Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Pasport dan              Visa serta Sijil Lahir diisi dengan TEPAT dan JELAS.
6. Maklumat waris
    - Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia
    - Bagi membolehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M 


Dokumen Sokongan Penting yang diperlukan:

SSM
Bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda perlu kemukan salinan: 

i.     Penyata pendapatan perniagaan tahunan 2017; atau
ii.    Penyata akaun bank perniagaan / persendirian (Akaun semasa / simpanan) bagi 3 bulan terkini tahun 2017; atau
iii.  Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017

KEWARGANEGARAAN
MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau dokumen perjalanan seperti pasport dan visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara Malaysia

KEMATIAN / PENCERAIAN
Salinan sijil perceraian / kemtian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah jadual pembayaran mengikut kategori:

Kategori 1 (Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah) : RM450
FEBRUARI - RM450

Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 - RM4000) : RM900
FEBRUARI - RM300
JUN  - RM300
OGOS  - RM300

Kategori 3 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah) : RM1200
FEBRUARI - RM400
JUN  - RM400
OGOS  - RM400


Ok lah. Jangan lupa catat tarikh penting tersebut ya. Takut terlepas pula tarikhnya.

Sumber: Pamphlet BR1M 2018


Tarikh Mula Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 Tarikh Mula Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 Reviewed by Maisarah Humaira on November 17, 2017 Rating: 5

21 ulasan:

  1. Terima kasih perkongsian ya...

    BalasPadam
  2. Wahhh dah boleh update ni.. Mintak2 auni pun boleh dapat sebab selama ni husband je dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye boleh update dah. kalau pasangan berkahwin, rasanya salah seorang je yang akan dapat

      Padam
  3. oh !! dah boleh buat permohonan ya.. bagus2.. nanti boleh cuba mohon..

    BalasPadam
  4. Ohh dah boleh ehh update.. okok..

    BalasPadam
  5. Yang lepas dapat jgk BR1M, kalini taktaulaa dapat ke tak sebab dah sambung belajar. Harap dapatlaa jgk. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau student mungkin tak dapat rasanya sebab diorang boleh detect kita ;)

      Padam
  6. Xpenah dapat brim..buat rayuan pon xkan dapat..huhu.. redha jela..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa yeke..takpe try je mohon lagi, mana tau dapat kan ;)

      Padam
  7. tak pernah layak untuk miskin bandar mcam kami.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak try je memohon, mana tau kali ni dapat ke ;)

      Padam
  8. assalamualaikum mai...bagus info ini...nanti boleh kemaskinikan...

    BalasPadam
  9. waalaikumussalam.. iye, bolehlah catat tarikh ni kat kalendar ;)

    BalasPadam
  10. kalau last year dah mintak dan dapat, tahun ni kena kemaskini tak?

    ppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    BalasPadam
  11. Wah blogger asal malaysia nih. salam kenal dari aku yah di indonesia

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.