Pemergianmu Rasulullah Dirindu Selalu

Maulidur Rasul 1439H

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara milik-Nya. Hari ini, hari Jumaat yang penuh keistimewaannya bersamaa 12 Rabiulawal 1439H, kita masih lagi diberi peluang untuk mengimbau sejarah Kekasih Allah, Nabi Muhammad ﷺ. 

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1439H/2017M ini bertemakan 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'. Sememangnya Rasulullah ﷺ sangat menganjurkan umatnya bersatu dalam mencapai sesuatu kata, lebih-lebih lagi berkenaan hal negara.

maulidur rasul

Pemergianmu Rasulullah dirindui selalu... Walaupun tidak pernah bertentang mata dengan Rasulullah ﷺ, dengan menghayati keperibadian dan kronologi ringkas hidup Rasulullah membuatkan kita merinduinya. Nabi Muhammad adalah pemberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Amat rugi jika kita mengabaikan atau menolak apa sahaja yang berkaitan dengan baginda Rasulullah ﷺ.

Rasulullah telah pergi menghadap Ilahi dengan meninggalkan sesuatu yang sangat berharga kepada umatnya iaitu Al-Quran dan hadis, untuk dijadikan panduan hidup. Kalau nak kehidupan kita 'bercahaya', suluh ia dengan Al-Quran dan hadis. InsyaAllah kita juga yang akan dapat manfaat daripadanya.



Rasulullah...
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah 

Rasulullah...
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat 

Rasulullah...
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu 

Rasulullah...
Dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa 

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah 

Ya Rasulullah... Ya HabibAllah...
Pabila terkenangmu
Mengalir air mataku


Akhir kata, selamat menyambut Maulidur Rasul daripada MaisarahSidi.com.
Jom hayati sirah Nabi Muhammad ﷺ dan keperibadiannya serta mengamalkannya, bukan pada hari sambutan ini sahaja tapi pada sepanjang kehidupan kita. InsyaAllah.


Pemergianmu Rasulullah Dirindu Selalu Pemergianmu Rasulullah Dirindu Selalu Reviewed by Maisarah Humaira on Disember 01, 2017 Rating: 5

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.