Sebab Produk WD-40® Dipercayai Ramai dan Mesra Alam Sekitar

Produk WD-40® Mesra Alam


Anda tahu tentang produk WD-40® ? Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya.

Produk Serbaguna WD-40®

Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai.

Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.

Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.

Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.

Produk WD-40® selamat

Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.

Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan.

Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.

Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.

Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.

Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.

Produk WD-40® dipercayai

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40® atau data teknikal tentangnya, anda bolehlah rujuk http://wd40.asia.

Tentang syarikat WD-40®

Syarikat WD-40® adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia.


{ 22 comments.. read them below or add one }

Fadzi Razak Fadzi Razak Disember 25, 2017
Bagus juga bila ada produk yang tak ada bahan kimia yang berbahaya. Ye la kan, benda-benda macam ni biasanya kita letak dekat bahagian dapur lah, dekat stor la. Takut kalau mudah meletup ke ada ancaman kimia merbahaya ke, rasa tak selamat untuk keluarga
Lia Hasty Lia Hasty Disember 25, 2017
Dulu lia xtau sangat penggunaan WD40 ni hanya dengar nama jer. Lepas explore rupanya banyak betul penggunaan produk ni. Memang bagus. Setiap rumah memang kena ada 1 WD40. Pelengkap!
Ezna Ahmad Khalili Ezna Ahmad Khalili Disember 25, 2017
Patut ada kat rumah ni dan kena patuhi juga cara penggunaan supaya kecelakaan boleh dielakkan.
Nhazla mohamed fikri Nhazla mohamed fikri Disember 25, 2017
huhu... banyak beli barang / perabot aluminium yang mudah berkarat. boleh guna tak kalau bahan aluminium? contoh macam perabot ikea. cepat betul berkarat. beli boleh tahan juga mahal. tapi tak serik. pergi jugak beli sebab cantik. kalau boleh tahan karat untuk perabot tu, saya nak beli
Ying 頑壞 Ying 頑壞 Disember 25, 2017
Good piece of info here. Will let my hubby know about it, will be a great tool for his collection. 😂
Angel Ho Angel Ho Disember 25, 2017
Tak pernah guna WD40 lagi. Tapi best jugak sebab mesra alam
Anum Abdullah Anum Abdullah Disember 25, 2017
mesti salah satu dari produk2 kat atas nih mesti ada kat rumah..
Sis Intan Sis Intan Disember 25, 2017
1st time dengar produk ni. Kalau bgtau husband ni mesti dia suka ni.

sisintan.blogspot.my
Cik Ash Cik Ash Disember 25, 2017
pertama kali taw taw pasal produk wd 40 ni.. bila baca psal penerangan produk ini terfikir-fikir seharusnya dekat rumah perlu ada produk ni.. nanti kena cari gak produk ini..
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari Disember 25, 2017
Bagusnya produk dengan bahan bio macam ni. Lebih mesra alam. Apa yang lagi best, soal kualiti pun tak berkompromi!
AyuArjuna BiGoshh AyuArjuna BiGoshh Disember 25, 2017
Produk wd 40 ni mmg sentiasa ada kat rumah. My lakila katanya ada mcm kegunaaan sgt membantu dgn wd 40. Esp klu nak hilangkan karat dan gris
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ Disember 25, 2017
Bagus juga produk barangan WD40 ni .
Bella Jamal Bella Jamal Disember 25, 2017
Tak pernah dengar tentang produk WD40. Bagus produk ni sebab tak guna bahan merbahaya dan terlarang dan bio-urai.Nak cuba lah WD40 ni nanti untuk kegunaan rumah.
Comel Azhar Comel Azhar Disember 25, 2017
suka guna WD40 bila nak baiki engsel pintu yg bunyik bising hihi
fleurmj fleurmj Disember 25, 2017
Saya kalau produk yang pentingkn alam ni memang saya suka. Bumi kita kena jaga. Dah bnyk sangat kerosakan
Jana Hazana Jana Hazana Disember 25, 2017
Produk antikarat rupanya. Bagus kalu ada 1 kat rumah.
iffah hussin iffah hussin Disember 26, 2017
W40 memang sentiasa ada dekat rumah ni, maklumlah suami suka pomen macam motor dan kereta sendiri... dengan adanya W40 sangat membantu tugas-tugas nak repair senang melonggarkan skru yg ketat dan berkarat
Azlinda Azman Azlinda Azman Disember 26, 2017
PRODUK NI MEMANG BAGUS. MEMANG DARI DULU JKAMI GUNAKANNYA
tenku butang tenku butang Disember 26, 2017
WD-40 ni banyak kegunaannya.. TB ada buat satu entri kegunaan WD-40 ni.. TB pun ada satu kat rumah sebab guna untuk spray engsel pintu yang berkarat
azrinros azrinros Disember 26, 2017
WD40 wajib ada dahulu tetapi syarikat saya haramkan pengunaannya. Ia sesuatu yang baik setelah baca kandungan WD40 mesra alam.
Syafiera Yamin Syafiera Yamin Disember 27, 2017
tak silap husband I ada beli benda ni, sebab haritu pagar berkarat, lepas dah sembur memang senang nak buka pagar hehe
Maisarah Humaira' Maisarah Humaira' Disember 27, 2017
iya.. bolehlah simpan 1 di rumah kan :)

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)