Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selamatkah Membeli Laptop Secara Online?

Beli laptop secara online


Banyak juga laptop yang disediakan di laman web Lazada dengan harga yang sangat berpatutan. Teringin juga nak beli laptop secara online je sebab harga di Lazada lebih murah berbeza dengan harga di kedai komputer. Lagipun laptop yang sedang Mai gunakan ini sudah agak lama digunakan.

beli laptop online

Baru-baru ini pula, selalu terjadi masalah blue screen pada laptopKalau kena ketika sedang siapkan design, memang rasa nak mengamuk sebab terpadam mengejut. Itu yang rasa nak beli laptop baru.  Dah jumpa pun laptop yang berkenan di hati di laman web Lazada. Mai teringin sangat nak beli laptop secara online tapi takut. Takut laptop tak sampai ke rumah setelah bayaran dibuat heeee... Takut juga kalau tak dapat seperti yang dipesan. Selamat ke tidak beli laptop cara ni.. macam-macam Mai fikir hehe. Review daripada pembeli Mai ada baca juga cuma yakin tu belum ada lagi untuk membeli secara online.

Pejam celik, pejam celik.. rupa-rupanya dah hampir 9 tahun Mai gunakan laptop yang ada ni sejak dari zaman belajar dulu. Harga masa beli RM1699. Mahal juga waktu tu dengan spec yang agak kurang. Dengan laptop inilah Mai buat tugasan di universiti, tesis, design guna software SolidWork, Photoshop dan Illustrator, menulis blog dan lain-lain lagi. Memang banyak berjasa laptop Acer ni. Alhamdulillah.

laptop acer
Tengok keyboard nya pun dah tahu lama kan. hehe

Sepanjang 9 tahun, laptop yang Mai sedang gunakan ini pernah diserang virus dua kali dan mengalami kerosakan hard disk sekali. Hard disk rosak berpunca dari diri sendiri juga sebab kerap biarkan laptop dalam mod 'Sleep' dalam tempoh yang lama. Satu hari tu, Mai perasan Disk D laptop tak muncul. Mula-mula cool je, siap google cara kembalikan semula Disk D pada laptop. Dah ikut tutorial tu tapi tetap tak muncul. Dugaan betul. Banyak dokumen dan fail penting termasuk kerja-kerja design ada dalam Disk D. Nak tak nak, terpaksa dibawa ke kedai komputer untuk dibaiki. Hasilnya, hard disk kena tukar baru, RM200 lebih melayang...

Laptop ni sensitif juga. Kita kena juga elok-elok. Baru boleh bertahan lama. 

Emm.. Anda pernah membeli laptop secara online tak? Kalau ada, bolehlah sama-sama kongsikan pengalaman anda. Kalau banyak yang positif, nak juga membeli laptop online 😁


21 ulasan for "Selamatkah Membeli Laptop Secara Online?"

  1. Husband saya pernah beli laptop secara online. Kalau saya, agak takut jugak lah kalau nak beli barang-barang gajet mahal-mahal melalui online ni. Takut ada yang tak jujur.

    BalasPadam
  2. Laptop ni saya prefer beli kat kedai. Puas hati leh pilih warna dan leh tengok live. Boleh terus suruh dia install windows dan lain2 aplikasi.

    BalasPadam
  3. Akak pon sama jugak ada terpikir nakbeli laptop baru sebab yang sedia ada ni pun dah hmapir 5 tahun guna , itu pun beli yang seken hend aja tapi beli di kedai walk in. Ada terpikir nak beli yang baru online jugak tpai tulah, soalaln yang smaam bermain di pikirn nii haah. Kalau Mai dah beli nanti roger kat akak, nak dengar feedback.
    Jom tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini

    BalasPadam
  4. ermmm.. tak pernah sebab memang tak berani.. Nurul lebih prefer beli walk in sebab lebih puas hati untuk pilih :D

    BalasPadam
  5. Bagi saya benda ni ikut kepercayaan orang tu. Ada membe beli camera online sampai je, tapi takut la kalau pos hilangkan atau barang pecah ke kan.

    BalasPadam
  6. Akaktak pernah beli laptop secara online..dan memang elakkan beli gadjet online..risau kena tipu..dh byr tp barang x sampai..pernah terjadi pada kawan opis

    BalasPadam
  7. belum ada pengalaman beli laptop on9. lagi puas hati pergi beli kat kedai boleh belek-belek

    BalasPadam
  8. Kak ana secara peribadi prefer beli secara fizikal. Boleh tengok dan belek depan2. Lagipun mahal kan harga dia. Kena lah puas hati masa nak beli tu.

    BalasPadam
  9. I bought my recent laptop online, everything is ok and its cheaper. I got no problem with that.

    BalasPadam
  10. Oh.. Saya tak pernah beli laptop online. Yang sekarang ni pun masih menggunakan laptop zaman universiti. Hihi. Sangat tinggi nilai sentimentalnya. 😂

    BalasPadam
  11. Hemm.. kalau Laptop TB sarankan beli dikedai saja .. sebab kalau beli online selamat sebab beli dekat trusted seller pun kena fikir jugak pengendalian pihak kurier.. kadang diornag main angkat kasar2 tau2 daha retak.. scarcth atau pun pecah.. oh tidakk.. sebab dah pernah tengok pengalaman ank sedara hubby beli screen desktop.. pecah sebelah.. adoii.

    BalasPadam
  12. Tak pernah beli laptop secara online. Survey dulu secara online tapi beli di kedai. Lebih selamat. Kita pun tengok sendiri laptop depan mata. Dapat banyak freegift. Boleh suruh download software yang kita nak. Kalau rosak dah tau ada warranty dan center dia.

    BalasPadam
  13. Kalau E, E tak prefer beli laptop online. Bimbang jugak. Kalaupun jumpa peniaga yang jujur, bimbang jadi apa2 kerosakan masa penghantaran. Laptop sekarang tak sama macam laptop dulu. Laptop sekarang lebih fragile. Pendapat E la 😊

    BalasPadam
  14. I dare not buy laptop online. Takut rosak, susah nak pulangkan.

    BalasPadam
  15. tak berani nak beli laptop secara online..

    BalasPadam
  16. Wahhh.. 9 tahun dah. Lama laptop tu berkhidmat. Tak pernah lagi beli laptop secara online.

    BalasPadam
  17. Kawan rumah pernah beli. Tapi beli dari seller ori seperti HP. Tak pernah beli dari seller lain. Memang takut jika peniaga tak jujur. Mahal tu! Bagi Bella, lebih puas hati beli sendiri. Tak payah pening2 kepala pikir kan.

    BalasPadam
  18. saya pernah beberapa kali membeli laptop online, biasanya saya pakai asuransi

    BalasPadam
  19. Kalau kena blue skrin tu, next time kalau mai pandai bukak belakang bahagian RAM. Gosok dgn pemadam byk kali. Then try pasang balik.. akn ok.. klu hantar kedai rugi kena cas mahal..hehe..
    Laptop better beli kt real kedai sbb senang owner direct repair.. spare parts die ada.. kita pon xmudah tertipu.

    BalasPadam
  20. Onie tak pernah beli laptop online. Macam takut jugak. Tapi kenapa tak try beli walk in? Boleh tanya lebih kat org yg jual tu. Tgk secara dekat. Tapi onie pernah beli kamera digital secara dalam talian. Alhamdulillah elok. Beli di lazada.. heee... 3 tahun dah pakai.

    BalasPadam