30 Januari 2017

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

Wah.. ada hadiah Argan Oil Sephia by Janna Nick lah. Mesti best kan kalau dapat guna minyak argan ni. Kalau nak cuba dapatkan minyak Argan Oil Sephia by Janna Nick ni, jom sertai Giveaway Sephia by Nik Ainaa. Saya pun join giveaway ni juga.

Nak senang, klik je banner di bawah untuk sertai giveaway ini . . .

giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa
KLIK BANNER
Giveaway ini tamat pada 19 FEBRUARI 2017
Jom meriahkan lagi giveaway ini. Klik cepat-cepat banner di atas ini.

Semoga berjaya!

29 Januari 2017

Seronoknya Dapat Ang Pow!

Dapat Ang Pow Sempena Tahun Baru Cina

Seronoknya dapat Ang Pow! Kalau dapat Ang Pow, mesti akan teka berapa jumlah duit yang ada dalamnya. Tapi tak kisah pun dapat berapa, sikit pun rezeki juga :)

ang pow, angpau, ang pao
FOTO KAODIM.COM

Alhamdulillah, kali ini saya dapat Ang Pow dari Nile.com.my. Seronok sangat! Ang Pow ini saya menang di Chinese New Year Megasales Giveaway RM1,000 Di Nile.Com.My yang dianjurkan oleh Lyssa Faizureen. Syukur sangat sebab tak sangka nama saya terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk menerima Ang Pow daripada Nile.com.my. Tahniah diucapkan kepada beberapa orang pemenang yang lain juga.

giveaway nile.com.my

Dah dapat duit Ang Pow ni boleh la membeli-belah di Nile.com.my kan :) Pelbagai barangan yang menjadi idaman banyak disediakan di laman web beli-belah Nile.com.my. Memang rambang mata dibuatnya.

Apa pun, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Nile.com.my atas Ang Pow ini. Rezeki yang tidak disangka-sangka masuk sempena Tahun Baru Cina ni. Alhamdulillah.


26 Januari 2017

Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai keunikan dan tarikan tersendiri. Salah satunya adalah laksa. Laksa Kuala Kangsar sering menjadi perhatian pengunjung. Memang terdapat banyak kedai yang menjual laksa kalau anda singgah di Kuala Kangsar.

laksa kuala kangsar

Sedapnya laksa! Makan pula dengan cendol atau ais batu campur... perghhh memang layan. Dapat pula yang pekat kuahnya penuh dengan isi ikan. Sedapnya....

Kali ini saya kongsikan beberapa buah kedai laksa yang popular di daerah Kuala Kangsar. Kalau datang ke Kuala Kangsar jangan lupa ke kedai laksa ini ya :)

Tempat makan laksa sedap di Kuala Kangsar


1. Laksa Zaitun - Kampung Padang Asam, Padang Rengas
Laksa Zaitun ni saya sendiri dah pernah rasa. Memang sedap! Kuah likat. Kedai laksa ni selalu dipenuhi pelanggan. Terdapat pelbagai menu lain lagi selain daripada laksa. Ais batu campur (ABC) pun ada.

2. Laksa Pak Ngah - Belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Talang
Kedai laksa Pak Ngah memang terkenal di Kuala Kangsar. Ia adalah warisan turun temurun dan dah lama bertapak di situ. Kedai pun cantik.

3. Laksa Idris - Kota Lama Kanan

4. Laksa Lubuk - Kampung Paya, Lubuk Merbau
Kedai Laksa Lubuk ni terletak di kampung yang saya tinggal sekarang ni. Pelanggan memang selalu ramai je. Kuah laksa dan tepung laksa dimasak secara tradisional.

5. Laksa telur goreng Lempor - Kampung Lempor Tengah, Manong

6. Laksa Pokok Limau - Kampung Bendang Susur
Laksa Pokok Limau terkenal dengan telur bersarangnya. 

7. Laksa Hentian Kekabu - Kampung Kledang

8. Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar - Lembah Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak
Terdapat banyak gerai dalam medan laksa dan cendol ni. Pelbagai menu seperti nasi ayam, rojak pasembor, mi goreng mamak, ABC dan lain-lain lagi disediakan selain laksa dan cendol. 

Jom layan video daripada The Vocket


Macam mana? Terliur tak? Jom ke Kuala Kangsar cuti-cuti ni sambil lawat pelbagai TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR. Orang Kuala Kangsar baik-baik, kacak, cantik dan comel semuanya. Rugi kalau tak datang sini hehehe ;)


24 Januari 2017

Cabai Burung Pun Kau Curi!

Saya selalu juga tidur lewat. Bila tidur lewat tu, macam-macam perkara boleh lihat, waktu inilah bunyi-bunyi pelik akan keluar. Kalau bunyi pelik keluar, saya masuk tidur terus. Takut dalam berani 😄

Semalam tidur agak lewat sebab nak siapkan kerja design. Dalam jam 1:20 pagi, sebuah motorsikal lalu depan rumah. Tiba-tiba berhenti tak jauh dari rumah. Waktu tu lampu di ruang tamu belum ditutup. Bila motorsikal tu berhenti, cepat-cepat saya padamkan lampu nak tengok orang tu.

Mereka berdua. Salah seorang daripadanya menyuluh sekeliling guna torchlight. Makin debar pulak hati ni sebab takut tapi saya tetap teruskan perhati mereka. Kawan dia pun jalan sampai ke pokok cabai burung. Ingatkan dia nak teruskan jalan sampai ke rumah saya, rupanya situ je.

Siap pandang kiri, pandang kanan. Line clear terus dicabutnya cabai daripada pokok tu. Makin lama makin banyak pulak dicabutnya. Lampu neon ada kat depan pun mereka tak takut. Cepat-cepat saya on lampu garaj kereta dan mereka terus lari.

Alahai... cabai burung pun nak curi ke. Rasa nak gelak pun ada. Takpe la husnu dzon. Mungkin mereka nak masak megi letak cabai burung banyak-banyak kot. Kalau nak buat jual, jawab saja dengan Allah nanti.

cabai burung
FOTO CHILEPLANET.EU

Kalau ye pun nak buat makan, apa salahnya beritahu sebelum ambil. Mungkin lagi banyak yang akan diberi. Orang sekarang ni tak kira dah. Apa saja yang dianggap boleh buat duit, cepat saja dicurinya. Macam ni lah kat kampung. Pantang nampak benda berharga, terus saja dirembatnya.

Lebih baik meminta daripada curi. Apa pun, biarlah orang-orang tu sedar dengan apa yang telah dilakukan. Masih banyak lagi pekerjaan yang halal boleh dilakukan selain mencuri. Tak salah kalau bercucuk tanam sendiri dan hasil daripada tu dijual.

Macam-macam fi'il orang zaman sekarang ni kan ;)

Minta-minta banyak la burung buang 'baja' cili depan rumah mereka tu dan tumbuh la pokok banyak-banyak.. heeee


21 Januari 2017

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Lama juga tak beli tudung bawal ni. Asyik guna shawl je kan sekarang ni. hehe. Hari ni join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Azlinda Alin, yang mana hadiahnya adalah tudung bawal. Mana tau ada rezeki untuk diri sendiri kan? Dapat la juga merasa pakai tudung bawal cantik ni :) Jom ramai-ramai join Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. 

Klik cepat banner di bawah ini untuk join...

tudung bawal cantik
KLIK BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI


Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.

3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube

4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add blogger Azlinda Alin dalam bloglist. Senang nak tahu info bila update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin.

tudung bawal

Ini contoh tudung bawal warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga.

tudung bawal

Semoga berjaya!


20 Januari 2017

Biar Nadiku Terhenti Demi Ke Syurga

Video Muzik Lagu Sejati Nyanyian Faizal Tahir

Biar miskin harta tapi jangan miskin jiwa. Biar buta mata, hanya kegelapan yang dirasai tapi jangan buta hati sehingga gelap tak nampak jalan menuju tuhan. Yang tersirat daripada video muzik Lagu Sejati yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir.

Lirik lagu Sejati Faizal Tahir

Pertama kali tonton video muzik Sejati nyanyian Faizal Tahir, macam-macam perasaan muncul. Sampai menitis air mata. Video yang sarat dengan pengajaran serta isi tersirat di sebalik cerita pendek ini memang menyentap perasaan. 



Lirk lagu Sejati - Faizal Tahir

Kau selalu ada
Ku tenggelam dengan dunia
Kau tetap sempurna
Ku tak sedar waktu beredar

Andai dipisah Engkau dari aku
Gelap gelita musnah semua.... musnah semua

Biar matiku mencuba
Demi bahagia
Biar sakit dilukai
Dapatku rasa
Biar nadiku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati... sejati

Kau selalu ada
Kau tak pernah hilang percaya
Kau tetap sahaja
Kau cahaya dalam gelita

Andai dipisah Engkau dari aku
Gelap gelita musnah semua

Biar matiku mencuba
Demi bahagia
Biar sakit dilukai
Dapatku rasa
Biar nadiku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati... sejati

Sedar
Sedar aku Kau yang satu
Tunjuk
Tunjukkanku jalan kepada-Mu
Diri-Mu yang satu

Biar matiku mencuba
Demi bahagia
Biar sakit dilukai
Dapatku rasa
Biar nadiku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati
Sejati
Sejati

Hanya Kau satu cinta sejati
Kau selalu ada

*       *       *       *        *       *       *       *       *       *       *       *       *       *       *       *

Cerita pendek yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang miskin tetapi berusaha untuk memperbaiki hidupnya. Hidup dengan menjual tin aluminium kosong demi sesuap nasi. Masih mampu untuk bersedekah dan jujur dalam keadaannya.

Walaupun hidupnya serba kekurangan dan kais pagi makan pagi, namun dia tetap bersyukur kepada Allah dan tidak sedikit pun dia menyalahkan Allah atas takdirnya. Malah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya.

Seringkali menjadi bahan cemuhan masyarakat yang memandangnya sebelah mata. Hanya yang buruk saja menjadi perhatian. Yang kaya memandang hina kepada si miskin itu. Tetapi siapa sangka si miskin itulah yang menjadi penyelamat hidupnya. Mungkin juga si miskin itu juga akan merubah kehidupan si kaya tersebut menjadi lebih dekat dengan Allah.

Allah.. kita yang hidup dalam keadaan senang, makan minum dan tempat tinggal terurus kadang-kadang 'melencong' atau 'tersasar' juga dari landasan yang benar. Malunya kalau jadikan Allah yang kedua :(

Seringkali kita melihat dan menghakimi seseorang hanya dari luarannya sahaja. Mudah sangat kita bersangka buruk tentang seseorang. Kaya harta belum tentu kaya jiwa. Miskin harta belum tentu miskin jiwa. Dalamannya pasti hanya Allah sahaja yang tahu.

Pangkat dan harta yang besar tidak menjamin kita ke syurga. Di sisi Allah kita tak tahu siapa lagi mulia. Jangan pandang orang-orang yang susah itu semua hina dan miskin harta. Jangan pandang yang kaya itu memiliki segala-galanya.

Kesimpulannya, bersyukurlah kepada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya dalam apa jua keadaan kita sekalipun. Nak jadi kaya pun, jadilah. Tiada siapa yang menghalang. Tapi biarlah niat hanya kerana-Nya.

Semoga menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan anda juga.

19 Januari 2017

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya join giveaway anjuran blogger Diana Rashid iaitu "GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017".

Klik banner di bawah ni kalau nak join juga giveaway ni . . .

giveaway slimmtreats
KLIK BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI

Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.


chia seeds



Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..

sekian..


Hati Jadi Lebih Bahagia dengan Memberi

Sedekah dan derma untuk bahagia

Setuju tak, hati akan jadi lebih bahagia dengan memberi? Betul kan? 
Betapa berkuasanya sedekah. Sedekah boleh menjadikan seseorang mendapat bahagia dan mendapat ketenangan daripada Allah.

sedekah
Foto: www.khalifah.id

Yang membuatkan kita menjadi bahagia apabila memberi ialah gembira melihat seseorang yang menerima pertolongan kita. Sekaligus dapat mengurangkan bebanan yang ditanggungnya. Tenang hati kita lihat dia dapat merasai kegembiraan.

Kadang-kadang kita rasa masih ada kekurangan walaupun kita sudah memiliki segala-galanya. Ada satu bahagian kecil dalam diri kita terasa kosong. Mungkin kita terlupa kepada yang memerlukan bantuan kita.

Selalu juga kita berasa rezeki susah masuk. Kerap mengalami sakit. Kadang-kadang, jiwa jadi tak tenang. Rasa masalah menimbun dalam kepala. Bisnes tak maju. Apabila dapat gaji pula, cepat saja habisnya tak tahan sampai sebulan pun dan lain-lain lagi masalah yang dihadapi.

Rupa-rupanya Allah dah beritahu kita bahawa dengan bersedekah kita boleh jadi kaya. Sedekah membuka pintu rezeki.

Firman Allah SWT:
 “Apapun harta yang kamu infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki“.
Surah Saba ayat 39

Kaya jiwa pun dapat, yang akan buat hati jadi gembira dan lapang. Bila gembira, nak buat apa pun senang kan. Bukan dengan wang je kita boleh bersedekah. Senyum, bantu buang halangan di jalan, mengajar, beri nafkah keluarga juga adalah sedekah.

Tak rugi pun bila bersedekah ni. Sedekah itulah yang bakal menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Sedekah juga penghapus dosa.

Jom bantu orang-orang yang memerlukan di sekeliling kita. Jangan dilupa juga kepada saudara Islam kita di yang dilanda peperangan. Haiwan terbiar seperti kucing tanpa tuannya juga jangan diabaikan. Berikan bantuan sedekah seikhlas hati kita.

Jangan tunggu waktu kaya baru nak bersedekah. Semoga setiap sedekah kita menjadi tiket untuk kita ke syurga. InsyaAllah.


13 Januari 2017

Tutorial Tudung dari Al-Quran

Tutorial Tudung Mudah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :) Semoga kita semua sentiasa berada di bawah keredhaan Allah. InsyaAllah. Pada masa kini, pelbagai jenis tudung yang ada di pasaran. Bagus, berniaga tudung dalam masa yang sama mengajak orang lain untuk menutup aurat.

tutorial tudung mudah
FOTO VECTEEZY (HIJAB FREE VECTOR ART)

Namun, adakah tudung atau selendang yang dipakai mematuhi syariat Allah? Nah.. tutorial tudung dari Al-Quran:

Allah swt berfirman:"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada mereka."

Surah An Nur: 31

Mudahkan tutorial dari Al-Quran ini? Asalkan pakai tudung sehingga menutupi dada, itu sudah memadai. Pakailah tudung dengan cara apa sekalipun, nak belit-belit ke, tetapi ingat kepada suruhan Allah. Perkara yang lain kita nak sangat patuh syariah. Tapi kalau bab menutup aurat? .... haaa, jom tepuk dada kita, tanya sama iman.

Kalau bab aurat pula, jangan kata 'belum sampai seru' untuk berpakaian sempurna sebab Allah 'seru' nama kita untuk pulang semula ke pangkuan-Nya tak memilih dan menunggu waktu yang sesuai. Bila-bila saja kita akan dipanggil oleh-Nya.

Ada juga segelintir yang jenis kadang-kadang kenakan pakaian yang menutup aurat, kadang-kadang terbuka sana sini. Biarlah jadi hipokrit. Lama-lama akan terbiasa untuk menutup aurat dengan sempurna kan? Kerana hidayah milik Allah.

Jangan pula dikecam melulu orang yang belum menutup aurat dengan sempurna ni. Tak salah kita doakan mereka. Dapat pahala lagi tu. Tarik mereka untuk berpakaian sempurna dengan cara penuh hikmah. Cara ini selalunya berkesan.

Jom mula dari sekarang berpakaian sempurna menutup aurat dengan mengenakan pakain yang longgar dan labuh, yang tidak menampakkan bentuk tubuh di samping memperbetulkan perbuatan kita. InsyaAllah, banyak manfaat menutup aurat yang kita akan dapat ;)

Islam agama yang mudah bukan menyusahkan umatnya.


11 Januari 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Salam sejahtera semua :) Jom sertai Chinese New Year Megasales Giveaway RM1,000 Di Nile.Com.My yang dianjurkan oleh Lyssa Faizureen.

nile backpack

Antara barangan yang saya nak sangat-sangat daripada nile.com.my seperti di bawah ni . . .


Product: Backpack
CNY2017 Sales price: RM22.60
Date: 12/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 98 units only

Traveler Backpack

CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only

Woman bag

Product: Woman bag
CNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only

cardigan

Product: Cardigan
CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only

blouse muslimah

CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only


Nak tahu lebih lanjut tentang cara untuk sertai giveaway ini, sila ke blog cik Lyssa Faizureen ok ;)

10 Januari 2017

Antara Dunia dan Akhirat

Antara Dunia dan Akhirat

Dunia yang kita pandang hari ini... membuatkan seolah-olah kita lupa akan hadirnya hari akhirat. Apabila kita sudah melangkah ke alam selepas dunia, akhirat pula yang menjadi nyata.

dunia, akhirat
Foto: gambarkatacinta.com

Hari ini,
Dunia adalah nyata,
Akhirat hanya cerita

Tapi...

Setelah mati,
Dunia hanya cerita,
Akhirat jadi nyata.


Jom bersedia di dunia supaya bahagia di akhirat sana. InsyaAllah.


Tahniah Faiz Subri, Anda Kebanggaan Malaysia

Sepakan Tuah Gol Faiz Subri Memberi Hasil yang Tidak Terjangka

Jutaan tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri atas kejayaannya meraih Anugerah Puskas Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland. Ini adalah satu kejayaan yang tidak ternilai buat Faiz Subri sendiri dan menjadi kebanggaan Malaysia.

faiz subri, puskas
FOTO ESPNFC

Gol cantik yang telah dilakukan olehnya membuatkan beliau tercalon antara beberapa pemain bola sepak handalan dunia dan dikenali ramai. Alhamdulillah, rezeki Allah berpihak kepadanya. Sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Jaringan menakjubkan yang telah dilakukan beliau disifatkan seperti melanggar hukum fizik ketika itu, merupakan gol sepakan percuma yang melencong ke arah berlawanan. Namun sepakan tersebut membantu pasukan Pualau Pinang untuk menang 4-1 menewaskan Pahang. Tengok saja lencongan bola yang memasuki gawang gol, kita pun rasa tak percaya juga kan. Tapi ini semua kerja Allah. Takdir Allah yang membuatkan bola tersebut untuk masuk ke gawang gol walaupun sepakan tersebut dibuat dari arah tepi. Kagum sungguh!

Kerana jaringan gol cantik itu, cepat saja menular ke merata dunia. Anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah yang berusia 30 tahun ini telah menjadi motivasi sebagai penguat semangat kepada rakan-rakan sepasukannya untuk meningkatkan lagi mutu permainan, semangat dan usaha dalam arena bola sepak negara seterusnya ke mata dunia.



Syabas anak Malaysia, Faiz Subri anda setanding pemain dunia!

09 Januari 2017

Tempahan Design Blog Farhana Mohamad

Design Blog Tema Lifestyle

Servis design blog murah | Salam sejahtera kepada anda semua :) Artwork yang ingin dikongsikan kali ini sebenarnya dah lama siap design tahun lepas lagi. Cuma terlupa nak up di blog. hehe. Template ini untuk blog Farhana Mohamad.

design blog murah, blog comel

Kelabu dan merah jambu pekat yang cantik menjadi warna pilihan untuk dijadikan warna tema blog ini. Cantik juga gabungan dua warna ni. Header blog tersebut turut diletakkan foto pemiliknya. Sedikit bungaan diselitkan sedikit supaya nampak serinya.

Blog pakej 2: Blog Farhana Mohamad
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah, blog comel

Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi.
Cakap saja anda nak bagaimana rupa blog tu, saya akan designkan mengikut kehendak anda ;)

Nak blog jadi responsive pun saya boleh buat kalau anda nak.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)



Milagro Coffee Patawali Penawar Kencing Manis

Milagro Coffee Patawali Penawar Kencing Manis

Milagro Coffee Patawali bukan sekadar kopi biasa. Kopi ini mampu mencegah serta mengawal penyakit kencing manis, juga mampu menyelamatkan kaki daripada di potong. Bahan-bahan yang terkandung dalam kopi ini, aroma dan rasanya membuatkan ia istimewa berbanding kopi lain yang berada di pasaran.

Milagro Coffee Patawali

Milagro Coffee Patawali adalah kopi pra-campur 7 dalam 1 daripada kopi arabika dan robusta yang berkualiti, mengandungi beberapa ekstrak herba khas seperti Tinospora Crispa, Halia, Lada Hitam dan garam gunung. Minuman kesihatan ini juga tidak berkafein. 

Inilah kelebihan yang ada pada Milagro Coffee. Untuk pengetahuan anda, Tinospora Crispa adalah herba utama yang digunakan dalam Milagro Coffe. Di Malaysia, herba ini lebih dikenali dengan nama "Patawali" atau "Akar Seruntun".

Milagro Coffee Patawali

Herba Tinospora Crispa dijadikan bahan utama dalam Milagro Coffee kerana ia berupaya untuk merawat pelbagai penyakit seperti: 
  • Kencing manis (herba dalam bentuk ekstrak akueus disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa dalam darah)
  • Demam Malaria
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit sendi
  • Anti kanser
  • Keradangan
  • Luka
  • Cacing usus
  • Hiperglisemia


Manfaat Milagro Coffee Patawali

Dengan izin Allah, pelbagai masalah kesihatan dapat dirawat dengan gabungan herba-herba terpilih yang terkandung dalam Milagro Coffee Patawali ini. Antaranya seperti: 
  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Membekalkan antioksidan yang tinggi
  • Membantu menyelesaikan masalah rabun dekat dan jauh
  • Mengurangkan keletihan kronik
  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan sakit perut
  • Melegakan pedih ulu hati
  • Menurunkan berat badan
  • Menyembuhkan osteoporosis
  • Melegakan demam selesema
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Merangsang aktiviti fizikal

Untuk membuktikan keberkesanan Milagro Coffee, satu penyelidikan saintifik tentang rawatan bagi kencing manis menggunakan herba Patawali dalam Milagro Coffee telah dilakukan oleh penyelidik dari UiTM Puncak Alam, Selangor dan mereka mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara pada bacaan gula dalam darah selepas meminum Milagro Coffe secara konsisten selama sebulan.

Jadi, kalau nak cegah dan kawal kencing manis, amalkan Milagro Coffee sebagai minuman harian anda untuk merasai keajaibannya.

Testimoni Pengguna Milagro Coffee Patawali

Alhamdulillah, rata-rata pengguna yang sudah pun mencuba Milagro Coffee Patawali ini memberikan maklum balas yang positif.

Beberapa pengguna yang telah berjaya dengan Milagro Coffee:

Milagro Coffee Patawali

testimoni Milagro Coffee Patawali

testimoni Milagro Coffee Patawali

Saya juga baru saja menjadi pengguna Milagro Coffee Patawali sebagai langkah untuk mencegah penyakit daripada bersarang dalam badan. Mana tau, mungkin rabun jauh saya juga akan berkurang dengan mengamalkan Milagro Coffe ini.


Cara Pembelian Milagro Coffee Patawali

Mungkin anda sudah mula tertarik dengan pelbagai kelebihan Milagro Coffee Patawali ini. Jangan berlengah lagi. Dapatkan segera Milagro Coffee Patawali dengan harga RM55 sekotak. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang juga :)

Bagi anda yang ingin mendapatkan Milagro Coffee Patawali, hubungi pihak Milagro Coffee di:

Instagram: @milagro_coffee (https://www.instagram.com/milagro_coffee/)
No. telefon: HP: 012- 370 2676
                    Pejabat: 03-5021 7403 / 03-5021 7401


Jadikan Milagro Coffee minuman harian anda.
Mmm.. Sedap ekk..

06 Januari 2017

Terlalu Banyak Dosaku

Terlalu Banyak Dosaku

Kalau nak sembang pasal dosa setiap dari kita semua, semua akan kata dan fikir dosa sendiri lagi banyak dari orang lain. Sebab hakikatnya tentang dosa itu kita sendiri yang rasa dan hadapi.

banyak buat dosa

Tapi nak kata nikmatnya hidup sebagai orang Islam ni, saat kita buat dosa kita masih diberi pilihan untuk bertaubat. Walaupun kita rasa dosa kita banyak seperti buih di lautan. Sebenarnya lebih banyak dari itu. Tapi Allah masih sayangkan kita, masih nak kita kembali pada Dia.

Selalu kita dengar orang kata "setiap orang buat dosa..". Tapi itu bukan alasan untuk kita teruskan buat dosa! Malah, walaupun kita buat dosa sebanyak mana sekalipun, tapi andai di hati kita masih ada 'rasa' nak teruskan berdakwah, masih rasa nak buat baik, nak amar makruf, Allah akan beri petunjuk pada kita.

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…” - Ibn Qayyim.

Kredit: Channel Telegram Islamic_Quotes



05 Januari 2017

9 Petua Mencantikkan Wajah

Petua Mencantikkan Wajah

Ramai yang ingin memiliki kulit wajah atau muka yang cantik tanpa secalit mekap. Bukan perempuan sahaja yang nak kulit cantik, kaum lelaki juga sama. Petua mencantikkan wajah daripada orang lama selalunya berkesan.

Bahan-bahan yang digunakan dalam petua orang lama pula dalah dari sumber semula jadi dan mudah didapati di rumah. Kulit juga terpelihara daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya. mungkin akan rosak jika digunakan berterusan tanpa disedari.

Nak cantik, perlu bersabar. Jangan gelojoh sehingga mencari pelbagai produk murahan yang dikatakan kulit boleh jadi putih dalam masa yang singkat sahaja. Nanti kulit rosak, kita juga yang rugi.

Petua Mencantikkan Wajah

Jom ikuti 9 petua untuk menambah seri pada wajah:

1. Melicinkan dan memerahkan kulit muka

Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: wikipedia
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek sehingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.


2. Menegangkan kulit muka

Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: greenkirana.com
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan kesan putih di muka dan menjadikan kulit kita lebih segar.


3. Menghilangkan parut di kulit


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: fit2shape.info
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuh bersama dengan dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat pada wajah.


4. Menghaluskan kulit


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: greenlitebites.com
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka beberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.


5. Memerahkan bibir
Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: www.honeyassociation.com
Sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu. InsyaAllah bibir akan menjadi merah seperti memakai gincu.


6. Merawat kulit berkedut


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: thetrustambassador.com
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


7. Menghaluskan kulit muka 


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: manfaat.co.id
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas. Selepas itu barulah dibilas.


8. Kulit cerah dan licin


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: resepibonda.com
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. InsyaAllah, kulit akan menjadi cerah, licin dan harum.


9. Menghilangkan lebam mata


Petua Mencantikkan Wajah
Kredit foto: Pixabay
Teh uncang yang telah digunakan jangan dibuang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu kutika hendak masuk tidur.


Begitulah antara 9 petua yang boleh diamalkan untuk mencantikkan wajah. Asalkan anda konsisten mengamalkan petua-petua ini, insyaAllah pasti dapat hasil seperti yang diinginkan.

Sumber info petua: Facebook Hijab Lense

HOTSEBAB WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN

Jangan lupa klik butang 'Share' di bawah ini dan kongsikan di laman sosial :)

04 Januari 2017

Tempahan Design Blog Pengedar Shaklee Fatin

Design Blog Tema Bisnes dan Kesihatan

Servis design blog murah | Kali ini dapat tempahan design template blog daripada seorang klien yang merupakan pengedar Shaklee di Shah Alam. Sudah semestinya pemilik blog ini berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee dalam blognya. Petua dan pengalamannya juga dikongsi di blognya.

header blog comel

Untuk blog Pengedar Shaklee Shah Alam ini, warna merah jambu dan biru cair dipilih sendiri oleh tuan punya blog sebagai warna tema blog. Sedikit bunga-bungaan menjadi penyeri blog ini. Design untuk blog juga tidak sarat dan yang penting memudahkan pembaca. 

(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah

Ini pula adalah banner blog

design banner cantik


Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Maisarah)



02 Januari 2017

Bersih, Segar dan Selesa dengan FemMist

FemMist Menghilangkan Bau, Gatal-gatal dan Keputihan

Kaum wanita amat mementingkan kebersihan dan kesegaran diri. Kalau badan rasa tak segar, boleh mengganggu rutin harian. Lagi-lagi kalau bahagian intim wanita yang bermasalah, memang runsing dibuatnya. Boleh hilang fokus tau.

Kering dan gatal-gatal di bahagian tersebut membuatkan kaum wanita berasa tidak selesa. Ketidakselesaan biasanya datang kira-kira daripada:
- Rerambut halus tumbuh
- Ejen pembersih wanita yang mengandungi kimia agresif
- Kerengsaan rambut kemaluan
- Tekanan
- Tahap kebersihan diri yang rendah
- Air kotor
- Berlebihan menggunakan tisu basah
- Tidak menjaga pemakanan

Ditambah pula dengan keputihan yang menjadikan bakteria mudah berkembang dalam keadaan ini. Jika tidak dikawal akan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sekaligus membuatkan wanita runsing dengannya.

Kerana sebab-sebab itulah kaum wanita perlu menjaga sebaik-baiknya kawasan tersebut supaya kekal sihat tanpa masalah yang menggangu jiwa. Kini kaum wanita tak perlu khuatir lagi. Spray je FemMist, pasti hilang masalah anda.. aman je rasa.


Anda yang sering bekerja kuat atau juga seorang pelajar yang aktif patut simpan sebotol FemMist di dalam beg anda. Bawa je ke mana saja anda pergi.

Apa itu FemMist?

Produk FemMist hasil daripada Furley Bioextracts berupaya menghilangkan kerengsaan, keradangan, ketidakselesaan dan juga bau. FemMist membantu melawan jangkitan bakteria, fungus, keputihan dan menganjalkan kulit. Ia dirumus khas untuk memberikan kesan dengan pantas dan berpanjangan untuk mengembalikan keremajaan dan kesegaran wanita.


Yang menariknya, FemMist dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani, tumbuhan yang diyakini keberkesanannya terhadap bahagian intim wanita. FemMist adalah berasaskan air dan tidak berbau ubat. 

Cara Menggunakan FemMist

Cara menggunakannya amat mudah. Hanya spray ke bahagian intim atau panty liner dalam jarak 15cm. Siap! Terasa kesegarannya. Untuk kesan optimum, gunakan secara kerap iaitu 3 kali sehari. Pasti anda kekal segar tanpa masalah.

Saya juga merupakan pengguna FemMist. Memang betul, rasa segar dan bersih guna FemMist ni tau. Rugi kalau anda tak cuba.


Harga FemMist

Harga sebotol FemMist yang mengandungi 35mL mampu digunakan sehingga 300 kali spray, amat berpatutan dan mampu milik. Harga FemMist cuma RM48.00.

FemMist, Femininie Mist
Wajib ada dalam beg tangan setiap wanita
Anda, kaum wanita pasti nak rasa selesa tanpa masalah kan? Dapatkan FemMist secepat mungkin.

Untuk membeli FemMist, klik link di bawah:


Masukkan kod khas ini, FBIO-JNW untuk menikmati diskaun RM10 semasa membeli.


Untuk maklumat lanjut tentang FemMist dan pelbagai jenis produk yang disediakan oleh Furley Bioextracts Sdn. Bhd, lawati:

Laman web: Furley Bioextracts Sdn. Bhd
Facebook: Furley Bioextracts Sdn. Bhd
Twitter: Furley BioextractsInstagram: Furley Bioextracts (@furleybio)


Jadikan FemMist sebagai teman karib anda.
Semoga anda berasa bersih, segar dan selesa sepanjang sepanjang masa dengan FemMist!

01 Januari 2017

Tahun 2017 yang Dinanti

Selamat Datang 2017

Pejam celik, pejam celik... dah pun melangkah masuk ke tahun 2017. Semoga langkah kita berjalan lancar tanpa halangan sehingga ke penghujung tahun. InsyaAllah.

new year, 2017

Sebut saja tahun baru, pasti setiap orang memasang impian, azam atau apa saja yang seumpama dengannya. Setiap azam yang ingin dicapai, pastikan niat utama adalah kerana Allah. InsyaAllah akan dapat kita kecapi.

Tahun 2017 yang semakin mencabar... apa pun bersedialah dari segala sudut.

Selamat datang 2017!