Best ke Filem The Greatest Showman?

Filem Muzikal The Greatest Showman


Filem The Greatest Showman telah ditayangkan bermula 28 Disember 2017 di pawagam Malaysia.  Pasti anda juga dah tonton filem ini kan? Semalam, sempat juga menonton filem ini di AEON Klebang. Mai tak tengok pun trailer filem ini sebelum menontonnya. Terus je beli tiket. Risau juga kalau hambar saja jalan ceritanya nanti.

Rupanya ia adalah filem genre muzikal. Filem muzikal yang penuh dengan warna-warni ini diilhamkan daripada cerita sebenar tentang cita-cita dan imaginasi, jatuh bangun Phineas Taylor Barnum atau lebih dikenali sebagai P.T Barnum. Filem The Greatest Showman ini menceritakan kisah seorang yang bangkit daripada bawah sehingga mampu  menjadi terkenal di seluruh dunia dengan perniagaan pertunjukannya. Gembira, sedih dan macam-macam perasaan lagi yang anda boleh rasa bila menonton filem ni. Ada satu part tu, nak menangis pun ada.

The Greatest Showman

Watak utama dalam filem ini ialah Hugh Jackman sebagai P.T Barnum. Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini antaranya Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams, Zendaya dan ramai lagi. 

Cerita dalam filem ini bermula dari P.T Barnum diberhentikan kerja kerana syarikatnya mengalami bankrup. Dia seorang yang tekad untuk mengubah kehidupan keluarganya bersama isteri dan dua orang anak dengan pelbagai usaha termasuklah mencetuskan idea mengasaskan sarkas, Ringling Bros dan Barnum & Bailey Circus, yang akhirnya menjadikannya seorang Showman terkenal. Namun, ada saja orang yang tidak suka dengan apa yang dilakukannya. 


The Greatest Showman Soundtrack 


Pembukaan cerita ini dimulakan dengan lagu The Greatest Show, penuh warna-warni dengan tarian memukau. 


Best lagu ni! Nah... dah senarai siap-siap lagu yang ada dalam filem ini. Sedap semuanya.

1. The Greatest Show
2. A Million Dreams
3. Come Alive
4. The Other Side
5. Never Enough
6. This Is Me
7. Rewrite The Stars
8. Tightrope
9. From Now On

Jalan ceritanya disusun cantik dengan lagu-lagu yang sesuai mengikut situasi serta mudah difahami.


Usaha P.T Barnum untuk Berjaya


Apa yang membuatkan Mai tertarik dengan jalan ceritanya adalah usaha P.T Barnum untuk memperkenalkan perniagaannya kepada masyarakat tempatan pada waktu itu. Bermula dari muzium yang dibeli dengan pinjaman bank, daripada mempamerkan pelbagai patung lilin sehingga tercetusnya idea pertunjukan sarkas daripada anaknya. Dia dikritik, dicaci tetapi tetap meneruskan usahanya. Sehingga dapat meluaskan lagi perniagaannya kepada golongan atasan dengan kerjasama Phillip Carlyle (Zac Efron). 

Dalam banyak positifnya, tetap ada sedikit negatif. Semakin dirinya diterima oleh golongan kaya, semakin dia menjauhi rakan-rakan yang menjayakan sarkasnya. Masa bersama keluarga juga semakin kurang kerana terlibat dengan program jelajah bersama penyanyi Jenny Lind (Rebecca Ferguson). Tetapi akhirnya dia cepat tersedar perbuatannya yang dah semakin jauh daripada tujuan asalnya. 

Langit tidak selalu cerah. Pada satu hari, dia diuji dengan muziumnya terbakar. Jenny Lind pula keluar daripada program jelajah mereka dan Barnum dituduh menjadi skandalnya. Memang down waktu itu, tetapi sokongan daripada rakan-rakan sarkasnya membuatkan dia kembali naik dan membuka satu kawasan di Manhattan untuk pertunjukan sarkasnya dengan hanya menggunakan khemah.


Pengajaran daripada filem The Greatest Showman


Bagi Mai, filem ini sarat dengan pengajaran. Antaranya:

  • Jangan berhenti usaha, usaha selagi boleh sehingga berjaya.
  • Jangan penat mengejar mimpi dan jadikan mimpi itu realiti.
  • Jangan sesekali bongkak dan melupakan orang yang banyak membantu kita semasa susah jika dah berjaya.
  • Rupa paras dan pangkat tidak penting, yang penting adalah kebahagiaan yang dikecapi.
  • Buat sesuatu yang membuatkan diri sendiri gembira dan bahagia.
  • Jangan dengar cemuhan dan kutukan orang. Tebalkan hati untuk hadapinya. Jadikan ia sebagai pembakar semangat.
  • Sayangi keluarga melebihi orang lain.
  • Jangan pernah putus asa ketika diuji dengan pelbagai dugaan.



Haaa.. agak-agak anda yang masih belum menonton filem ini, best ke tak? Nak tahu best atau tidak, cepat-cepat tonton di pawagam. Tak rugi tonton filem The Greatest Showman ini. Memang rasa nak menari dan menyanyi sekali nanti 😄 Mai bagi 9/10 untuk filem ni. Best!


{ 23 comments.. read them below or add one }

Kak Sue Kak Sue Januari 02, 2018
Macam best juga cerita nie bila baca entri Mai.. ehehe..
Amanda Suria Amanda Suria Januari 03, 2018
Tgok sinopsis mcm best je Mai..tp nak tau best ke tidak still kena tgok jugak kan
zaza iman zaza iman Januari 03, 2018
Seronok jgk bc story cerita ni.. Ada kesempatan nanti boleh la tonton.. :)
Mawardi Yunus Mawardi Yunus Januari 03, 2018
Nanti nak tgok jugak filem ni. Tunggu ada masa free. Btw nice review
Syafiera Yamin Syafiera Yamin Januari 03, 2018
best ke ? I takut nak bawa anak anak pergi pawagam takut dorang bosan je ;(
do nando do nando Januari 03, 2018
Film kaya gini emang seru. Apalagi banyak makna yang bisa kita ambil.
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz Januari 03, 2018
belum tengok, line up pelakon semua gempak.
Cik Tie Cik Tie Januari 03, 2018
Macam best juga cerita ni.. nak kena g tengok juga ni
Salina Johari Salina Johari Januari 03, 2018
Dr ulasan macam skrg gak nak gi terjah wayang...huhuhu. Byk pengajaran dlm movie ni sure part yg sedih tu 'menjadi'
Fadzi Razak Fadzi Razak Januari 04, 2018
Dah lama tak tengok movie start daripada mengandung hari tu. Tapi bila bacaentry ni nampak menarik pulak cerita ni. Terasa nak g tengok
alia farhan Said alia farhan Said Januari 04, 2018
Aduh..apsal akak baca mula2 the greatest SNOWMAN...Kahkah
Baca betul2 balik...ehhh showman laaaa
Comel Azhar Comel Azhar Januari 04, 2018
blom sempat tgk, kena g tengok lepas ni.. harap2 masih sempat lah tayangan nya
Henry Tan Henry Tan Januari 04, 2018
i heard all the good praise for this show too. hope to watch it soon. hehe

YourFinanceDoctor
Annur Syuhadah Annur Syuhadah Januari 04, 2018
Boleh tahan jalan cerita dia. Tapi dah lama x tgk wayang huhu
Nadia Johari Nadia Johari Januari 04, 2018
lama tak tengok wayang..sekrang cerita best2
Cik Puan Ena Cik Puan Ena Januari 04, 2018
Suka tgk cerita sarkas. so mestilah kena layankan :)
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Januari 04, 2018
best ceritanya..betul, nak tau best ke tak memang kena tengok sebab pendapat setiap orang berbeza :)
Nuha Nawawi Nuha Nawawi Januari 04, 2018
Memang minat Hugh Jackman ni, mesti tonton The Greatest Showman!
Cerita Huda Cerita Huda Januari 04, 2018
ah, macam best jer, nak ajak suami pergi tengok jugak la kat wayang weekend ni.
Lia Hasty Lia Hasty Januari 04, 2018
Menariknya jalan cerita movie Snowman ni. Banyak pengajaran pulak tu. Kena movie weekend ni.
Miss tins Miss tins Januari 12, 2018
Macam best ja movie ni..

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)