Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jaga Hati Jangan Biar Mati

Lagu cover Havana daripada The Faith - Peliharalah


Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ini, HATI adalah benda yang paling penting perlu dijaga. 
Hati ibarat RAJA kepada seorang manusia. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh jasad. Jika buruk hatinya, maka buruklah seluruh jasad.

jaga hati, the faith peliharalah
Foto duniatips.ml

Adakalanya, kerana terlalu ego dengan hati sendiri, terlalu ramai yang mengabaikan hati hingga ia mati. Akhirnya, musnah amal dan ibadah terasa berat serta maksiat pula yang jadi nikmat.

Kali ini kumpulan The Faith membawakan lagu cover Havana yang diberi tajuk PELIHARALAH yang berkisarkan tentang hati. Bagi mereka yang dah lama kenal dan sentiasa mengikuti perkembangan The Faith, lagu ini adalah lagu cover terakhir The Faith sebelum mereka release single  #YANGPERTAMA pada tahun ini. Wah.. mereka bakal ada lagu sendiri!

Jom dengarkan...




The Faith - Peliharalah (Havana Cover)


KORUS(ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

VERSE (AMIR)
Di mana dikau tika "dia" pedih?
Mengapa kau biarkan "dia" sendiri?
Hingga diri kau jadi begini!
Sampai bila engkau mahu zalim,
Diri kau sendiri...

PRE CHORUS (FIRDAUS)
Huu..
Mungkin engkau tertanya,
"Dia" itu siapa?
Siapakah "dia"?
Takkan kau sudah lupa,
Kerna terlena, nananananana...

KORUS (ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

RAP (FAHIMI)
Jadi,
Sekali lagi ku tanya dirimu...
Adakah kau sedar siapa "dia"?
(Bukalah mata..)
"Dia" yang sering kau abai itu!
Betapa kejamnya dirimu teman..

(Dia)
Itu hati,
Yang engkau sakiti,
Hingga ia mati (mati)
"Dia" itu hati (hatimu)
Yang hilang sejati,
Kerna kau tak bakti (hitam)

Hati-hati tika menjaga hati (hati)
Agar bahgia nanti (tenteram),
Janji padaNya kau tepati,
Kau perlu mula dari sini..

KORUS (ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

(RAMAI-RAMAI)
hatimu mana?
Peliharanya...

KORUS(ANIQ)
Di mana ke mana?
Di mana kau ketika "dia" merana?
Terus terleka dengan dunia fana,
Engkau sering tinggal yang benar,
Tidakkah kau terpana?
Jahannam 'tau jannah?

(RAMAI-RAMAI)
Hatimu mana...

(Aniq)
Jahannam 'tau jannah..

***

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Camila Cabello
TARBIAH SENTAP RECORDS


Tak pernah tak bagus lirik daripada Ustaz Adnin ni. Jom sebarkan lagu ini untuk sampaikan mesej dakwah ini!

Peringatan buat saya dan semua. Sebelum jaga hati orang lain, jaga hati sendiri dulu. Jaga hati, jangan dibiar sepi lalu mati. Nanti diri sendiri juga yang rugi.


9 ulasan for "Jaga Hati Jangan Biar Mati"

  1. catchy sangat lagu ni. Lirik pun sedap.

    aima-hassan.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. mantap lirik daripada Ustaz Adnin ni kan. best

      Padam
  2. baru tahu diorang ni under tarbiah sentap

    BalasPadam
  3. bagus lirik dia..
    tak la kita dok nyanyi dengan sebut benda yang tak berfaedah..
    Satu cara berdakwah yang bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. sekaligus dapat menarik minat remaja untuk mengikuti lagu ni

      Padam
  4. Lirik dan melodinya sangat bagus. Best juga layan lagu macam ni

    BalasPadam
  5. Nice makna lirik lagu ni. Like like

    BalasPadam