Kadang-kadang Cermin Juga Menipu Kita

Cermin yang menipu


Kalau nak tengok rupa diri sendiri, sudah semestinya kita akan cari cermin. Nak tahu mana ada yang tak kena di wajah atau penampilan diri. Betul kan?

cermin
Foto Sumber Google

Tapi kadang-kadang cermin juga ada yang 'menipu' kita sehingga membuatkan kita keliru. Keliru dengan rupa diri yang sebenar setelah melihat melalui beberapa cermin. Bila tengok pada cermin ini, nampak ok. Bila tengok guna cermin lain, nampak gemuk pula badan. Pernah macam tu? heeee

Walaupun cermin itu adalah sama seperti cermin yang lain (cermin meja mekap tu.. bukan cermin tingkap atau yang lain ye) yang kita tahu sifatnya mencipta pantulan bayangan objek dengan sempurna, tetapi hasilnya sedikit berbeza.

Sama macam hidup ini. Nama je manusia, spesis yang sama tapi hati dan fikirannya lain-lain. Maka, wujudlah pelbagai ragam. Ada orang jenis yang terus bagi pandangan yang jujur, ada pula jenis yang suka puji tapi hakikatnya lain, ada juga yang jenis suka cakap belakang baik buruk seseorang dan macam-macam lagi. 

Dalam hidup ini, yang penting jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata pujian yang sebenarnya tipu belaka. Jangan mudah keliru dengan pandangan yang berbeza daripada manusia. Tenang dan minta petunjuk daripada Allah, kerana Dia yang lebih mengetahui tentang sesuatu.

Kita hidup ini sebenarnya nak raih perhatian Allah, maka buatlah apa yang Allah suka, kalau ikut apa yang manusia suka, tak semestinya kita juga akan suka dengannya.


{ 18 comments.. read them below or add one }

I N A  A I N A A I N A A I N A A Januari 26, 2018
Setuju sangat dengan kata-kata mai ni. Jangan mudah nak cair la dengan pujian. Apapun, yang sempurna itu datang dari Allah, yang terkurang tu datang dari manusia sendiri
Hans Hans Januari 27, 2018
setuju2
jgn terlalu percaya dan bangga pada pujian :)
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip Februari 06, 2018
deeeeepnya mesej entry ni T.T
AimNub Haris AimNub Haris Februari 12, 2018
setuju..! pujian berlebihan kadang2 boleh membunuh.. :(

...
iffah hussin iffah hussin Februari 12, 2018
Hi hi hi cermin kadang tipu nampak macam kurus jer tapi demok he he he nyampah kita..
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari Februari 16, 2018
Betul tu. Lagipun kena lihat juga angle bagaimana kita lihat pantulan diri kita. Dalam erti kata lain, kalau positive anglenya, maka positivelah diri kita. Perkongsian yang cukup menyedarkan. Terima kasih! :D
Haneeza Mohamad Haneeza Mohamad Februari 16, 2018
setuju.. ignore je kata2 orang.. buat apa yg kita suka, Allah suka.. kalau dengar cakap orang, sentiasa je ada yang tak kena
Yanty Lee Yanty Lee Februari 16, 2018
Deep betul entri sis ni. Speechless betul bila Ty baca. Jadi jangan la jadi seperti cermin yang bisa menyakitkan hati dan perasaan org lain.
Rodiah Amir Rodiah Amir Februari 16, 2018
Perlu untuk kita selalu menjenguk cermin agar kita nampak siapa kita supaya kenal pasti mana kelemahan kita. Deep entry.
Zharif Azis Zharif Azis Februari 16, 2018
Lebih elok cermin diri sndri. Certain org sgt perlukan cermin besar gedabak baru dia sedar kurang dia kt mna. Yg pntg, x semua hati manusia kita boleh puaskn. Just do the best for ouselves n God. Thats all
Annur Syuhadah Annur Syuhadah Februari 16, 2018
Hihi pesanan yg bagus. AS sendiri pun sejenis yg skeptikal dengan pujian.
Nurhasanah Ismail Nurhasanah Ismail Februari 16, 2018
Setuju. Jangan tenggelam asyik dengan pujian sehingga terleka dan jangan terduduk kecewa dengan kritikan dan kecaman. Look everything from the bright sight. Sentiasa cari ruang untuk improve diri dan jadi orang berjaya ;)
Amanda Suria Amanda Suria Februari 16, 2018
Setuju dengan entry mai ni..tak hidup dek puji..tak mati dek keji..apalah sgt dengan pujian berbanding kisah yg sebenar kan..sebab tu akak x suka dipuji..
AyuArjuna BiGoshh AyuArjuna BiGoshh Februari 16, 2018
Orang kata tak hidup dek pujian tak mati dek kejian. Ada pujian yang membangunkan ada yg menjatuhkan be careful
Hanny Abdullah Hanny Abdullah Februari 17, 2018
Sis paling tak suka bila jumpa cermin yang boleh buat kita gemuk..lebar atau pendek, nak lari cepat2 dr cermin tu...hahahaha. Mcm tu jugak sis paling x suka kalau jumpa org yg bermuka2..walaupun nama yg sama "Manusia" tapi spices berlainan "bermuka" so sis akan lari dr org cam tu..mcm lari dr cermin yg suka menipu..hehehe
Dik bee Dik bee Februari 17, 2018
alaaa.. sekarang tak suka tgk cermin sebab dah mok mok.. haha.. tapi betul la, jgn mudah terpengaruh dengan kata-kata pujian sebab kadang-kadang boleh memakan diri..#hulurcermin :d

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)