Mitos Kesihatan Merapu yang Sering Dianggap Fakta
Mitos Tentang Kesihatan yang Merapu
Akhir-akhir ini, Mai kerap membaca perkongsian tentang kesihatan yang dikongsikan di sosial media seperti Facebook dan Twitter oleh doktor-doktor bertauliah. Nak sihat, kenalah cari ilmu dengan orang yang pakar dengan ilmu tersebut kan. Kalau tak nak kena tipu, ikut je apa doktor beritahu.
Pagi tadi sempat baca satu post menarik yang dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia di akaun Facebook miliknya. Statusnya tentang beberapa mitos tentang kesihatan yang selama ini kita anggap ia fakta. Antara beberapa mitos yang Doktor Erna kongsikan seperti:
1. Jangan minum ais banyak banyak nanti gemuk/buncit
2. Jangan makan dengan pakai baju keluar/dress, nanti buncit.
3. Jangan minum air masak banyak dalam pantang, nanti kembang bawah tu.
4. Jangan makan laksa dalam pantang, nanti sakit badan, bisa untuk luka
5. Jangan makan ayam, sotong, udang, kerang, telur masa dalam pantang, nanti luka bawah tu lambat sembuh.
6. Jangan minum ais dalam pantang, nanti urat kembang
7. Jangan buka kipas, aircond masa dalam pantang, nanti angin masuk.
8. Jangan makan laksa, mi, megi, teh,kopi, nanti angin masuk urat.
9. Jangan mandi lepas makan, nanti perut buncit.
10. Lepas bersalin wajib pakai bengkung, kalau tak nanti buncit.
11. Lepas kahwin memang semua orang akan buncit.
12. Jangan makan yang sejuk sejuk macam tembikai,timun nanti kembang bawah tu.
13. Jangan makan yang sejuk sejuk dalam pantang, nanti urat kembang.
14. Jangan minum ais waktu malam, nanti buncit
15. Jangan mandi lama-lama masa pantang, nanti kembang semua benda.
16. Jangan duduk depan kipas lama lama, nanti badan masuk angin
17. Jangan cuci kepala dalam pantang, nanti urat kepala kembang.
Inilah antara beberapa mitos yang dikongsikan. Kalau ikutkan terdapat banyak lagi yang merapunya. Menurut Doktor Erna, semua yang disebut di atas adalah MITOS dan TIDAK BETUL.
Kenapa tidak betul?
Sebab tidak ada istilah angin masuk urat, angin masuk rahim, urat kembang dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Doktor Erna beritahu lagi, kita akan berasa ada 'angin' dalam badan kita (perut rasa tidak selesa, perut kembung, mual, sakit kepala, asyik sendawa) apabila cara kita makan dan jenis pemakanan kita tak betul. Bukan kerana gastrik semata-mata. Kalau makan banyak sangat pun tak elok, makan cepat sangat pun tak elok, makan kerap sangat pun tak elok, makan berminyak berlemak sangat lagilah tak elok.
Doktor Erna menambah, apabila makan banyak atau makan tak betul, bukan faraj saja yang kembang, satu badan akan jadi macam kembang semangkuk yang direndam dalam semangkuk air 😂
Makanlah apa sahaja yang halal dan berpada pada. Makan sedikit-sedikit tapi kerap. Kunyah dengan betul dan telan makanan tu. Minum air kosong secukupnya setiap hari. Pastikan hidangan yang diambil lengkap setiap hari (ada karbohidratnya, ada proteinnya, ada serat dan lemaknya).
Foto HelloSehat |
Kalau anda tak sesuai atau alah kepada sesuatu makanan atau minuman, elakkanlah. Alah anda tak sama dengan alah orang lain. Jadi, janganlah kutuk orang tu minum ais, makan laksa atau makan udang waktu berpantang. Kenali badan sendiri. Apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan badan.
Doktor Erna juga bercakap tentang pantang selepas bersalin. Apa yang tak boleh buat selepas bersalin?
Pantang selepas bersalin bermaksud pantang tidak bersama suami. Pantang makan ini tidak hanya tertakluk semasa selepas bersalin sahaja. Kalau nak pantang, pantanglah seumur hidup. Takkanlah rahim dan faraj tu perlu ditatang semasa selepas bersalin sahaja.
Kata badan nak pakai lama, kan?
“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…”
(Surah al-A’raf, ayat 31)
Harap kita semua sama-sama istiqomah untuk sihat dan kuat.
- Dapatkan berat badan yang ideal.
- Tak perlu mendadak.
- Sikit sikit lama-lama jadilah slim InsyaAllah.
- Yang penting, sihat.
Jangan kalut nak kurus tapi salah cara. Betul apa yang doktor beritahu, yang ini Mai setuju. Buat apa sekalipun perlukan proses dan masa untuk mendapat hasilnya. Kalau sekelip mata je dapat apa yang diinginkan, tu magik namanya. Mai tak percaya betul dengan produk yang kata "minum sepaket boleh hilang 1 kg", "tak perlu bersenam, hanya makan pil sahaja boleh jadi kurus". Dusta belaka! Kalau berkesan pun, mungkin akan ada kesan sampingan yang tak baik pula datang.
Mai pun dah mula ubah gaya hidup yang mana tak bagus tu. Bersenam mesti buat setiap hari paling kurang pun berjalan, ambil makanan berkhasiat mengikut saranan doktor yang bertauliah.
Baca: Surah Al-Fatihah Sebagai Antibiotik
Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit ( Hadis riwayat muslim). Jadi, berpada-padalah kita dalam mengambil sesuatu jenis makanan. Sakit datang tak kira waktu dan usia, maka mencegah lebih baik daripada mengubati.
Pesan Doktor Erna untuk semua, sentiasa usaha usaha usaha, doa dan tawakal. Jangan hanya menganga tanpa berbuat apa-apa. Ingat tu!
Wahai sekalian manusia, lakukanlah amalan sesuai dengan kemampuan anda. Kerana Allah tidaklah bosan sampai anda merasa bosan. (Ketahuilah bahwa) amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
( Hadis Riwayat Muslim)
Semoga perkongsian ini memberi berjuta manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.
Tak tahu tanya, dah tahu yang sebenar, sebarkannya.
Semoga perkongsian ini memberi berjuta manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.
Tak tahu tanya, dah tahu yang sebenar, sebarkannya.
Banyaknya pantang larang
BalasPadampantang larang dalam entri ni semuanya tak betul, mitos semata-mata :)
Padamhai. saya new blogger. minta tunjuk ajar semua.
BalasPadamboleh follow di https://afiqtouch.blogspot.my/
Salah satu keburukan media sosial. ramai yang jadi doktor Google.
BalasPadamKita kena tapis maklumat dengan lebih terprinci lagi nampaknya selepas ini
kan.. banyak sangat pantang larang.. TB pun dah terikut berpantang semua tu.. huhuhu.. sebab semua menasihati benda yang sama.. berpantang itu ini takut jadi itu ini.. sabar je laa..
BalasPadamPantang larang orang tua-tua dulu ni , sampai sekarang da lagi yang amalkan walaupun sekadar mitos
BalasPadamCerita mitos ni kalau selalu yakin dan diyakini, akan ramai anggapnya sebagai fakta.
BalasPadamNak nak kalau ada yang rajin viralkan
Sy mmg suka follow fb doktor pakar.. sbb byk kesedaran boleh belajar.. contohnye lepas beranak kena makan jamu..sy ingat sy ni abnormal pas pantang xmkn jamu, smpai kna marahla xmakn.. hehe..rupa2nya tu mitos je.. dri zaman dulu dah ada mitos cmni..susah nak ubah pemikiran org kita.. sbbtu skrg byk doktor tgh buat kempen kesedaran. Amalkan pemaknan sihat je sebenarnya. Sy pon dah stop bg anak makan suppliment. Sentap doktor ckp kesian buah pinggang anak kecik2 dah kena tanggung :(
BalasPadammitos yang dah sebati dalam masyarakat. susah nak hapuskan terus
BalasPadamkadang terikut juga..hahaa..nanti orang tua bising kalau tak ikut
BalasPadamTq share....saya pun mls nak layan bab pantang itu ini yg tak logik..sederhana dlm makan, dan betullah, kalau nak kurus ken ada usaha tak perlu nak instant mkn pil kurus...
BalasPadamRawlins memang akan 'berangin' jika salah makan. And Rawlins memang percaya itu semua mitos. Hehe.
BalasPadamhahaha myth buster! i always makan ice je.
BalasPadamThanks for sharing. Suka baca posting dr erna ni. Kita kena ubah gaya pemakanan kita sebenarnya.
BalasPadamSokong sangat dengan kata2 Dr Erna ni. Lecturer ena pun ada sentuh hal2 ni juga. Lagi satu takut sangat dengan cara orang skrg nak kurus. Sanggup tak makan, ada yang sampai jd aneroxia. Padahal ikut kadar yang disarankan tu sudah memadai. Yang pasti bersenam tu penting. Kasi keluar segala bahan buangan bdn
BalasPadam