Tetamu Tak Diundang yang Menyeramkan

Tetamu yang tak diundang - ular tedung selar


Tetamu yang datang selalunya kita sambut dan raikannya. Tetapi tetamu yang datang kali ini tak diundang, juga menakutkan. Menggigil bila dia datang. Mana taknya, seekor ular tedung selar yang datang.

ular tedung selar
Kredit foto milosuam.net
Tak ambil sendiri gambar ular tedung yang datang tu sebab takut sangat

Ceritanya Rabu malam hari tu (3 Januari), lebih kurang jam 10 malam... seorang penunggang motorsikal yang melalui jalan depan rumah ternampak ular sedang menjalar di halaman rumah opah dan terus beritahu abah. Rumah opah bersebelahan rumah Mai je. Mujur ada buluh yang dijadikan galah untuk menjolok buah rambutan ada tersedia, terus abah ambil untuk halau ular tu.

Mungkin ular tu takut dan rasa terancam. Ia melarikan diri ke kawasan bawah rumah opah kemudian terus menyusur ke rumah Mai. Laju betul ia menyusur. Haaa sudah... datang ke rumah pulak. Abang Mai terus call JPAM. Orang kampung yang lalu di jalan depan rumah, berhenti untuk membantu. Masa ni Mai dapat tengok ular tedung selar tu dari dalam rumah, agak besar juga saiznya, dah macam sebesar betis orang dewasa yang berisi. Mak ai... panjang pun boleh tahan. Kali pertama ular bersaiz besar datang rumah. Memang menggigil dibuatnya.

Sementara menunggu JPAM tiba, beberapa orang jiran membantu supaya ular tu tak masuk ke dalam rumah. Apa lagi, cepat-cepat Mai kunci pintu. Ular tedung tersebut terus menjalar naik ke jeriji pintu rumah. Bergoyang pintu, kuat tolakan daripada ular tu. Masa ni Mai nampak kepala ular tu.. fuhhh takutnya. Nasib baik mereka pantas bertindak, kalau tak ular tu dah masuk rumah melalui bata berbunga atas pintu. Ular tu dijolok dengan kayu dan buluh, kemudian lari pula ke tepi kereta abah. Ular tersebut dapat dipukul, tetapi tidaklah pukul sampai mati. Lepas tu terus masukkan dalam plastik.

Lambat pulak JPAM datang. Dah selesai baru mereka tiba. Mereka juga agak terkejut dengan saiz ular tedung tersebut. Ular yang dah ditangkap tu biarlah mereka yang uruskan. 

Gambar ular tedung selar tu Mai tak ambil sebab takut dan geli dengan haiwan yang licin ni. Tapi sampai sekarang memang teringat-ingat ular tu. Saiz ular yang agak besar tu betul-betul menyeramkan. Apa pun, kena lebih hati-hati selepas ni. Sentiasa kena peka dan perhati keadaan sekeliling rumah. Moga ular jenis besar-besar ni tak datang rumah jadi tetamu yang tak diundang lagi, insyaAllah..


25 ulasan:

  1. Kak PC tengok ular dalam tv pun dah jerit2...

    BalasPadam
  2. Seram gak tu.. Moga2 takdeagi laa lepas ni .. Huhuhu takut..

    BalasPadam
  3. Seram gak tu.. Moga2 takdeagi laa lepas ni .. Huhuhu takut..

    BalasPadam
  4. ish..seram tau kalau cerita pasal ular ni..

    BalasPadam
  5. kalau saya pun takut besar macam tu. syukur tiada apa apa berlaku. Persekitaran rumah awak ada belukar ke

    BalasPadam
  6. Tedung selar bahaya lg dari ular sawa. Tapi dua2 ni buat orang geli walaupun ada yang suka bela dan jd bahan mainan2.

    BalasPadam
  7. nasib baik tak masuk rumah kan mai.. tengok gambar ular tu pun dah meremang..

    BalasPadam
  8. Seriau.Teringat kat tempat kerja ada ular menyusur bawah kereta tapi tak berani tengok.Bila bomba dah tangkap baru berani keluar

    BalasPadam
  9. Seramnya.ena memang takut dengan ular. Boleh pengsan kalau terkejut sangat.

    BalasPadam
  10. Sebaik ada orang menyedari kehadiran nyer... Buatkan lah xde orang nampak, dapat plak masuk rumah... Isshhh... Serammm...

    BalasPadam
  11. serammm jugak,, tapi ingatkan jpam yang tangkap ,, rupanya dah siap tangkap baru datang,, huu ada berani jugak kesemua berpakat nak tangkap ular yang berbisa tu

    BalasPadam
  12. Ya Allah.. takutnya tengok.. seram pun ada.. lubang angin tu bahaya kan.. kecik macam tu pun ular tu boleh masuk yea? menakutkan.. mujrulah takde apa2 yang jadi kan.. syukur

    BalasPadam
  13. alamak... mintak jauh la.. nak-nak y ada rmai anak-anak k y masih kecil tu jenuh nak bawak lari diorang dulu...

    BalasPadam
  14. Menakutkan la...ari tu tgok auni afiqah tedung selar datang depan pintu rumah dia...ish..besar gak...musim kot ni

    BalasPadam
  15. eeee ngerinya tengok ular tu panjat. Pintu bertutup pon dia boleh masuk. OMG >__<

    BalasPadam
  16. Okay.. Tetamu ni memang menyeramkan. Seram lak kita rasa... Dah terbayang dah apa jadi kalau kena patuk or belit

    BalasPadam
  17. alhamdulillah awak dan keluarga tak de pape.. hee~ dia ngintai2 jek tu..

    BalasPadam
  18. Ya Allah...seram n geli pulak sis nengok ular ni...naik terus bulu roma..huhuhu

    BalasPadam
  19. Seramnya ularr... Masa kecik2 dulu pon penah keluar.ular tedung dari bawah kayu masa abah saya kemas2 semak tepi rumah. Alhamdulillah takda apa2 yg tak diingini berlaku

    BalasPadam
  20. seramnya, dia bisa naik lewat jendela

    BalasPadam
  21. haha i think i pernah tengok this video in news. geli nya!

    Whats Your New Year Resolution?

    BalasPadam
  22. oMG This is scary!
    this guest is the most unwanted for me too!
    Thanks JPAM for secure You!

    BalasPadam
  23. Allah...nasib baik xsempat masuk rumah, kalau nak tau ular memang takut dia Buluh, pantang kata org tua...ular tedung hitam ni klu percaya atau tidak ada badinya jd elakkan dari bunuh dia..halau kalau blh atau biar org lain buat kalau lemah semangat teringat-ingat dan kata org dia blh pggl geng dia serang rumah kita plk...

    BalasPadam
  24. oh my this is scary. This would be a very unwanted guest on my end.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon