Textual description of firstImageUrl

Jaga Aib Orang Lain, Allah Jaga Aib Kita

Maisarah Humaira | 2/28/2018 12:55:00 PTG | 4 Komen

Pentingnya Menjaga Aib Seseorang


Zaman sekarang, pantang ada berita panas yang tak sedap didengar, laju saja ditularkan. Tambahan pula, dunia kini semuanya di hujung jari saja. Lagi mudah perkara sebegitu tersebar luas ke merata alam. Perkara yang tidak baik tak sepatutnya disebarkan. Lagi-lagi perkara yang memalukan atau mengaibkan tentang seseorang. 

jaga aib

Apa kebaikannya menyebarkan aib orang lain? Tiada apa yang membawa kebaikan pun. Tidak mendatangkan faedah langsung. Jika ditularkan melalui media sosial, akan meramaikan lagi bani keyboard warrior dan makcik pakcik bawang. Masing-masing dengan pendapatnya. Ada pula yang mengecam tindakan yang memalukan itu dengan ayat-ayat yang merendah-rendahkan pelakunya. Langsung wujud aktiviti mengumpat pula.

Nampak kan? Hanya kerana tular atau viral perkara yang mengaibkan, banyak dosa yang yang dikumpul akhirnya. Ramai kaki kecam muncul mengutuk kaw kaw kerana perasan diri sendiri lebih baik dan terhindar dari melakukan dosa. 

Baru-baru ini, Mai tengoklah juga satu video yang disebarkan di Twitter. Video tentang seorang pak cik tua yang dikatakan meraba penumpang wanita yang duduk di sebelahnya. Kapsyen video tu bukan main lagi, memang memburukkan pakcik tu dan dikaitkan pula dengan agama Islam. Dikatanya pula, orang je alim tapi tak dapat kawal nafsu. Sampai habis Mai tonton video. Bila dah tonton, Mai tengok takde pun pakcik tu meraba wanita di sebelahnya. Nampak pakcik tu tak selesa duduk, nak tarik tangannya tapi dalam masa yang sama takut wanita itu terjaga dari tidurnya. 

Kita tak tahu pun niat pakcik tu, terus saja dikecam buruk begitu. Malah disebarkan lagi perbuatannya. Boleh jatuh fitnah jika perkara yang dikatakan itu tak benar. Mudahnya membuat dosa...

Belum lagi masuk cerita Neelofa dengan pelancaran tudung Naelofar terbarunya di Zouk. Fuhhh... beratur kaki kecam, sorang-sorang nak buat ayat busuk kepadanya. Yang salah tetap salah, tapi sebaiknya tegur dengan cara berhikmah.

Kita ini manusia saja. Kenapa mudah sangat nak mengadili perbuatan seseorang, siap pakej benci kepada pelakunya juga. Rasulullah juga membenci dosa tapi baginda tak benci kepada pelakunya. Sehabis baik Rasulullah menasihati orang yang membuat dosa.

Kita yang dosanya menimbun, nak jugak mengutuk orang yang melakukan perbuatan dosa. Yang salahnya, dosa yang dilakukannya itu. Kita yang masih waras boleh berfikir dan membezakan baik dan buruk, cuba beri nasihat, tegur dengan penuh hikmah (bijaksana), tarik dia ke jalan yang benar semula dan berdoa untuknya. Bukan kata-kata kecam dan kutuk yang dilontarkan kepadanya.

Sudah-sudahlah. Banyak-banyak usaha dan berdoa supaya diri sendiri juga tidak terjebak melakukan perkara di luar jangkaan akal kerana manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Sebelum laju je nak mengata atau mengecam dengan perkataan yang buruk kepada seseorang, tenung diri sendiri dulu. Perhatikan aib sendiri. Berapa banyak dosa yang belum dibersihkan lagi. Mengata orang lain takkan  menaikkan level diri sendiri ke tempat tertinggi pun. 

tutup aib

Pandanglah orang yang belum sampai kepada kebaikan dengan belas kasihan kerana syurga itu bukan untuk kita seorang saja. Jaga aib orang lain, Allah akan jaga aib kita. Baik buruk seseorang hanya Allah saja yang layak mengadilinya. Ingat, kita dipandang baik kadangkala bukan kerana kita benar-benar baik tetapi kerana Allah yang menutup aib kita.

Semoga apa yang dikongsikan ini jadi peringatan kepada saya, saya, saya dan kita semua. InsyaAllah.


4 ulasan:

  1. ha ah, kdg2 kita sibuk sangat nak kongsi dan viralkan aib orang.
    kna saling mengingatkan lah spaya benda ni tak berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. kena ingatkan dan tegur dengan cara baik

      Padam
  2. Blogger berlumba nak naikkan ranking hingga tak sedar sebarkn aib org lain... Nauzubillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.. moga kita dijauhkan daripada perbuatan sebegitu. insyaAllah

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa