Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency

Sewa Kereta Shah Alam


Anda sedang mencari kereta sewa di sekitar Shah Alam? Apa kata anda dapatkan servis kereta sewa Shah Alam dengan syarikat SF Car Rental Agency. Kali ini Mai nak kongsikan kenapa anda patut dapatkan perkhidmatan sewa kereta Shah Alam ini daripada syarikat tersebut.

Sf Car Rental Agency

Siapa SF Car Rental Agency?

Untuk pengetahuan anda, SF Car Rental Agency adalah sebuah syarikat yang menyediakan servis Kereta Sewa Shah Alam kepada semua penduduk Shah Alam. Mereka telah memulakan servis ini sejak dari 2010 lagi. Ini menunjukkan bahawa mereka ini kukuh dan semakin berkembang dalam perniagaan kereta sewa ini.

Mereka sentiasa ingin memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan maka kualiti perkhidmatan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Disebabkan ramai yang berpuas hati dengan servis dari mereka serta mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, syarikat ini mengembangkan lagi perkhidmatannya di bandaraya-bandaraya sekitar dan berdekatan Shah Alam. 

Apa kelebihan yang anda akan dapat jika anda sewa kereta dengan syarikat ini?

Pelbagai kelebihan yang pelanggan akan dapat dengan perkhidmatan mereka. Sudah pasti harga yang ditawarkan untuk para pelanggan amat berpatutan dan murah. Yang menariknya lagi, pelanggan akan mendapat diskaun untuk sewaan yang lama (tertakluk kepada terma dan syarat). Pelanggan juga tak perlu susah-susah untuk ke pejabat mereka bagi mendapatkan kereta sewa kerana pihak SF Car Rental Agency boleh membuat penghantaran ke depan rumah atau kolej kediaman (tertakluk kepada terma dan syarat). Pelanggan juga tak perlu risau tentang kereta kerana kebanyakan kereta yang disediakan adalah baru dan yang penting kebersihan kereta terjaga. 

Model kereta sewa yang disediakan berserta harga

Syarikat ini menyediakan pelbagai jenis model kereta yang disediakan mengikut permintaan pelanggan, antaranya:
  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Axia
  • Perodua Myvi
  • Perodua Bezza
  • Perodua Alza
  • Saga Flx
Berikut merupakan caj sewa kereta untuk sehari mengikut jenis kereta.

Kereta Sewa Shah Alam

Kesemua kereta sewa ini didatangkan dengan transmisi automatik sahaja yang dijamin keselesaannya.

Perkhidmatan sewa kereta Shah Alam meliputi kawasan seperti:

1. Shah Alam(Seksyen 1 – Seksyen 35)
2. Shah Alam (U1 – U20)
3. Pusat Komersial
4. I-city
5. Cahaya Alam
6. Desa Alam
7. Padang Jawa
8. Ken Rimba
9. Bukit Bandaraya
10. Taman Sri Muda
11. Taman bunga Negara
12. Taman Alam Megah
13. Taman Ttdi Jaya
14. Taman Batu Tiga
15. Tadisma Business Park
16. Hicom Glenmarie
17. Bukit Jelutong
18. Kota Kemuning
19. Alam Impian
20. Dan lain-lain


Syarikat ini memulakan operasi seawal jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Anda boleh berurusan dengan mereka pada waktu yang dinyatakan ini.

Bagaimana caranya untuk membuat tempahan kereta sewa?

Mudah saja caranya. Tempahan boleh dibuat dengan pihak SF Car Rental Agency di talian 017-244 9251 dengan menghantar sms atau Whatsapp. Antara butiran yang wajib disertakan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, model kereta yang ingin disewa, kegunaan kereta untuk sekitar mana, tarikh dan masa untuk mengambil kereta, dan tempoh untuk menyewa kereta serta alamat penuh kediaman atau pejabat.

Para pelanggan perlu membayar deposit RM100.00 untuk membuat tempahan kereta. Deposit RM100.00 ini akan dipulangkan empat (4) hari dari tarikh pemulangan kereta untuk tujuan semakan saman pihak berkuasa tempatan, polis dan JPJ (jika ada). Slip pembayaran deposit ini perlu dihantar melalui Whatsapp kepada kakitangan bertugas untuk tujuan rekod syarikat. 

Beberapa dokumen penting juga perlu disertakan bersama sewaktu membuat deposit, antara dokumen yang diperlukan untuk tujuan ini seperti:

Untuk pelajar

Salinan kad pengenalan
Salinan lesen
Salinan kad pelajar
Salinan kad pengenalan saksi (kawan atau saudara)

Untuk yang bekerja

Salinan kad pengenalan
Salinan lesen
Salinan bil elektrik atau astro kediaman(terbaru)
Salinan ID kerja/pas kerja/kad perniagaan atau slip gaji (terbaru)
Salinan kad pengenalan saksi (kawan atau saudara)

Setelah mendapat pengesahan daripada pihak syarikat, anda boleh mengambil atau meminta pihak syarikat untuk menghantar kereta kepada anda.

Lokasi pengambilan kereta adalah seperti berikut:

1. Pejabat Sf Car Rental Agency
2. Penghantaran kereta ke depan kediaman/pejabat/kolej pelanggan (tertakluk kepada terma dan syarat)
3. KTM Padang Jawa
4. KTM Shah Alam
5. Stesen Bas Shah Alam

Ini pula adalah terma & syarat penghantaran kereta:

1. Penghantaran disediakan pada waktu pejabat sahaja kecuali peak hour(4.00pm – 8.00pm)

2. Percuma bagi Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 20 sahaja

3. Bayaran tambahan RM10.00 + RM2.00/km dikenakan sehala bagi kawasan selain Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 20

4. Caj penghantaran kereta ini perlu dibuat pembayaran bersama pembayaran sewa kereta semasa pelanggan menerima kunci kereta.

Kereta Sewa Shah Alam


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency ini, anda boleh menghubungi mereka melalui maklumat yang tertera seperti di bawah ini: 

Nama syarikat: Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
No Tel: 017-244 9251

4 comments.. read them below or add one

Amanda Suria Amanda Suria Februari 14, 2018
Bagusnya...dulu akak notice banyak orang buat bisnes kereta sewa ni...lepas tu senyap sekejap..then dah ada balik dengan variety pilihan kenderaan..harga pun reasonable..thanks sharing
Ana Suhana Ana Suhana Februari 14, 2018
Banyak jenis kereta untuk disewa tu. Harga pun ada yg serendah rm90 je. Siap boleh hantar depan rumah atau kolej lagi. Senang keje kan.
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman Februari 17, 2018
Bagusnya banyak pilihan kereta dan kadar sewa juga berpatutan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)