Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pernah Ibu Bapa Terasa Hati dengan Kita?

Lirik dan Lagu Sekali Lagi Nyanyian Naim Daniel


Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dah buat ibu bapa kita terasa hati dengan kita. Mungkin daripada perbuatan. Mungkin daripada kata-kata yang kita lontarkan atau apa sahaja yang berkaitan. 

Ya, hati ibu bapa semestinya wajib dijaga. Daripada ibu bapalah kita wujud di muka bumi ini dengan izin Allah. Ibu membawa kandungan selama 9 bulan yang ada kita di dalamnya.. ke hulu, ke hilir dengan hati yang gembira. Sungguh banyak pengorbanan kedua ibu bapa kalau nak disebut satu persatu. Dari kecil sehinggalah kita ke alam dewasa yang sudah pandai berdikari, ibu bapa tak pernah melupakan kita. Sampai hati kita nak sakitkan hati mereka?

Sumber foto: Google

Selagi masih diberi peluang hidup bersama ibu bapa, selagi itu kita berpeluang untuk membalas apa yang telah mereka berikan kepada kita. Kita manusia, tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Minta maaf daripada mereka, itu jalan yang terbaik.

Dah dengar lagu Sekali Lagi nyanyian Naim Daniel? Naim Daniel yang berlakon dalam filem Bisik Pada Langit tu lah. Sedap suara Naim Daniel ni. Bukan saja pandai berlakon, berbakat juga dalam bidang nyanyian. 

Mai suka sangat dengan mesej yang disampaikan dalam lagu Sekali Lagi. Ia tentang seorang ibu yang terasa hati dengan anaknya. Si anak rasa bersalah, lalu berusaha untuk meminta maaf daripada ibunya. Simple je mesejnya tapi mungkin kita sendiri dah buat perkara yang sama, melukakan hati ibu bapa tanpa disedari.

Jom muhasabah diri. Sementara masih bernafas, kita memohon ampun daripada ibu bapa kita. 

Lirik dan Lagu Sekali Lagi - Naim Daniel



Intro
Oh oh ohhhOh oh ohhh oh
Oh oh ohhh ohhhh

Verse
Hari ini
Tak berteman aku sendirian
Sejak semalam
Rasa ini jauh kita bertengkar dan menjauh
Kian merapuh

Pre
Apa yang harusku laku
'Tuk kembalikan hatimu?

Chorus
Tak ingin lagiku Ulangi silap yang sama
Walau akan tiba Hari - hari yang berbeza
Inginku tempuh Waktu dewasa bersamamu
Takkanku ragu x2

Tak terbiasa
Detikku tanpamu
Kembali padaku

Verse 2
Sesal tak henti
Tiap kata dibenak fikiran
Hilang dalam kelam
Janji yangku genggam
Telah terbiar

Repeat Pre & Chorus

Bridge
Kembali padaku
Dewasa bersamamu
Setiap waktu disisi
Tanpa ada rasa ragu
Mentarikan bercahaya
Selagi kau masih percaya


Doa untuk ibu bapa, jangan sekali dilupa.


2 ulasan for "Pernah Ibu Bapa Terasa Hati dengan Kita?"