Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed

Jana Pendapatan Dengan Marketplace Tok Syed


Buat lebih daripada satu kerja selain kerja hakiki sudah menjadi kebiasaan pada zaman kini. Ia adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan sampingan. Dapatlah juga tambah pendapatan bulanan yang adakalanya tak sampai sebulan dah habis. Jadi, Mai nak berkongsi dengan anda semua tentang cara menambah pendapatan sampingan dengan mudah iaitu buat duit dengan Marketplace Tok Syed.

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed

Baru-baru ini ada rakan blogger yang berkongsi tentang cara buat duit online yang mudah dengan Marketplace Tok Syed. Betul, memang mudah! Masa Mai baru daftar, kemudian Mai cuba apply satu job dan selesaikannya. Dapat 2 pitee masuk dalam akaun. Sekarang ini dah ada 10 pitee. Lagi rajin apply dan selesaikan job, lagi cepat Pitee atau ganjaran hasil buat job meningkat.

Pasti anda tertanya-tanya apa itu Marketplace Tok Syed bukan? Baiklah, Mai akan terangkan sedikit tentangnya. Marketplace Tok Syed ini adalah satu platform yang mana kita dapat buat pelbagai kerja-kerja online yang akan dibayar dengan kadar yang bersesuaian dengan kerjanya.

Antara kerja-kerja online yang dimaksudkan adalah seperti:

1. Post review di blog anda

2. Share post di wall FB anda

3. Like Page FB sesuatu perniagaan

4. Follow account Instagram seseorang

5. Share URL di wall FB anda

6. Buat review produk di account social media anda

7. Blast mesej di group Whatsapp di telefon anda

8. Dan banyak lagi..

Mudah saja kerjanya kan? Apa yang anda perlu ada ialah capaian internet, laptop atau telefon pintar untuk melakukan kerja-kerja ini. Kalau anda nak tahu, selain daripada blogger pun boleh buat duit dengan marketplace ni. Jadi, tak perlu risau kalau anda bukan seorang blogger ye. Sesiapa pun boleh buat kerja online ni.

Sebelum memulakan kerja-kerja tersebut, apa yang perlu anda buat ialah mendaftar terlebih dahulu di Marketplace Tok Syed. Cara-caranya seperti:

Cara Daftar Ahli di Marketplace Tok Syed


Langkah 1: Buat pendaftaran di Marketplace Tok Syed. Klik SINI untuk terus mendaftar dan isi segala maklumat di situ. Anda akan lihat paparan seperti di bawah ini.

daftar ahli Marketplace Tok Syed


Langkah 2: Akan akan mendapat emel daripada pihak Marketplace Tok Syed, klik butang Activate Account untuk mengaktifkan akaun anda.

Marketplace Tok Syed

Langkah 3: Log in laman Marketplace Tok Syed dengan username dan password anda. Kemudian anda akan lihat paparan seperti ini…

Marketplace Tok Syed


Langkah 4: Cara untuk apply job

Anda perlu klik pada perkataan JOBS yang ada pada bahagian Categories yang terletak di sebelah kiri halaman. 

Marketplace Tok Syed

Kemudian, klik mana-mana tajuk job untuk apply job.

Buat Job Marketplace Tok Syed



Langkah 5: Selesaikan job mengikut arahan yang telah ditetapkan. Apabila dah selesai, submit screenshot. 

Job Marketplace Tok Syed

Job Marketplace Tok Syed


Seterusnya, kerja anda akan dibayar mengikut kadar bayaran yang telah ditetapkan dalam nilai Pitee (1 Pitee = RM1). Anda boleh semak reward pada $ Wallet yang terletak di bar paling atas, bersebelahan Job Participated. 

Ini adalah contoh hasil yang Mai dapat...

Pitee Marketplace Tok Syed

Selain daripada kerja-kerja di atas, terdapat cara lain lagi anda boleh generate income melalui platform ini iaitu:

1. Melalui platform marketplace yang disediakan. Di sini anda boleh listingkan produk anda untuk dijual pada users active yang ada di situ. Platform ini juga boleh digunakan sebagai platform e-commerce anda. Jadinya tak perlu pening dan susah hati lagi untuk membina sistem jual beli (atau e-commerce) anda yang complicated.

2. Melalui komisyen affiliate sehingga 3-tier. Di dalam sistem ini ada disediakan satu fungsi “maintenance” di mana melalui sistem “maintenance” ini, anda boleh mendapat komisyen affiliate dari mereka yang anda refer. Lagi ramai anda refer user ke platform ini, lagi banyak komisyen affiliate yang anda dapat. Dan yang menariknya ianya pasif setiap bulan selagi mana user tersebut aktif melakukan “maintenance” bulanan, termasuk juga anda. Wah, mudahnya buat duit dengan affiliate dengan Marketplace Tok Syed ni! Orang yang mendaftar dapat Pitee, anda juga dapat Pitee.

Begitulah antara serba sedikit tentang cara buat duit online dengan Marketplace Tok Syed. Semuanya dihujung jari anda. Senang je kan jana pendapatan sampingan dengannya. Apa tunggu lagi, cepat-cepat mendaftar di Marketplace Tok Syed.


1 ulasan for "Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed"