Textual description of firstImageUrl

Cinta Dunia, Takut Mati | Lagu PANAMA Versi Dakwah

Maisarah Humaira | 3/09/2018 01:26:00 PTG | 6 Komen

Lagu Parodi Panama versi dakwah Nyanyian Autotune Band


Lagu Panama sudah pun wujud pada tahun 2013 lagi. Lagu ini menjadi semakin popular kerana satu tarian yang menggunakan lagu tersebut lalu dinamakan Panama Dance yang viral. Deman tarian ini masih lagi hangat sehingga kini.  Kecik besar tua muda.. ramai yang dah buat tarian mudah ni kan. hehe. Rentak lagunya yang sedap memang mudah untuk menarik perhatian sesiapa saja yang mendengarnya. 

Mai suka betul dengan lagu parodi Panama versi dakwah yang bertajuk MENGAPA daripada Autotune Band. Lagu ini berkisarkan tentang sebuah hadith Nabi bahawa suatu saat nanti, umat islam akan dikerumuni oleh orang kafir, seperti mana makanan dikelilingi. Puncanya ialah kerana umat ketika itu terlalu CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.

Cinta Dunia, Takut Mati

Parah kalau ada penyakit cinta dunia dan takut mati ni. Sekarang pun sikit-sikit dah boleh nampak. Ramai Muslim yang sanggup bekerja dari pagi sampai ke malam tapi solat nak tak nak je buat atau diabaikan terus. Rezeki minta dari Allah tapi suruhan-Nya tak nak buat. Malunya....

Nah, dengarkan lagu Panama versi dakwah dengan lirik yang menyentap jiwa. 

Lirik dan Lagu MENGAPA (Panama Cover) - Autotune Band



(Aiman luqman)
Sila sila, sila silakan dengar,
Mari mari, mari bersama dengarkan,
Tentang pelik pelik masyarakat,
yang menimpa dunia sementara ini

(Hafiz)
Kencang, bila di tegur oleh sesiapa
engkau balas "biarlah kubur masing-masing"
Kau kata:"Ala, kau bajet alim"
tapi kau boleh boom boom pula bajet jahil?

Apa yang engkau fikir?

(Aiman afif)
kau sanggup bangun pagi buta untuk pergi kerja,
namun subuh kau tinggal sahja oh teman mengapa?
Siapa tuhan kau? Allah tau harta?
Mengapa engkau jauhiNya oh teman mengapa?
Oh mengapa?
Oh teman mengapa?
Oh teman mengapa?
Oh teman mengapa?

(Aiman luqman)
Ayuh sambung!
Kini kini, kini kita di jajah,
pemikiran kita di perkosa dan,
di robek musuh untuk menghancurkan
hingga hilang jati diri sebagai hambanya!

(Hafiz)
Hingga satu saat kita di kelilingi
oleh musuh bagai makanan di kerumuni
Apakah puncanya? Cubalah engkau teka?
Semua kerna cinta dunia dan takut mati!

cinta dunia takut mati!

(Hafiz)
Berubah bukan mudah,
Kerana syurga bukannya percuma,
Dan hendak 1000 daya
Jika kau tak nak 1000 dalih kau berikan aha..


Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Matteo
TARBIAH SENTAP RECORDS


Lirik yang mudah faham, terus menusuk hati... perghh. Maka jomlah kita berubah jadi lebih baik, sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa.

Nasihat itu perlu, untuk menjernihkan hati yang kelam dan suram. 


6 ulasan:

  1. Terbaiklah...suka dengar...

    BalasPadam
  2. semoga kite dijauhkan drpd cinta dunia nii.....panama ni da viral

    BalasPadam
  3. mmg viral dah kan benda ni. pndpt cikla, selagi kita tak menyalahgunakan ia insha'allah ada sisi baiknya...

    BalasPadam
  4. Bagus cover lagu ni. Harapnya ada lagi ramai yg dgr lagu ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa