Textual description of firstImageUrl

Lagu Jangan Berhenti daripada Hafiz Hamidun

Maisarah Humaira | 3/04/2018 10:17:00 PG | 6 Komen

Lirik dan Lagu Jangan Berhenti Nyanyian Hafiz Hamidun


Jangan Berhenti - Hafiz Hamidun | Zaman sekarang ini, kerap dengar berita ramai manusia yang mengambil jalan singkat tanpa usaha apabila berdepan dengan ujian dan masalah hidup. Kalau sebut tentang ujian dan masalah, memang macam-macam ada.

Hafiz Hamidun - Jangan Berhenti

Ada yang diuji dengan wang, kesempitan wang membuatkan seseorang tanpa berfikir panjang terus mencuri dan merompak. Apabila terlebih wang pula, diri jadi semakin tamak dan kabur dengan harta. Ada yang sedang menanggung sakit akibat penyakit tetapi berdegil dibiarkan tanpa diubati. Ada yang diuji dengan pelbagai masalah dalam keluarga yang membuatkan isi rumahnya huru-hara. Ada pula yang tertekan dengan masalah hidup lalu ambil jalan singkat dengan membunuh diri...dan lain-lain lagi....

Banyak sebab yang memungkin sesuatu perkara untuk terjadi. Hanya mereka yang mengalaminya saja yang faham apa yang dirasai. Betul, tapi tak bermakna kita hanya ambil mudah dengan masalah lalu berputus asa. Apabila apa saja ujian yang datang dalam hidup, jangan sesekali patah semangat dan putus asa. Allah tak suka dengan orang yang berputus asa. Setiap dugaan bukanlah penghujung hidup.Jadi, usaha itu penting. Selagi diberi peluang hidup di bumi ini, selagi itu perlu berusaha untuk selesaikan masalah. 



Siang takkan selalu cerah
Malam tak selalu berbintang
Biar sejenak hujan basah
Untuk kita bertenang

Pandanglah dan ingatlah
Mengapa semua ini bermula
Menjelaskan impian
Bukan untuk mengalah

Nyata inilah ketentuan takdir
Tidak terbukti semua berakhir
Percayalah pada janji kebahagiaan
Apa terjadi jangan berhenti
Teruskan berjalan

Putaran masa tak menunggu
Setiap alasan tak membantu
Sabar saja jadi pilihan
Melebarlah harapan

Sembuhlah segera perit luka
Langkah masih tertunda
Peluang istimewa
Takkan datang selalu



Dah masuk bulan Mac ni... jangan berhenti usaha selagi tak jumpa hasilnya ok.


6 ulasan:

  1. owh ada lagu baru hafiz midun rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye.. lagu baru. sedap kan lagu ni. lirik pun best

      Padam
  2. Sedap juga lagunya :)

    Macam saya, saya pesakit kronik dan redha apa yang menimpa saya. Ada masa memang seakan menyalah takdir (bila lari dari kewarasan fikiran). Lepas tu saya okay .

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah tu. kadang2 saya pun macam tu jugak. siap menangis cakap, kenapa aku yang kena ni.. tapi last2 fikir balik, tak baik buat macam tu kan, seperti menyalahkan takdir Allah pula. sebenarnya Allah dah tetapkan yang tetapkan yang terbaik untuk kita. kita kena usaha, jangan pernah putus asa. sakit ni tandanya Allah sayang kita :)

      Padam
  3. Tak pernah dengar lagu ni tapi liriknya ada makna :)

    BalasPadam
  4. ujian datang hanya pada yang mampu tanggung. semoga kita yang diuji dengan ujian yang berbeza2 sentiasa strong dan yakin Allah ada untuk membantu..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa